Ramai yang panik bila perintah dikeluarkan oleh perdana menteri kita Muhyidin Yassin dimana pergerakkan kita akan dikawal. Oleh itu, ramai yang membeli barangan dapur untuk berdepan dengan masalah ini.
Nampak gayanya, penggemar roti Gardenia terpaksalah ber’puasa’ seketika kerana baru-baru ini pengeluar roti gardenia memaklumkan bahawa mereka tidak lagi mampu menambah produknya di pasaran.
Di dalam satu kenyataan yang dikongsi oleh Syarikat Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd, wakilnya memberitahu bahawa semua kilang mereka telah mencapai tahap pengeluaran yang maksima.
Roti yang juga makanan ruji rakyat Malaysia selain nasi ternyata memberi impak kepada rakyat Malaysia gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan akibat Covid – 19 yang dijangka berlanjutan sehingga hujung bulan ini.
Pengumuman tersebut sedikit-sebanyak menjawab persoalan tentang stok roti jenama Gardenia yang dilihat semakin berkurangan di pasaran.
Walaupun begitu, meskipun berhadapan dengan masalah pengeluaran, syarikat tersebut meminta orang ramai untuk tidak panik dan berjanji akan meneruskan penghantaran seperti biasa walaupun stok berkurangan.
Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak membuat pembelian panik seperti membeli roti dengan kuantiti yang banya berikutan masalah ini.
Sebaliknya, bertimbang rasalah kepada orang lain supaya semua pihak dapat merasai kenikmatan roti Gardenia di kala stok yang berkurangan ini.
Kalau boleh, buatlah roti sendiri kan? hehehe
The post Roti Gardenia Masih Ada! Jangan Risau! appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment