Selamat datang ke Puncak Alam, destinasi menarik di Kuala Selangor yang menawarkan pelbagai tempat seronok untuk lepak dan makan-makan!
Bahkan, bandar ini juga terkenal dengan pemandangan alam yang mempesona, serta pelbagai tarikan menarik yang memikat hati pengunjung.
Oh ya, jangan risau pasal hotel di Puncak Alam, kerana banyak pilihan hotel dengan bajet rendah. Tapi buat tempahan awal ya!
Apa lagi, jom kami kongsi beberapa pilihan tempat menarik di Puncak Alam waktu malam untuk melepak dan menikmati makanan sedap!
Senarai 16 Tempat Menarik Di Puncak Alam
Andra by Gula Cakery @ Grandeur Labs
Cafe menarik untuk lepak di Puncak Alam
Alamat: Eco Grandeur, Lot 6232, B49, Puncak Alam, 42300 Sungai Buloh, Selangor
Hubungi: 0162160977
Kafe ini memang salah satu yang terbaik di Grandeur Lab! Makanan disajikan dengan cantik dan pencuci mulutnya memang sedap.
Antara hidangan yang patut dicuba ialah grilled chicken chop, waffle dengan es krim, fish & chips, mango cheesecake dan pavlova coklat.
Apa yang menarik, suasana cafe ini juga chill dan cool, memang best nak lepak dengan rakan.
Menunya juga campuran makanan klasik Melayu dan Barat, dan harganya memang berbaloi 100%.
Bahkan, tempat ini ideal untuk sambut birthday dan event istimewa. Bagi peminat ‘dessert’, kafe ini memang wajib dikunjungi!
Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi – 10 malam)
Mizukicakes Cafe
Cafe dengan menu Korea dan kek sedap di Puncak Alam
Alamat: 48-2, Jln Eco Grandeur 1/8A, Bandar Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor
Hubungi: 0163475987
.
Mizukicake Cafe merupakan sebuah kafe yang menarik dan simple. Ia menggabungkan makanan Korea dan kek yang sedap.
Terdapat ruangan khas yang menampilkan pelbagai kek dengan hiasan comel dan kreatif.
Antara menu yang dijual ialah carbonara fetuccini, nasi goreng kimchi, strawberry mochi red bean, strawberry burnt cheesecake, dan banyak lagi.
Dari segi suasana, Mizukicake Cafe mempunyai suasana yang nyaman, luas, dan bersahaja dengan tempat duduk yang selesa. Nak tempah kek untuk birthday pun boleh, tau!
Tempat yang bagus untuk bersantai dengan orang tersayang atau rakan-rakan. Anak muda terutama wanita pasti akan menyukai kafe ini!
Waktu operasi: Rabu – Isnin (12:30 pagi – 10 malam)
Restoran Marhaba Puncak Alam
Tempat makan dengan menu Timur Tengah
Alamat: 36, Jalan Niaga Bestari 8, Puncak Bestari, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor
Hubungi: 03-3393 8692
Terletak di Bandar Puncak Alam, kedai makan yang terkenal dengan menu nasi kandar ini mempunyai ciri mesra keluarga. Harga makanannya juga berpatutan, tau!
Ruangan dalaman kedai makan juga sangat terang-benderang serta mempunyai corak tertentu yang dapat dilihat di seluruh restoran termasuk syiling, dinding, dan lain-lain.
Selain nasi kandar, anda boleh cuba menu kebab, naan cheese, biryani, kari kambing, hidangan tandoori dan banyak lagi. ‘Portion’ banyak dan sangat sedap!
Jangan lupa cuba menu baru mereka “Roti Pisang Nutella”!
Waktu Operasi: 6:00 pagi – 12:00 pagi (Setiap hari)
Dapur AROI THAI (Puncak Alam)
Tempat makan menu Thai
Alamat: 26-G, Jln. Eco Grandeur 1/9A, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor
Hubungi: 018-989 0075
Kredit gambar: Aroi Thai Puncak Alam
Pengemar tomyum dan masakan Thai, anda wajib singgah dan makan di Dapur Aroi Thai.
