Terletak strategik di tengah-tengah Semenanjung Malaysia, negeri Selangor Darul Ehsan dikelilingi oleh bandar raya Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Setiap daerah di negeri ini menjanjikan pengalaman yang menarik dan unik bagi setiap pelancong yang berkunjung.
Temui keindahan dan pesona negeri Selangor serta nikmati pelbagai destinasi menariknya.
Nak tau apa yang menarik di Selangor? Di sini, kami kongsikan beberapa tempat menarik di Selangor percuma dan menyeronokkan untuk panduan anda.
Senarai 16 Tempat Menarik Di Selangor Yang Percuma
Pantai Remis, Kuala Selangor
Pantai menarik di Selangor
Alamat: Jalan Pantai Remis, Kampung Dungun, 45800 Jeram, Selangor
Hubungi: 0133957814
Pantai Remis Kuala Selangor, terletak 20km selatan Kuala Selangor di Sg Sembilang, Jeram, merupakan destinasi eko-pelancongan yang semakin digemari penduduk tempatan.
Pengunjung boleh berjalan-jalan tepi pantai, menikmati keindahan pantai, dan menghirup udara segar sambil beriadah bersama keluarga dan rakan.
Selain itu, anda boleh bermain layang-layang, mencari kerang, atau memancing. Terdapat juga kemudahan tandas dan taman permainan kanak-kanak.
Jika lapar bolehlah singgah gerai makan atau kedai makan terdekat untuk merasai keenakan makanan laut.
Taman Tasik Metropolitan Kepong
Taman rekreasi terbesar di daerah Gombak
Alamat: 5, Jalan Rimbunan Melati, Kepong Metropolitan Lake-garden, 52100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Hubungi : +60123454367
Taman Tasik Metropolitan Kepong atau juga dikenali Taman Layang-Layang merupakan taman rekreasi yang popular di Daerah Gombak, terutama pada petang Sabtu dan Ahad.
Selain itu, menawarkan kemudahan trek joging, trek berbasikal, padang bola sepak, kawasan bersenam, taman permainan, tandas dan padang luas untuk permainan layang-layang.
Terdapat juga rumah sampan, jeti dan 3 menara tinjau untuk menikmati indahnya pemandangan Kuala Lumpur.
Bagi kanak-kanak, terdapat set permainan menarik seperti papan luncur, jongkang-jongkit, buaian, dan alatan memanjat.
Ia menjadi destinasi pilihan untuk remaja yang suka bermain papan luncur dan keluarga yang ingin berkelah, bersantai, dan bermain layang-layang.
Taman Metropolitan Kepong ini juga dilengkapi parking bertingkat yang luas dan percuma.
Waktu Operasi : Dibuka setiap hari (6pagi – 8pagi)
Eco Grandeur, Puncak Alam
Tempat menarik untuk berkelah dan ootd di Puncak Alam
Alamat: Dataran Eco Grandeur, Puncak Alam, Selangor
Hubungi: N/A
Tempat menarik percuma di Puncak Alam ini menjadi tumpuan pengunjung untuk lepak-lepak dan makan-makan bersama rakan serta keluarga.
Suasananya juga lebih meriah, terutama pada waktu malam, petang dan hujung minggu. Taman ini mempunyai landskap cantik dan padang hijau yang luas.
Terdapat juga gazebo, puzzle landskap, taman permainan, laluan berjalan dan tidak ketinggalan menara putih yang cantik menghadap tasik indah.
Bahkan, banyak kedai makan dan kafe menarik berdekatan Eco Grandeur ini.
Di taman awam ini juga sesuai dijadikan tempat photoshoot untuk konvo, pre-wedding atau pun ootd!
Bukit Melawati Kuala Selangor
Bukit bersejarah di Kuala Selangor
Alamat: 45000 Kuala Selangor, Selangor
Hubungi: 0332891439
Bukit Melawati berhampiran Taman Alam Kuala Selangor dan pengunjung juga boleh naik bot dari Kuala Selangor untuk melihat kelip-kelip dan Sky Mirror.
Apa yang menarik, dari atas puncak Bukit Melawati, anda boleh melihat pemandangan persekitaran yang menghijau serta menghirup udara segar.
Di sekitar tempat menarik Selangor ini, terdapat tinggalan sejarah seperti meriam, kubu lama, makam diraja 3 Sultan pertama Selangor dan rumah api putih binaan Belanda.
Jangan lupa singgah Muzium Kuala Selangor yang terdekat untuk mempelajari lebih lanjut tentang sejarah Kuala Selangor!
Taman Tasik Shah Alam
Taman awam pertama dibuka di Selangor
Alamat: Pesiaran Tasik, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Hubungi: +603 5510 5133
Taman Tasik Shah Alam seluas lebih 43 hektar popular di kalangan penduduk Shah Alam untuk aktiviti beriadah dan berjoging pada waktu pagi dan petang.
Sebenarnya, ia direka oleh arkitek landskap terkenal dari Jepun, Fumiaki Takano. Anda juga boleh menyewa bot dan berkayak sekitar taman ini.
Selain itu, taman ini dilengkapi laluan pejalan kaki, berjoging, berbasikal, gazebo, persiaran tepi tasik, laluan refleksologi, dewan acara dan taman permainan kanak-kanak.
Dari Taman Tasik Shah Alam (Tasik Tengah), pengunjung juga boleh melihat masjid biru yang cantik.
Hanya 10-15 minit pemanduan dari i-City Shah Alam, Halaman Seni 7, Taman Botani Negara Shah Alam dan Perpustakaan Raja Tun Uda.
Taman Persahabatan Selangor Jepun
Taman Jepun di Selangor
Alamat: Persiaran Tasik, Seksyen 14, Shah Alam
Hubungi: +60355105133
Terletak di dalam Taman Tasik Shah Alam, taman cantik ini popular dalam kalangan pengunjung yang ingin ‘feel’ berada di Jepun.
Walaupun Taman Persahabatan Jepun ini agak kecil, anda masih boleh ootd menarik di kawasan laluan buluh dan menyewa kimono dari kedai berdekatan.
Tambah lagi, terdapat kawasan refleksologi dan laman zen dengan kolam ikan.
Tempat yang bagus untuk jalan jalan selangor!
Shah Alam Extreme Park
Tempat menarik untuk remaja percuma di Selangor
Alamat: Jalan Lompat Pagar 13/37, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Hubungi: 0122878787
Tempat menarik selangor percuma ini sesuai untuk remaja yang suka bermain papan luncur, basikal BMX atau aktiviti panjat dinding.
Bukan sahaja kawasan simennya yang luas, malah terdapat beberapa rail serta half pipes. Aktiviti menarik lain seperti paintball dan futsal juga ada, tau!
Disebabkan lantai simen mula merekah dan tempat ini panas, kami nasihatkan anda bawa topi dan berhati-hati jika bawa anak kecil.
Tempat letak kereta juga luas dan berdekatan dengan masjid, City Karting, Burger King, KFC, dan Pizza Hut.
Paya Indah Wetlands
Kawasan paya bakau menarik di Selangor
Alamat: Paya Indah, KM 4, Jalan Dengkil, Banting, 43800 Dengkil, Selangor
Hubungi: 0387687616
Di Dengkil, terdapat satu tempat tarikan di kawasan paya bakau dan pencinta alam bolehlah singgah sini, tau!
Tiada bayaran masuk, tapi ada sedikit bayaran jika anda berminat untuk menyertai aktiviti menarik seperti Safari Insta Tour dan Nature Wanderlust.
Bagi yang belum tahu, tempat ini asalnya kawasan lombong bijih dan tanah pasir sebelum berubah menjadi kawasan paya yang menarik untuk dikunjungi bersama keluarga.
Selain berkelah di lokasi yang sesuai, pengunjung juga boleh berkayak, memancing, melihat badak air, naik menara tinjau atau melihat burung dengan teropong.
