loading...

Thursday, 10 August 2023

17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL (2023)

Bukan sahaja sebagai destinasi pelancongan, Selangor juga merupakan lokasi yang ideal untuk aktiviti ‘team-building’. 

Dengan pelbagai pilihan tempat menarik percuma, kemudahan yang baik, keindahan alam dan ‘outdoor space’, Selangor menawarkan pengalaman pembinaan pasukan yang unik dan mencabar. 

Contoh aktiviti team building outdoor yang boleh dilakukan ialah mendaki, paintball, camping, sky-trekking, flying fox, dan banyak lagi.

Berikut kami kongsikan beberapa cadangan tempat team building di Selangor untuk membantu anda merancang aktiviti pembinaan pasukan yang lebih efektif.

Senarai Tempat Team Building Di Selangor

Impian Rimba Resort

Tempat team building di Hulu Langat

Alamat: Lot 8944, Batu 22 Jalan Pangsun, 43100 Hulu Langat, Selangor

Hubungi: 019-223 5304

Berdekatan dengan Gunung Nuang, terdapat sebuah resort berkonsepkan alam semula jadi yang benar-benar bagus untuk percutian keluarga atau bersama rakan sekerja.

Staf resort juga sangat ‘friendly’ dan anda boleh dengar bunyi sungai mengalir serta melihat kehijauan sekeliling di resort team building Selangor ini.

Selain ‘healing’ dengan alam, terdapat aktiviti team building yang menarik untuk semua seperti berjalan-jalan di hutan, sukaneka, mandi di air terjun, hiking di Selangor dan banyak lagi.

Jangan risau, anda juga boleh ‘booking’ penginapan 2 days 1 night team building selangor atau 3 days 2 night team building selangor.

Semenyih Eco Venture Resort & Recreation

Team building resort Selangor

Alamat: Lot PT, Lot No PT, 1351, Jalan Sungai Lalang, 43500 Semenyih, Selangor

Hubungi: 017-420 9358

Semenyih Eco Venture Resort, salah satu resort team building Selangor seluas 20 ekar yang menawarkan pelbagai aktiviti rekreasi luar dan penginapan bilik yang selesa.

Tersedia kemudahan kolam renang, pusat kecergasan, tempat letak kereta percuma, restoran, tapak khemah, dewan serbaguna, dan dewan seminar. 

Semasa menginap di tempat team building Selangor ini, anda boleh menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti mendaki, memancing, paintball, menjelajah hutan, flying fox, dan banyak lagi.

Untuk penginapan, terdapat 48 bilik kontena bertema antarabangsa, The Villa Harmony, bilik tube yang sesuai untuk ‘backpacker’ dan juga bilik asrama yang sesuai untuk kumpulan besar.

Jadi, rancang trip keluarga atau syarikat selama 2 hari dan mengisi hari-hari anda dengan keseronokan dan pengalaman best di Semenyih EcoVenture Resort and Recreation!

The Kabin Kuala Selangor

2 days 1 night team building Selangor

Alamat: Jalan Haji Zainal, Jeram, 45800 Jeram, Selangor

Hubungi: +6017-924 7800

Kredit gambar: Thekabin

Sekiranya anda mencari destinasi terbaik di Selangor untuk reunion kolej, perkhawinan, aktiviti korporat atau hari keluarga, The Kabin pilihan yang terbaik!

Berhampiran Pantai Remis, penginapan berkonsepkan container dan moden ini menawarkan pelbagai pakej lengkap untuk majlis peribadi, ‘team building’ atau trip hujung minggu.

Kredit gambar: Thekabin
Kredit gambar: Thekabin
Kredit gambar: Thekabin
Kredit gambar: Thekabin

Selain itu, terdapat fasiliti kolam renang, kafe, taman permainan, dewan, Savannah Lounge, karaoke, tempat bbq, surau dan kawasan bola keranjang, futsal, bola tampar, serta badminton. 