Suasana kedai makan ini dikatakan agak mewah ala-ala hotel 4 bintang. Seronok kan? Bolehlah ajak satu keluarga datang ya!
Antara menu yang menjadi pilihan pengunjung ialah siakap stim limau, salad manggo, tomyam campur, siakap sweet sour, ayam pandan dan banyak lagi.
Paling penting, rasa makanan sini memang ‘authentic’ Thai.
Waktu operasi: Setiap hari (11 pagi – 11 malam)
Cafe 5 Masjid Puncak Alam
Kedai makan berhampiran Masjid Puncak Alam
Alamat: Puncak Alam, 42300 Kuala Selangor, Selangor
Hubungi: N/A
Cafe 5 Masjid Puncak Alam menawarkan menu roti canai, chapati, minuman segar dan pelbagai hidangan lain.
Terletak berhampiran Masjid Puncak Alam, jadi selepas solat Jumaat atau pada hari biasa bolehlah singgah untuk berehat, sarapan pagi dan makan.
Kalau korang pelajar UITM, jangan lepaskan peluang dapat diskaun 10% dengan hanya menunjukkan kad pelajar kepada staf kafe. Lagi jimat duit kan?
Tapi anda perlu datang awal kerana selalunya makanan di kafe ini cepat habis.
Waktu Operasi: 7:00 pagi – 7:00 malam (Setiap Hari)
Shameed Bistro
Tempat makan mamak style di Puncak Alam
Alamat: 11, Jln Alam Sutera 6, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor
Hubungi: 0182034059
Shameed Bistro, tempat ini memang terbaiklah kalau nak cari makanan harga bajet untuk sarapan pagi dan lunch.
Menu yang anda wajib cuba ialah Roti Sarang Burunga dan sudah tentu hidangan Melayu popular termasuk Nasi Lemak, Nasi Goreng Cili Padi dan Nasi Goreng Pattaya.
Tapi ruang duduk dalaman agak sempit, jadi bolehlah pilih duduk di kawasan luar restoran. Lagi best sambil makan boleh nikmati angin segar kan?
Bukan sahaja hidangan mamak-style, tapi ada juga hidangan Siamese-style. Contohnya hidangan bergoreng termasuk nasi, mee, bihun, dan Maggie.
Menarik lagi, hidangan Siamese ni dimasak oleh tuan kedai sendiri tau!
Waktu Operasi: 7:30 pagi – 10:00 malam (Setiap Hari)
Kabaabish Restoran Puncak Alam
Kedai makan menu barat, Pakistan dan Arab di Puncak Alam
Alamat: 552, Jln Dataran Suria 15/7, Bandar Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor
Hubungi: N/A
Cari tempat lepak dan nak makan masakan Timur Tengah atau Western? Jom ajak ‘member’ singgah Kabaabish Restoran Puncak Alam!
Tempat ni memang terkenal dengan makanan berkualiti, harga berpatutan dan yang paling penting mengenyangkan.
Di sini terdapat Nasi Ayam Mandi, Shawarma, Kunafa, Daging Kambing Aachari dan banyak lagi. Jangan lupa cuba dua menu popular di kalangan pelanggan seperti Ayam Kabsa dan Salad Arab.
Suasana di restoran ini pun santai, memang selesa nak lepak dan borak-borak!
Restoran D’Niz Patin Oree Puncak Alam
Kedai makan menu kampung
Alamat: 16, Jalan Dataran Suria 15/7/1, Bandar Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor
Hubungi: 0182650784
Nak cuba menu kampung yang sedap? Jom, ajak keluarga datang Restoran D’Niz Patin Oree Puncak Alam, terutama ketika makan tengah hari.
Memang banyak pilihan hidangan, khususnya bagi peminat masakan “Kampung” dan hidangan Melayu.
Antaranya Gulai Tempoyak Patin, Nasi Campur, Ikan Bakar Siakap, Patin Tempoyak dan Pucuk Ubi Tempoyak, Set Patin Tempoyak, dan Sambal Bilis Petai Tempoyak.
Kalau dah singgah makan, cubalah juga Kerabu Maggi. Dah tak perlu pergi jauh-jauh ke Padang Besar!