Jika rasa malas berjalan, anda boleh ronda kawasan ini dengan kereta atau berbasikal di laluan hutan. Jangan risau, kawasan ini landai dan sesuai untuk semua peringkat umur.
Taman Tasik Elmina
Tempat bergambar popular di Selangor
Alamat: Elmina Valley Park, 176, Jalan Metafasa U16/3, 40160 Shah Alam, Selangor
Hubungi: 0378312253
Di bandar baru Elmina City, terdapat dua lokasi menarik untuk bergambar dan ‘post’ ke Instagram.
Pertama, laluan pelangi berwarna-warni dan kedua jambatan yang digelar ‘Elmina Iconic Bridge’ yang sangat lawa dan unik di Elmina Valley Park.
Menariknya, apabila matahari terbenam, jambatan ini menyala dengan warna merah terang.
Elmina juga mempunyai taman rekreasi (Elmina Central Park) yang luas dan sesuai untuk keluarga beriadah dengan pelbagai kemudahan sukan dan trek berbasikal.
Pada waktu petang, basikal dan scooter boleh disewa. Tapi kawasan ini tiada kedai dan tandas, jadi bawalah air botol sendiri dan pergi tandas dahulu sebelum singgah sini ya!
Secret garden 1 utama
Taman bumbung terbesar di Asia Tenggara
Alamat: Upper Roof, 1 Utama Shopping Centre, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor
Hubungi: N/A
Terletak di Mall 1 Utama, Secret Garden dikenali sebagai taman bumbung terbesar di Asia Tenggara dan antara yang terbesar di dunia.
Taman bumbung unik ini mempunyai 500 spesis tumbuhan eksotik termasuk giant amazon water lily, garden pergola, cactus bed dan banyak lagi.
Persekitarannya juga cantik, harmoni dan penuh dengan bunga-bungaan serta tumbuhan menghijau. Inilah sebabnya ia menjadi pilihan pengunjung untuk ‘dating’ di sini.
Untuk merasai ketenangan, anda boleh ke ‘upper roof’ dengan mengikuti arahan dalam gambar di dalam pusat membeli-belah.
Pengunjung boleh masuk secara percuma pada hari Sabtu, Ahad, dan cuti umum. Tempat cantik di Selangor ini memang menarik untuk bergambar dan berehat sebentar selepas shopping, anda pasti menyukainya!
Kolam Air Panas Selayang
Kolam air panas di Selangor
Alamat: Selayang Hotspring Pool, Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor
Hubungi: 0173962478
Kolam Air Panas Selayang menjadi tarikan utama penduduk Selayang dan orang KL yang ingin menikmati rendaman yang menyegarkan pada bila-bila masa siang atau malam.
Tempat menarik ini percuma untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun, tapi ada sedikit bayaran RM2 untuk orang dewasa.
Di sini terdapat 1 kolam bersaiz kecil, 3 kolam bersaiz besar, bilik persalinan, tandas dan ‘parking’ percuma.
Suhu setiap kolam juga berbeza dan menariknya, walaupun hari hujan suhu air ini tetap panas tau! Paling penting, tempat ini beroperasi 24 jam.
Konsep ‘hot spring’ juga lebih terbuka, anda boleh menggunakan baldi dan gayung atau berendam di dalam kolam bersama pengunjung lain.
Sekiranya anda ingin mencari aktiviti menarik di Selangor yang lebih santai, kunjungi Kolam Air Panas Selayang!
Sasaran Art Park Kuala Selangor
Tempat seni di Selangor
Alamat: Jalan Sasaran, Sungai Buloh, 45800 Jeram, Selangor
Hubungi: 012-257 9057
Sasaran Art Park Kuala Selangor merupakan tempat yang sangat bagus untuk dikunjungi jika anda suka seni kreatif, mural, arca dan berjiwa artistik.
Setiap hasil seni di sini mempunyai cerita dan makna tersendiri di sebaliknya dan terdapat beberapa ‘port’ yang sangat bagus untuk bergambar.
