loading...

Thursday, 26 March 2020

Meninggal Bermain Permainan Komputer Akibat Strok

Kes kematian akibat ketagihan permainan komputer yang melampau jarang sekali berlaku. Namun jika dalam keadaan sekarang bagaimana? Bukan sahaja covid-19 membunuh, namun bermain game tanpa kawalan juga mampu membunuh.

Kali ini seorang remaja di Udon Thani, utara Thailand ditemui tidak bernyawa oleh ayahnya selepas bermain permainan komputer berterusan pada Isnin lepas.

Piyawat Harikun, 17, yang ditemukan terbaring berhampiran kerusi meja komputer di biliknya dipercayai mati akibat serangan strok.

Beberapa keping gambar yang dipaparkan dalam laporan portal The Mirror menunjukkan meja remaja itu berselerak dengan bekas makanan.

Menurut ayah mangsa, Jaranwit Piyawat, dia cuba memanggil anaknya berulang kali namun tidak mendapat respons.

Harikun dipercayai bertugas sebagai anggota muda tentera udara tidak dapat diselamatkan pasukan perubatan.

“Saya sudah cuba memberi amaran mengenai ketagihannya yang melampau dan dia berjanji akan cuba mengurangkannya.

“Malangnya semua sudah terlambat,” kata ayahnya dengan nada sebak.

Jaranwit berkata tragedi ini wajar dijadikan teladan oleh ibu bapa lain dan berharap agar mereka lebih serius dalam mengawal ketagihan anak-anak mereka dalam permainan komputer.

Kesimpulan disini adalah, semasa wabak covid-19, jangan galakan anak-anak main permainan komputer terlalu sangat kerana ia juga boleh menyebabkan kematian.

The post Meninggal Bermain Permainan Komputer Akibat Strok appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...