Hidangannya juga pelbagai dan pasti memuaskan selera anda.
Restoran Mamu FZ
Kedai makan indian muslim
Alamat: 13, Jalan Puncak Alam Jaya 10, Bandar Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor
Hubungi: 0166643217
Kredit gambar: Jamal Yusufi Abdul Rahman
Restoran Mamu FZ, sebuah kedai makan mamak yang terkenal di Puncak Alam. Antara menu paling popular di sini ialah nasi kandar kuah campur mamu ayam goreng dan kari kambing.
Sebaiknya datang awal kerana kedai makan ini selalu penuh dengan pelanggan tempatan dan kadang-kadang kena beratur lama.
Kredit gambar: Mohd Hafiz
Kalau tak suka manis, elakkan letak sos madu. Menariknya, inilah nasi kandar yang paling murah dalam kawasan KL/Selangor dengan harga tak sampai RM 10.
The Ink Library Cafe
Cafe Puncak Alam
Alamat: EcoWorld Gallery@Eco Grandeur, 42300 Puncak Alam 6332, B49, 47000 Sungai Buloh, Selangor
Hubungi: 03-6038 7989
Kredit gambar: The Ink Library Cafe
The Ink Library Cafe, sebuah kafe di Puncak Alam dengan ‘vibe’ cool, chill dan menyenangkan. Mereka menyajikan hidangan gabungan Barat dan tempatan.
Interior kafe ini memang cantik dengan kerusi yang comel, muzik yang menenangkan, dan dekorasi yang menarik termasuk buku dan pokok menghijau.
Kredit gambar: The Ink Library Cafe
Bagi yang suka lepak berjam-jam dan berbual santai sambil minum secawan kopi atau makan pencuci mulut, kafe ini memang sesuai.
Latte Coffee, Iced Mocha, Iced Chocolate dan Americano coffee di sini juga memang terbaik!
Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi -10 malam)
12 Let’s Seafood Out Puncak Alam
Kedai makan seafood di Puncak Alam
Alamat: 31, Jalan Dataran Suria 15/7/1 Seksyen 15 Bandar Puncak Alam, 42300 Kuala Selangor, Selangor
Hubungi: 0176077287
Kredit gambar: Izni Husna Idris
Tempat makan seafood yang menarik di Puncak Alam dengan hiasan dan dekorasi yang unik.
Antara menu yang dicadangkan ialah Udang Masak Buttermilk, Ketam Masak Sambal, dan Kupang Masak Cili Padi.
Kredit gambar: Aqeelah Rashidi
Kredit gambar: syafiq omar
Kredit gambar: Mamu Vinyl
Disyorkan datang pada hari Sabtu selepas waktu makan tengah hari untuk makan-makan bersama keluarga.
Kombinasi 4 jenis sos dalam satu set shell out memang menarik dan sedap. Seafood segar dan harga pun berpatutan.
Waktu operasi: Rabu – Isnin (7 pagi – 10 malam)
Memang jadi pilihan yang menarik untuk makan bersama keluarga.
Sebelum tu, pastikan korang cari tempat parking awal, sebab pada waktu siang agak sukar, tapi pada waktu malam lebih baik. Parking agak susah cari masa siang, tapi lebih senang waktu malam. Cara bayar guna QR code dan tunai.
Soi 55 Thai Kitchen (Puncak Alam)
Makanan thai di Puncak Alam
Alamat: 11/11A, Bandar Hill Park, No 6 & 6-1, Pusat Perdagangan Hillpark, Persiaran Hill Park, Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor
Hubungi: 0167370555
Kredit gambar: Ibu Qaayed
Berhampiran Forest Park Hillpark, terdapat sebuah restoran yang menawarkan makanan Thai.
Antara hidangan yang popular ialah steam fish with garlic lime, butter prawn, dan mango spicy somtum serta pad thai.
Kredit gambar: nurul lyanna
Walaupun harganya sedikit ‘pricey’, tapi kedai makan ini memberikan servis dan saiz hidangan yang baik serta terdapat juga pilihan set combo.