Tempat yang sangat sesuai untuk percutian hujung minggu atau percutian bersama rakan dan keluarga. Jika anda suka melukis dan ingin mencari ilham, datanglah ke Sasaran Art!
Bukit Jelutong Eco Community
Zoo mini percuma di Selangor
Alamat: Jalan Lelangit U8/45, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor
Hubungi: N/A
Jika anda nak merasai suasana alam semulajadi dan melihat serta menyentuh beberapa haiwan, ajaklah keluarga singgah ke Bukit Jelutong Eco Community.
Taman awam ini dibuka seawal jam 7 pagi dan popular dalam kalangan pelancong dari luar Selangor dan penduduk setempat untuk beriadah pada pagi dan petang.
Pengunjung boleh mendaki di laluan khas, menikmati kopi di kafe, berkelah, memberi makan haiwan, memancing, melepak di taman atau berbasikal mengelilingi tasik.
Anda juga boleh melihat ayam, burung merak, arnab, itik yang bebas berenang, angsa, rumah lebah kelulut dan kambing. Paling best, bawa tikar dan duduk di bawah pokok sambil menghadap tasik yang menenangkan.
Jom jalan jalan Selangor dan ambil gambar menarik dengan latar belakang bukit, tasik serta pokok bunga berwarna-warni di sini!
Bukit Antarabangsa View Point
Tempat menarik melihat sunset di Selangor
Alamat: Taman Wangsa Ukay, 68000 Ampang Jaya, Selangor
Hubungi: N/A
Tempat tenang di selangor ini juga dikenali sebagai sudut pandangan Bukit Antarabangsa.
Selain datang untuk beriadah, pengunjung juga boleh menghirup udara segar dan menikmati pemandangan indah Bukit Antarabangsa.
Tempat ini juga menjadi pilihan remaja untuk bersantai dan melepak pada waktu petang.
Jika dahaga, bolehlah membeli kopi serta makanan ringan di gerai makan berdekatan puncak bukit.
D’Network @ Setia Eco Park
Tempat menarik Selangor malam
Alamat: D’Network @ Setia Eco Park, Jalan Setia Nusantara U13/17, Setia Alam, Seksyen U13, Setia Eco-park, 40170 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Hubungi: +60333432228
Nak cari tempat melepak baharu yang menarik di Shah Alam? Kunjungilah Setia Eco Park ini pada waktu malam!
Tempat menarik sekitar selangor ini mempunyai air pancutan di tengah tasik, depan kedai yang terang dan suasananya juga sangat indah.
Pengunjung juga boleh berjalan-jalan sekitar tasik, berjoging atau bermain sukan di dalam premis ini. Jika lapar, terdapat pelbagai pilihan makanan dari masakan fusion hingga barat.
Bukan itu sahaja, tempat ini juga terdapat taman permainan dan ‘pet friendly’ tau!
Sungai Kendondong
Tempat berkelah yang bagus di selangor
Alamat: B66 Jalan Batang Kali – Genting Highlands, Kampung Kuantan, 44300 Batang Kali, Selangor
Hubungi: N/A
Terletak kira-kira 20 minit perjalanan dari Genting Highlands dan 50 minit sahaja dari KL, Air Terjun Kedondong merupakan destinasi mandi-manda yang terbaik dan airnya juga sangat sejuk.
Air terjun bertingkat yang sesuai untuk berkelah atau berkhemah. Inilah tempat ideal untuk mandi dan juga ‘healing’ dengan keindahan alam semulajadi di Selangor!
Bagi kanak-kanak, bahagian bawah air terjun menawarkan kolam yang cetek, sedikit berbatu dan sejuk untuk bermain air.
Paling penting, tempat mandi ini percuma, terdapat taman permainan, tapak perkhemahan dan kawasannya juga bersih.
Datang ke sini bersama keluarga pasti tidak akan mengecewakan!
0 comments:
Post a Comment