loading...

Thursday, 10 August 2023

No More Bau Hapak! Tips Mudah Keringkan Baju Musim Hujan

Antara cabaran bila tiba musim hujan adalah pakaian yang kita basuh lambat kering dan berbau hapak.

Bukan apa, kita perlukan haba yang cukup untuk memastikan baju yang dibasuh tadi dapat dikeringkan dengan baik dan tak busuk.

Kalau ada mesin pengering mungkin tak jadi masalah tapi bagi korang yang tak ada mungkin boleh cuba tips yang kami kongsikan ini.

Tapi kalau tak ada cahaya matahari macam mana nak keringkan baju dengan cepat? 

Mudah je, korang perlu pastikan pakaian cara kita menjemur pakaian adalah betul.

Baju Cepat Kering & Tak Busuk

Jom cuba tips mudah dari kami!

  • Gunakan pewangi atau pelembut pakaian ketika cuci pakaian.

Dengan menggunakan pewangi atau pelembut pakaian, korang dapat pastikan baju yang dibasuh tidak mudah berbau busuk walaupun dalam keadaan lembap.

Korang boleh tuangkan cecair pewangi atau pelembut kain lebih banyak daripada biasa supaya bau wangi melekat lebih lama.

Pastikan korang pilih pewangi yang mempunyai wangian bunga dan elakkan pewangi yang mempunyai bauan citrus supaya baju tak mudah berbau masam. 

  • Kibas pakaian yang dibasuh dengan baik 

Selepas dikeluarkan daripada mesin basuh, pastikan korang kibas pakaian sehelai demi sehelai supaya baju atau seluar korang tak ronyok dan berlipat.

Cara ini untuk memastikan tak ada bahagian yang terlipat atau tergulung yang mungkin akan melambatkan proses pengeringan pakaian nanti.

  • Guna saiz penyangkut baju sesuai

Satu lagi cara untuk mempercepatkan proses mengeringkan pakaian ialah korang perlu guna saiz penyangkut baju yang sesuai.

Jika pakaian yang dibasuh lebar dan panjang, pastikan korang guna saiz pengangkut baju yang lebih besar daripada biasa.

Selain itu, korang kena jarakkan ruang antara jemuran untuk memudahkan aliran udara masuk untuk mengeringkan setiap helai jemuran.

  • Asingkan pakaian nipis dan tebal

Tips ini sangat penting, korang kena tahu bahawa pakaian yang lebih tebal akan mengambil masa lebih lama untuk kering.

Jadi, seeloknya asingkan pakaian mengikut ketebalan dan jenis kain supaya mudah untuk diuruskan.

Kami sarankan basuh dahulu pakaian tebal pada waktu pagi manakala pakaian jenis nipis pula basuh lewat sedikit.

  • Elak jemur pakaian secara bertindan

Jangan menjemur pakaian secara rapat atau bertindan kerana ini akan menghalang aliran udara lalu melambatkan proses pengeringan jemuran.

Kalau ada ramai ahli keluarga di rumah dan banyak pakaian yang perlu dibasuh, korang perlulah kerap membasuh baju.

Basuh baju dengan kerap akan mengurangkan jumlah jemuran, jadi tak terlalu banyak pakaian yang perlu disidai dalam satu masa.

Tapi kalau korang tak cukup masa untuk basuh setiap hari, kami cadangkan beli ampaian jemuran bersaiz besar supaya boleh sidai kain lebih banyak dalam satu masa.

  • Atur pakaian mengikut saiz

Semasa korang jemur pakaian, pastikan pakaian disusun mengikut saiz untuk mudahkan pakaian dapat dikeringkan dengan baik.

Korang boleh susun baju bersaiz kecil di bahagian bawah dan pakaian lebar di atas jadi setiap pakaian terkena aliran udara.  

  • Guna kipas angin

Cara paling mudah, korang boleh gunakan kipas angin supaya pakaian cepat kering.

Korang boleh cuba tip ini jika kesuntukan masa dan perlu pakai baju yang baru saja di basuh. 

Berbaloi Ke Beli Mesin Pengering Baju?

Berbaloi ke? Jawapan ini bergantung pada kekerapan penggunaan korang.

Dengan menggunakan mesin pengering baju, korang boleh menjimatkan masa dan mengelakkan lembapan yang boleh menyebabkan bau hapak.

Mesin pengering boleh mengelakkan pakaian daripada rosak akibat sinaran kuat matahari semasa proses pengeringan jadi baju korang akan bertahan lebih lama.

Korang juga boleh mengeringkan baju dengan jumlah yang banyak dengan cepat.

Selain mudah digunakan, korang boleh jimat ruang rumah sebab tak perlu gantung pakaian di dalam atau luar rumah.

Menarik lagi, ada beberapa mesin pengering baju boleh menghilangkan kedutan pada pakaian selepas dikeringkan. Tak perlu gosok lagi!

Tapi kekurangan utama apabila pakaian dikeringkan dalam mesin pengering adalah risiko pakaian mengecut dan warnanya berubah.

Korang perlu guna suhu dan tetapan yang betul terutamanya pakaian dari fabrik sutera atau linen untuk elak pakaian mudah rosak.

Nak lagi mudah? Pergi saja dobi layan diri di kawasan rumah anda, sambil tunggu pakaian dikeringkan korang boleh healing sekali. Semoga bermanfaat!

0 comments:

Post a Comment

loading...