Bagi pencinta alam, anda juga boleh berbasikal bersama rakan melalui jalan-jalan kampung! 

Skytrex Adventure, Sungai Congkak

Aktiviti team building outdoor 

Alamat: Batu 20, 1/2, Jalan Sungai Congkak, Kampung Padang, 43100 Hulu Langat, Selangor

Hubungi: 013-276 9841

Kredit gambar: Khairul Azwan

Skytrex Adventure Sungai Congkak, tempat paling best di selangor untuk peminat aktiviti lasak. 

Ia terletak dalam suasana tenang Chongkak Park & ​​Resort, pengunjung dapat merasai keseronokan aktiviti flying fox yang lebih panjang, sky-trekking di atas pokok dan mendengar aliran Sungai Congkak.

Aktiviti outdoor di Selangor ini membolehkan anda menguji ketangkasan dan menghadapi ketakutan melalui cabaran berpasukan yang berbeza sambil menikmati pemandangan hutan hujan. 

@feelinggrwm

Guyssss pi skytrex sg congkak skunkkk. Boleh pi mandi sungai skaliiii #skytrexadventuresgcongkak #fyp

♬ original sound – 🙂

Bukan sahaja di Selangor, terdapat juga Skytrex Adventure di Langkawi dan Melaka. 

Nikmati pengalaman penuh aksi di Skytrex Adventure Sg Congkak, taman Flying Fox pertama di Malaysia! 

Laser Battle Kuala Lumpur

Permainan pertempuran laser di Kuala Lumpur

Alamat: Central Zone, Level 7 Berjaya Times Square, No.1, Jln Imbi, 55100 Kuala Lumpur

Hubungi: 016-868 6279

Seterusnya, terletak di Berjaya Time Square, lakukan aktiviti team building dengan permainan laser yang menyeronokkan. 

Laser Battle Kuala Lumpur juga merupakan pusat tag laser terbesar di Asia dan menawarkan lebih daripada 50 mod ‘games’ dengan reka bentuk arena bertaraf dunia yang canggih, tau! 

Aktiviti ini bukan sahaja membantu pekerja meningkatkan kemahiran komunikasi, malah kerjasama dalam ahli pasukan, kepercayaan, dan juga penyelesaian masalah.

Rasai pertempuran tag laser dengan bunyi, cahaya, dan muzik terbaik yang memenuhi setiap sudut arena! 

Waktu operasi: Setiap hari (8 pagi – 11 malam)

PartyBox 360

Permainan berkonsepkan Running Man di Kuala Lumpur

Alamat: Mitsui Shopping Park Lalaport KL (BBCC L2-11b, 2, Jln Hang Tuah, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Hubungi: 03-2775 5116

Nak cari aktiviti best dan tempat terbaik di Selangor untuk team building? Datanglah ke PartyBox 360!

Menawarkan 3 jenis hiburan unik termasuk VS hall, Escape Game dan juga Rage Room. Setiap permainan juga akan dibimbing Game Master (GM).

Dalam escape game, anda akan dikunci dalam bilik bertema penuh dengan teka-teki dan perangkap, dengan hanya 50 minit untuk melarikan diri.

Apa yang menarik, anda boleh menyertai VS Hall, permainan berkonsepkan Running Man pertama di Malaysia. 

@partybox360

What do you get for 3 hours in our VS Hall + Dry Pool team building session? Let our host Adam show you =) #PartyBox360 #teambuilding #fyp

♬ original sound – PartyBox360 – PartyBox360

Ia lebih kepada permainan fizikal dan boleh mengukuhkan ikatan antara rakan sekerja, orang tersayang dan rakan sekolah.

Di Rage Room pula, anda bebas melepaskan kemarahan dengan menghancurkan objek dalam persekitaran yang selamat, semuanya sambil mendengar lagu kegemaran.

Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi – 9:30 malam)

Hauntu, The LINC KL

Pengalaman seram di KL

Alamat: 360, Jln Tun Razak, Pudu, 50400 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Hubungi: 011-1686 9199

Kredit gambar: Nabila Zaki

Nak cari pengalaman seram atau rumah berhantu di KL? Datanglah ke Hauntu sebagai aktiviti bulanan untuk ‘team building’ syarikat!

Tempat ini menggabungkan persembahan teater dengan pelakon dan jalan cerita untuk mencipta pengalaman seram yang unik.

Berbeza dengan Breakout Room, pengunjung boleh mengambil peranan watak dalam cerita misteri, berinteraksi dengan pelakon sebenar dan membuat keputusan yang akan mempengaruhi keseluruhan pengalaman.

@khairultbh

Things to do in KL!!! 🤩 it was a spooky fun, immersive and thrilling experience!! with @hauntumy 👹#hauntumy #hauntu #fyp

♬ Praise God – Kanye West

Konsep Hauntu seakan menggabungkan pengalaman teater dengan realiti maya, membawa anda ke dalam dunia yang menakutkan. 

Ia menawarkan tiga jalan cerita yang berkaitan di Hotel Colle Eastern. Jika anda peminat rancangan Netflix seperti Westworld, konsep Hauntu pasti mudah difahami. 

Waktu operasi: Setiap hari (11 pagi – 11 malam)

Tadom Hill Resort

Tempat menarik untuk team building di Banting Selangor

Alamat:  2, Jalan Bukit Tadom, Kampung Orang Asli, Kampung Labohan Dagang, 42700 Banting, Selangor

Hubungi: 012-522 5908

Terletak di tengah-tengah hutan seluas 45 ekar, Tadom Hill Resorts menawarkan penginapan daripada buluh dan layanan mesra dari staff yang majoritinya adalah orang asli.  

Anda bebas memilih aktiviti darat atau air, dari menyelam di Tasik Emerald, ATV, memanah, hingga bersantai di gazebo buluh dengan pemandangan semula jadi yang indah.

Tadom Hill Resorts juga menyediakan program pembinaan kumpulan dan pasukan yang menarik. Program Team Building terbahagi kepada kumpulan Lite, Plus, dan Ultimate. 

Untuk perjalanan sehari, pilih program Lite; menginap semalam, pilih program Plus; dan untuk pengalaman 3 hari 2 malam yang lengkap, pilih program bina pasukan Ultimate.

Camp5 Climbing Gym

Aktiviti team building indoor 

Alamat: EZ501, 5th Floor, 1 Utama Shopping Centre (New Wing), Damansara, 1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor

Hubungi: 03-7726 0410

Pilih Camp5 sebagai destinasi aktiviti pembinaan pasukan yang menarik di Kuala Lumpur! Tempat yang bagus untuk aktiviti memanjat batu dan pendakian secara selamat.

Selain aktiviti team building, Camp5 juga menyediakan pakej parti hari jadi yang mengabungkan pendakian, permainan dan juga makanan.

Bahkan, terdapat pelbagai pilihan lintasan pendakian yang boleh dipilih mengikut tahap kesesuaian. Kukuhkan ikatan dengan rakan sekerja atau keluarga melalui aktiviti ini. 

Jangan risau untuk beginner, pengajar berpengalaman akan membimbing anda.

VAR LIVE MY

Aktiviti team building mudah di Selangor & KL

Alamat: L2-015, MyTOWN Shopping Centre, No.6, Jalan Cochrane, 55100 Kuala Lumpur

Hubungi: 03-9202 8338

Pernah anda merancang aktiviti team building dengan virtual reality game? Jika tidak, bagaimana pula dengan melakukan aktiviti itu di taman tema VR terbesar di Malaysia! 

Tempat untuk team building di Kuala Lumpur ini menawarkan 13 tarikan termasuk Zombie Jail, Overkill, Crazy Rush, dan banyak lagi.

Pengalaman VR melalui teknologi canggih ini akan memastikan anda terlibat sepenuhnya dalam setiap permainan. 

