loading...

Tuesday, 24 March 2020

Tawaran Bayaran Diskaun 50% PDRM Untuk Saman Trafik

Tawaran PDRM diskaun 50% untuk bayaran saman trafik bermula 25 Mac 2020 buat semua pengguna jalan raya, bersempena Hari Polis ke-213, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun sehingga 50 peratus untuk saman-saman tertentu.

Dari 25 hingga 29 Mac, anda boleh membuat pembayaran dalam talian selama lima hari ini. Kempen Bayar Saman Dengan e-Pembayaran Dengan Diskaun 50% Sempena Peringatan Hari Polis ke-213.

Menurut Pengarah Kedudukan Siasatan dan Penguatkuasaan Tarfik Bukit Aman (JSPT), Datuk Azisman Alias, kempen itu bertujuan untuk menggalakkan orang ramai untuk membayar dengan cara yang lebih mudah.

Dalam tempoh yang sama, ia berikutan penutupan kaunter saman di Pejabat Polis di seluruh negara sejak 18 Mac lalu. Pengguna yang ingin membuat bayaran dalam talian boleh membuat pembayaran dalam talian melalui laman MyEG atau Rilek.

Difahamkan, diskaun ini ditawarkan sebagai langkah untuk meringankan beban yang ditanggung oleh komuniti pada masa ini yang kini berdepan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Demikian memetik sumber laman Rotikaya.

The post Tawaran Bayaran Diskaun 50% PDRM Untuk Saman Trafik appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...