loading...

Wednesday, 2 August 2023

11 Tempat Ekopelancongan Di Limbang Sarawak Yang Penuh ‘Nature’

Apa keunikan tempat menarik di Limbang Sarawak? Terletak di tengah-tengah Sarawak, daerah Limbang bersempadan dengan Brunei dan Sabah serta mempunyai keluasan 3,978.10 kilometer persegi. 

Perjalanan dari Kuching ke Limbang mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit dengan penerbangan. 

Limbang terkenal dengan pelbagai hidangan yang unik seperti ikan tahai dan beritus. Fakta menarik, cuaca Limbang Sarawak adalah tropika dengan suhu purata antara 27 hingga 31°C.

Terdapat juga pelbagai tempat pelancongan menarik yang boleh dilawati seperti Taman Tasik Bukit Mas Limbang, Esplanade, Bukit Mas dan banyak lagi.

Senarai 11 Tempat Menarik Di Limbang Sarawak

Air Terjun Kampung Bakul Limbang

Air terjun di Limbang

Alamat: Air Terjun Kampung Bakul Limbang, Limbang, Sarawak

Hubungi: N/A

air terjun limbang sarawak
Kredit gambar: MNasirKiplin Official

Selain berkelah, tempat menarik percuma di Sarawak ini juga menjadi tumpuan penduduk tempatan untuk bergambar dan healing bersama rakan.

Kawasan air terjunnya juga agak cetek dan menjadi pilihan penduduk untuk mandi-manda. Tempat ini juga dianggap sebagai ‘hidden gem’ tau!

Walaupun air terjun ini agak tersembunyi dan jauh dari bandar, landscape dan keindahan air terjun Kampung Bakul Limbang ini sangat indah.

Lumpur Berbuak Kampung Meritam

Tempat mandi lumpur menarik di Limbang Sarawak

Alamat: Kampung Meritam, Kampung meritam, 98700 Limbang, Sarawak

Hubungi: N/A

lumpur di limbang sarawak
Kredit gambar: Cheng 7go

Tahukah anda seperti di Pulau Tiga Sabah, Limbang juga mempunyai kawasan berlumpur yang unik dan menarik?

Terletak di Kampung Meritam, lokasi lumpur berbuak ni sebenarnya seperti kawah lumpur di lereng gunung berapi.

Anda boleh tengok sendiri ledakan lumpur ni dalam pelbagai saiz, ada yang sebesar busut dan boleh muatkan sehingga 5 orang dewasa. 

Bahkan, anda boleh bergelumang dalam lumpur suam-suam panas ini!

Di sini, terdapat kemudahan bilik mandi, tandas awam dan juga jambatan kayu. Nasihat dari kami, bawalah pakaian, tuala tambahan, makanan dan minuman sendiri. 

Taman Tasik Bukit Mas Limbang

Tasik di Limbang

Alamat: Taman Tasik Bukit Mas Limbang, Limbang, Sarawak

Hubungi: N/A

taman tasik bukit mas
Kredit gambar: DUXHUB “360”

Berdekatan Pekan Limbang, menempatkan satu taman tasik di kawasan berbukit yang mempunyai sejarah tersendiri.

Dikenali sebagai Bukit Mas kerana penemuan sebuah patung gajah emas di tasik itu. Dan patung gajah itu juga kini ada di Muzium Sarawak. 

Tempat ini juga popular dalam kalangan penduduk setempat untuk membawa anak-anak bermain, bersenam, atau berjalan-jalan pada setiap hujung minggu. 

Terdapat laluan berjalan mengelilingi tasik, banyak pokok hijau, taman permainan, kawasan rehat dan jambatan gantung melintasi tasik. 

Jeti Santaba Kampung Patiambun

Tempat untuk pencinta flora dan fauna

Alamat: Kampung Patiambun, Limbang, Sarawak

Hubungi: N/A

jeti di limbang sarawak
Kredit gambar: Khoo _

Tahu tak, Limbang pun ada jeti dan jambatan menarik yang boleh bawa anda menyusuri kawasan hutan paya bakau? 

Di Jeti Sentaba ni, anda boleh jalan-jalan melalui jambatan dan melihat pemandangan hutan paya bakau yang sangat cantik!

Jika bertuah, anda berpeluang melihat ‘Proboscis monkey’. Kawasan ini juga banyak port bergambar menarik dengan latar akar kayu. 

Taman Negara Limpaki Wetlands

Taman negara menarik di Limbang Sarawak

Alamat: Taman Negara Limpaki Wetlands, Limbang, Sarawak

Hubungi: N/A

Kredit gambar: Khoo _

Seterusnya, kami membawa anda ke Limpaki Wetland yang terletak 15 km dari pekan Limbang. Info menarik, Taman Negara Limpaki Wetland ini adalah pertemuan antara laut dan sungai. 

Bagi mereka yang minat aktiviti lasak seperti mendayung sampan/kanu, wajiblah singgah ke sini. Semasa mendayung, lihatlah pemandangan menghijau, paya bakau dan hidupan liar.

Pengunjung juga boleh melakukan aktiviti pelancongan lain seperti memancing, menangkap ketam, lawatan ke rumah panjang, dan banyak lagi.