Bermain secara solo atau ‘group’ dan lawanlah zombi, berlumba, atau menyelesaikan misteri! Jom buat tempahan sekarang dan nikmati hari yang penuh keseronokan bersama pasukan anda! 

SuperPark Malaysia

Tempat team building di Kuala Lumpur    

Alamat: Unit 4-1, Level 4 Avenue K Shopping Mall, 156, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur

Hubungi: 012-301 1040

Ingin merapatkan hubungan antara pasukan anda? Atau mencari aktiviti kesihatan yang menyeronokkan bersama keluarga? Datang sahaja ke SuperPark Malaysia!

Berdekatan dengan KLCC, SuperPark Malaysia sesuai untuk semua peringkat umur. Terdiri dari 3 kawasan iaitu Game Arena, SuperPark’s Adventure Area, dan Freestyle Hall. 

Lakukan aktiviti menyeronokkan dengan lebih daripada 25 pilihan aktiviti termasuk zip line, trampolin, permainan baseball, kereta lumba, flying fox dan banyak lagi.  

White Water Rafting Kuala Kubu Bharu

Aktiviti team building untuk pekerja    

Alamat: PROJEK OUTDOOR-Starting Point Water Rafting KKB, Kampung Gerachi, 44000 Kuala Kubu Bahru, Selangor

Hubungi: 0195134193

Hanya sejam dari Kuala Lumpur, rancang aktiviti kumpulan secara ‘outdoor’ dengan White Water Rafting Kuala Kubu Bharu.

Anda akan merasai keseronokan berakit air putih dengan bimbingan pemandu yang pro di sepanjang aliran sungai yang menarik.

Nikmati juga pemandangan semula jadi yang menakjubkan dan air jernih Sungai Selangor ini.

Jangan lupa memakai pelindung matahari, jaket keselamatan dan membawa pakaian tambahan!

Paradise Valley Broga Resort

Tempat team building di Semenyih

Alamat: Lot 1742 & 1369, Jalan Tarun 27/23, B34, Jln Broga, Broga, 43500 Semenyih, Selangor

Hubungi: 011-1668 6188

Paradise Valley Broga Resort, memang terbaik untuk anda yang nak membina pasukan, lepak dan juga bermalam dengan penuh keselesaan.

Team building resort selangor ini berdekatan Bukit Broga dan jauh dari bandar dengan suasana yang tenang. 

Di sini, terdapat kafe terbuka, kolam renang, basikal untuk disewa, aktiviti karaoke, aktiviti jungle trekking, hiking Bukit Broga, flying fox, memanah, bbq, dan pelbagai lagi aktiviti menarik.

Tempat tenang di Selangor ini bagus untuk percutian keluarga, ‘school trip’ dan pembinaan pasukan dengan kemudahan yang mencukupi.

District 21 

Aktiviti team building untuk pelajar universiti

Alamat: AT 6, IOI City Mall, IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Hubungi: 0383288888

District 21 destinasi yang sesuai untuk dijadikan half day trip dan juga sebagai tempat team building pelajar universiti di Selangor.

Terdapat 8 tarikan yang mencabar seperti mendaki, meluncur, menunggang, melompat, jatuh bebas, dan terbang. 

Pengunjung boleh memilih ‘game’ yang sesuai dengan tahap kesukaran, dari yang mudah hingga yang mencabar seperti Sky Trail, Trampolin, Maze, Ninja Warrior, dan Roller Glider. 

Selepas itu, anda boleh membeli-belah, lepak, dan makan-makan di IOI City Mall. Aktiviti menarik ini adalah pilihan terbaik untuk mengeratkan hubungan dalam pasukan pelajar universiti dengan mengatasi cabaran bersama.

Jump Street Asia

Aktiviti team building untuk pelajar

Alamat: 8A, Jln 13/6, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor

Hubungi: 0122041448

Kredit gambar: jump street asia

Siapa yang tidak takut ketinggian dan suka melompat? Ini adalah tempat yang menawarkan team building package Selangor! 

