loading...

Monday, 9 March 2020

Kenyalang Skills Center Memudahkan Rakyat Sarawak Dalam Pelbagai Bidang

Kerajaan terbaharu sudah terbentuk, apa lagi, kita rasa ianya telus dan berintegriti tinggi sememangnya sangat baik untuk kita sebagai rakyat Malaysia. Lebih-lebih lagi kepada banyak negeri yang masih belum membangun, kerajaan harus bersikap lebih tegas dan bersikap terbuka untuk semua kaum.

Di Malaysia, kita mengendalikan banyak etnik kaum dan apa yang paling mencabar adalah di bahagian negeri Sarawak itu. Negeri Sarawak memang besar dan terkenal dengan budaya sopan santun mereka. Walaupun negeri mereka satu, namun, setiap daerah ada etnik-etnik nya masing-masing.

Jadi, dari segi ekonomi adalah sangat mencabar namun bagi rakyat Sarawak, “Bersatu kita teguh, Bercerai kita roboh” dan Slogan lain yang membangkitkan kekuatan mereka dari etnik besar iaitu Iban “Agi Idup, Agi Ngelaban”. Kerajaan di Sarawak sememangnya sudah bercampur aduk dalam pelbagai perkauman. Bukan saling membezakan, tapi saling mengenali diri masing-masing.

Untuk memajukan kehidupan masyarakat di Sarawak, pihak Kenyalang Skills Center menawarkan beberapa kursus secara percuma kepada rakyat yang masih dibelenggu kemiskinan. Dengan ini, Kenyalang Skills Center telahpun berusaha dengan sebaik mungkin untuk membangkitkan ekonomi negara.

Foto: adenan

Kursus ini diberi tempoh mengikut modul-modul yang bersesuaian dengan kursus yang di ambil. Setiap teori yang dipelajari mesti di fahami oleh setiap peserta. Tidak seorang pun akan terpinggir. Maka, ia mewujudkan satu toleransi antara satu sama yang lain. Ia mencerminkan imej yang baik iaitu tidak kira anda dari mana, anda akan di asah untuk menjadi pandai sehingga mahir dalam bidang yang anda ceburi.

Itulah yang di lakukan oleh Kerajaan Negeri Sarawak dalam membangunkan ekonomi di mata dunia. Sarawak sebenarnya penuh dengan potensi jika di asah betul-betul.

Kursus Seterusnya:

kenyalang skills center

The post Kenyalang Skills Center Memudahkan Rakyat Sarawak Dalam Pelbagai Bidang appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...