Sedikit tips, rancanglah perjalanan dengan lebih awal dan pakailah but getah kerana kawasan ini agak berlumpur. 

Muzium Limbang

Tempat bersejarah di Sarawak

Alamat: Muzium Wilayah Limbang, 98700 Limbang, Sarawak

Hubungi: N/A

muzium di limbang sarawak
Kredit gambar: Phil Lim

Terletak kira-kira 200 meter dari Sungai Limbang, terdapat sebuah muzium kayu yang dipenuhi pelbagai artifak bersejarah budaya masyarakat Limbang.

Tahukah anda, bangunan asal muzium ini adalah kubu lama yang dibina tahun 1897, tetapi musnah kerana kebakaran setahun kemudian.

Kemudian, mereka bina semula muzium ini di tempat yang sama untuk mengekalkan reka bentuk dan seni bina asal.

Dalam muzium ni, terdapat koleksi karya manik, pembuatan garam, kain kulit kayu, gelang bambu, dan banyak lagi.

Waktu operasi: Selasa – Jumaat (9 pagi – 4.45 petang) & Sabtu – Ahad (10 pagi – 4 petang) 

Limbang Waterfront

Tempat berjalan santai di Sarawak

Alamat: km 11.4, Jalan Pandaruan, Peti Surat 493, 98700 Limbang, Sarawak

Hubungi: N/A

waterfront sarawak
Kredit gambar: Cheng 7go

Anda tak tau nak ke mana pada waktu petang? Apa kata singgah di Limbang Waterfront!

Apa yang menarik, di sini terdapat tugu peringatan pemberontakan Limbang. 

Tempat paling best di bandar Limbang untuk berjalan-jalan waktu petang sepanjang Sungai Limbang!

Pemandangan air dan suasana senja tu memang menenangkan hati. Lepas makan malam, jangan lupa luangkan masa di Esplanade ini! 

Bukit Sembiling Nature Reserve

Tempat hiking di Limbang

Alamat: Jalan Pandaruan, 98700 Limbang, Sarawak

Hubungi: N/A

tempat hiking di limbang sarawak
Kredit gambar: Yuhasnor Yunos

Jom explore Bukit Sembiling Nature Reserve! Ada dua cara nak masuk, dari kawasan Tasik Mas atau laluan hutan Bukit Mas yang bersebelahan.

Pintu masuk tempat ini dijaga oleh pengawal hutan dan hati-hati dengan jalan kayu yang agak lusuh.

Banyak pemandangan cantik dan memang sesuai untuk hiking atau beriadah dengan keluarga tau!

Penawan Waterfalls Eco Park

Air terjun di Sarawak

Alamat: Gerai Pelancongan Lawas, 98850 Lawas, Sarawak

Hubungi: 0166983825

air terjun di sarawak
Kredit gambar: NH A

Nak cari tempat percutian yang menyegarkan? Jom ke Taman Ekologi Air Terjun Penawan di Limbang! Nikmati keindahan air terjun 10 tingkat yang indah. 

Di sini, anda boleh berenang di kolam di bawah air terjun atau mengambil gambar cantik di batu rata berhampiran air terjun. 

Dengan hanya berjalan kaki 3 minit dari ibu pejabat Eco Park, anda akan menemui air terjun pertama iaitu Air Terjun Batu Meregab.

Paling penting, tempat ekopelancongan di Sarawak ini menawarkan penginapan asas, tapak perkhemahan dan aktiviti jungle trekking serta sesuai untuk team building.

Ba’kelalan Village

Perkampungan unik di Sarawak

Alamat: Ba’kelalan Village, Limbang, Sarawak

Hubungi: N/A

Kredit gambar: Edwin Meru

Ba’kelalan, desa terpencil di kawasan tanah tinggi Limbang, terkenal dengan hasil bumi seperti sayur-sayuran organik, epal, dan juga mata air garam. 

Jika anda singgah di sana, jangan lupa melawat kilang garam di Buduk Bui. Dalam perjalanan ke desa ini, cubalah makanan etnik Lun Bawang yang unik, seperti Ekor Kuyuk.

Hidangan istimewa ini dari Beras Jawa yang dimasak dengan daun pandan dan santan. Tapi perlu pesan sehari sebelumnya kerana Beras Jawa sangat mahal.

Merarap Hot Spring Retreat

Kolam air panas di Limbang Sarawak

Alamat: Merarap Hotspring Lodge, Lawas, Sarawak

Hubungi: N/A

kolam air panas menarik di limbang sarawak
Kredit gambar: ng shelane

Kunjungi Merarap Hot Spring Retreat, ‘hidden gem’ di wilayah utara Sarawak yang sesuai untuk berehat, beriadah, dan menyegarkan semula badan! 

Terletak hanya 70 km dari bandar Lawas dan 3 jam dari Penawan Waterfalls Eco-Park, tempat menarik ini dibina di persekitaran desa seluas 5 ekar serta dikelilingi hutan.

Nikmati pengalaman spa yang lengkap dengan air panas dari sumber gunung berdekatan dan 4 kolam renang dengan suhu berbeza. 

Di sini, anda juga boleh memancing dan berkayak air putih di Sungai Trusan yang mengalir deras. Sangat sesuai untuk mereka yang ingin healing dengan alam!

0 comments:

Post a Comment

loading...