Jump Street Asia Trampoline Park ini sesuai untuk ‘corporate team-building’, majlis hari jadi dan aktiviti berkumpulan pelajar sekolah. 

Antara tarikan di Jump Street ialah big bounce, jump tap score, velcro fly wall, street soccer, dodgeball, berlari di dinding, terbang di zipline dan lain-lain lagi.

Selain daripada keseronokan melompat trampolin, tempat ini boleh menampung sehingga 500 orang, mempunyai tiga bilik mesyuarat / parti persendirian, kafe dan juga bilik solat. 

Sebelum melompat, setiap peserta di bawah umur 18 tahun juga perlu menandatangani dokumen penting untuk memahami risiko dan mematuhi peraturan keselamatan.

Breakout Avenue K

Aktiviti escape room di Kuala Lumpur

Alamat: Avenue K, Jalan Ampang, Kampung Baru, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Hubungi: 01133352628

Satu lagi aktiviti membina pasukan yang popular di Selangor ialah mencari petunjuk dan menyelesaikan teka-teki dalam kumpulan sehingga 8 orang.

Anda boleh memilih dari 7 permainan di Breakout NU Sentral atau 5 permainan di Breakout Avenue K. 

Pilihan misi di Breakout NU Sentral: Perpetual, The Secret Of Hocus, Dreadnought, The Testament Of Tesla, Terraform, Materia Medica, & The War Of Rembrandt.

Pilihan misi Breakout Avenue K:  Mr. Oswald’s Greatest Show, Cerebrum, Post Mortem, Project Fallout, & Chamber of Hocus.

Di Breakout Escape Room Kuala Lumpur ini, rasai pengalaman ‘escape room’, tingkatkan kemahiran kerjasama dalam pasukan dan selesaikan misteri dalam masa terhad. 

Jomlah jadi detektif dan selesaikan misi dengan pantas!

Beacon Resort 

3 days 2 night team building Selangor

Alamat: PT 4049, Mukim Sungai Gumut, Kampung Gumut Tambahan, 44100 Kalumpang, Hulu Selangor

Hubungi: 019-833 3378

Beacon Resort, tempat retreat di Selangor, adalah pilihan ideal untuk solo traveller, percutian keluarga, aktiviti team building atau tempat bercuti untuk trip company.

Chalet menarik di Selangor ini menawarkan bilik yang selesa dengan bilik mandi suite di tengah pokok buah-buahan tropika.

Tambahan pula, resort ini menawarkan kemudahan seperti asrama, gelanggang bola keranjang, taman permainan, kafe, spa serta kolam renang luar dengan ‘natural hot spring’.

@beaconwellness.my

Thinking of planning a getaway for yourself or your loved ones? Well, look no further than Beacon Resort, a destination where you get to enjoy the nature! ☀️🌞Come spend your mini getaway at Beacon Resort located at Kampung Gumut Tambahan, Kalumpang, Selangor.You get to explore and experience a variety of outdoor and indoor activities such as ⭐Jungle Trekking ⭐Aroma Touch ⭐Crystal Clear River⭐Natural Hot Spring ⭐Hot & Cold Hydrogen Spa⭐Sauna Detox 10/10 would visit this amazing place again. Bring your family and friends along! For more information, do visit Beacon Resort website or social media pages. 🤩 #ResortLife#VacationVibes#TravelGoals#EscapeTheCity #NatureLovers #RelaxationGoals

♬ original sound – Beacon Wellness – Beacon Wellness | Health Tips

Pelbagai aktiviti seperti mendaki, paintball, berakit, dan ziplining disediakan, di samping pilihan pakej day trip, pembinaan pasukan & latihan, bengkel kecergasan dan penginapan 2-3 hari. 

Rasai pengalaman retreat yang santai dengan pemandangan indah dan percutian alam semulajadi di Selangor ini! 

0 comments:

Post a Comment

loading...