Siapa kata susah nak bersihkan ketam? Kalau korang ikut cara Ezzu Chang, mungkin lepas ini hari-hari makan lauk ketam!
Ketam adalah salah satu makanan laut yang digemari ramai kerana rasa isinya yang manis dan sedap.
Selain makan di kedai, korang juga boleh masak sendiri di rumah dengan kos yang lebih murah untuk menikmati ketam yang segar.
Lagi pun, korang boleh masak mengikut kuantiti yang perlu dan kalau ada lebih boleh simpan buat jadi lauk esok pula.
Nak tahu sebab apa kita kena siang ketam dengan betul?
Haa, inilah sebab kenapa kita kena bersihkan ketam dengan baik!
Kalau korang nak tahu, ketam duduk dalam pasir atau lumpur jadi kita boleh sakit kalau tak dibersihkan dengan betul.
Cara Cuci & Berus Ketam Dengan Betul
Ketam mempunyai khasiat tersendiri untuk mencegah penyakit denggi terutama ketam nipah.
Tapi kalau korang tak bersihkan dengan baik, kemungkinan untuk mengalami keracunan selepas menikmati hidangan ketam sangat tinggi.
Bagi yang masih belum mengetahui cara membersihkan ketam dengan betul, jom ikuti tips mudah ini.
1. Korang perlu buka dan buang kulit keras di bahagian bawah ketam.
2. Kemudian korang terus tarik cengkerang tadi dan pisahkan dari badan.
3. Bila dah pisahkan cengkerang tadi, terus potong pengepit ketam untuk elak tangan korang dikepit sebab ketam sebenarnya pandai pura-pura mati tau.
4. Pada bahagian dalam cengkerang, korang kena cuci dengan berus terlebih dahulu dan buang bahagian depan seperti ‘kantung’ ini.
Kantung berwarna kuning ini boleh jadi salah satu punca keracunan makanan juga.
5. Pastikan korang buang bahagian kepala dan mata ketam dengan bersih, nak guna tangan sahaja pun boleh.
6. Paling penting, jangan lupa buang insang atau ‘penapis’ pada badan ketam sebab ini pun salah satu punca keracunan makanan tau!
Orang dulu-dulu suka masak insang ini sekali, tapi sekarang kita dah tahu insang boleh memudaratkan kesihatan jadi pastikan korang buang ya.
Dah siap buang, korang berus semua bahagian depan dan belakang badan serta kaki ketam.
7. Korang boleh potong sedikit kaki depan ketam sebab tak ada isi pun kat bahagian itu.
8. Ambil pengepit ketam yang dipotong tadi, ketuk bahagian atas dan bawah supaya bahan-bahan kita masak nanti masuk ke dalam isi pengepit ketam.
9. Bilas balik ketam korang dah siap potong tadi dan ketam dah ready untuk dimasak.
Jangan Buang Tomalley Ketam
Pasti ramai yang masih keliru, bahagian ketam ada mana paling sedap?
Selain isi manis dalam bahagian badan dan pengepit ketam, tomalley merupakan salah satu bahagian yang digemari oleh pencinta shellfood ini.
Tomalley atau hati ketam adalah antara bahagian yang paling sedap dan rasanya pula manis dan sedikit tebal.
Untuk korang yang sebelum ini buang tomalley semasa siang ketam, pastikan selepas ini korang cuba menikmatinya ya!
Telur ketam pun sedap dimakan tau, rugi kalau korang buang sebab rasanya lain sedikit berbanding isi ketam.
Warna telur ialah jingga gelap dan kalau korang nak isi padu dan banyak telur, pilih ketam betina.
Macam mana nak tahu betina jantan? Ketam betina bentuk 3 seginya besar dan ketam jantan pula 3 seginya kecil.
Ingat ya, kalau korang penghidap gout atau sakit jantung perlu elak daripada makan bahagian tomalley dan telur ketam sebab kandungan kolesterolnya sangat tinggi.
Hari ini sedap makan, risau esok kaki bengkak tak boleh jalan pula! Semoga tips ini bermanfaat!
0 comments:
Post a Comment