Waktu operasi: Setiap hari (12 tengah hari – 9:30 malam)
99 Founder Cafe Official
Tempat makan konsep hipster di Puncak Alam
Alamat: no 34, jalan niaga bestari 1, puncak bestari, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor
Hubungi: 0166445133
Kredit gambar: Azani Ella
Tempat makan ini nyaman, selesa dan sesuai untuk makan tengah hari dan malam bersama keluarga, terutamanya dengan kanak-kanak.
Di sini, anda boleh menikmati pelbagai hidangan tempatan, Siamese dan barat.
Kredit gambar: Nor Aliahg
Kredit gambar: Sheri Haron
Kedai ini terletak di kawasan yang tidak sibuk, jadi anda boleh menikmati hidangan dengan tenang.
Menu yang dicadangkan termasuk Bihun Celup, Choc Caramel, Hazelnut Latte, Nasi Padkapraw, Chicken Chop, dan Macha Chochip.
Waktu operasi: Setiap hari (2 petang – 11 malam)
Seteshen@118
Tempat makan tengah hari dan malam di Puncak Alam
Alamat: No. 11, Grandeur Labs@Eco Grandeur, B49, Puncak Alam, 42300 Kuala Selangor, Selangor
Hubungi: 0147626218
Kredit gambar: Fadzil Hisham
Tempat terbaik untuk berjumpa dengan rakan atau untuk urusan perniagaan. Menawarkan beberapa pilihan tempat duduk seperti sofa, bangku dan beberapa meja di luar cafe.
Makanan juga disajikan dalam pinggan-pinggan klasik yang memberikan sentuhan unik dan kopi yang disajikan juga menarik dan cantik dipandang.
Kredit gambar: Mohd Akhili Salamat
Kredit gambar: Alf Azm
Menawarkan set hidangan utama dan jangan lupa cuba Nyonya Curry Laksa dan Iced Latte!
Tempat ini memang bagus, makanan sedap, suasana nyaman, dan lagu-lagu yang dipilih juga sangat ‘up-to-date’.
Suasana keseluruhan dalam cafe ini sangat cantik dan juga ‘Instagram-worthy’.
Hardcover Cafe
Tempat makan menarik untuk instagram
Alamat: Eco Granduer, Hardcover Cafe, 30-G, Jln Eco Grandeur 1/8A, Puncak Alam, 42300 Kuala Selangor, Selangor
Hubungi: N/A
Kredit gambar: Ainul Aliffa Shuhaimi
Hardcover Cafe, kafe yang nyaman dan selesa untuk bersantai bersama orang tersayang.
Suasananya juga senyap dan mempunyai sedikit vibe kampung dengan tangga kayu serta dalaman kafe yang dihias dengan cantik.
Kredit gambar: Mathanraj Moganathan
Kredit gambar: Ehsan Adnan
Kredit gambar: Nur Syafiqah Abd Radzi
Anda harus memesan hidangan seperti Creamy Cajun Prawn Pasta, Aglio Olio, dan Spicy Duck Spaghetti.
Waktu operasi kafe ini dari pukul 12 tengah hari hingga 10 malam.
Richiamo Coffee
Tempat lepak menarik untuk pelajar di Puncak Alam
Alamat: Kompleks At-Tijarah, MSL 2, UiTM Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam
Hubungi: 01159487070
Kredit gambar: Richiamo Coffee – UiTM Puncak Alam
Terletak di UITM Puncak Alam, kafe ini menawarkan makanan gabungan Asia dan beberapa menu ringan untuk minum petang atau pelajar yang ingin lepak bersama rakan mereka.
Antaranya ialah cappuccino, spaghetti carbonara, spaghetti aglio olio dan banyak lagi.
Kredit gambar: MUHAMMAD FAIQ B. FAUZI
Kredit gambar: Richiamo Coffee – UiTM Puncak Alam
Tempat makan menarik dengan tema hitam ini menjadi destinasi kegemaran pelajar dan salah satu tempat lepak terbaik di UITM.
Nikmati makanan yang sedap dan tempat duduk yang selesa di sini. Berdekatan kafe ini juga terdapat kemudahan ATM, tandas, dan surau.
0 comments:
Post a Comment