loading...

Tuesday, 22 August 2023

16 Zoo & Taman Rekreasi Yang Best Di Malaysia (2023)

Anda ingin bercuti panjang tapi sukar mendapatkan cuti? Selain itu, anak-anak pula semakin leka dengan peranti elektronik dan sebagai ibu bapa, anda mesti risau.

Bagaimana jika anda mengalihkan perhatian mereka daripada skrin gadget dengan jalan-jalan ke zoo negara atau taman rekreasi pada ‘weekend’ ini?

Dengan view cantik dan suasana yang menenangkan, zoo dan taman rekreasi adalah pilihan tempat lepak terbaik, terutamanya semasa cuti sekolah dan ‘Malaysia Public Holidays’. 

Antara kepentingan taman rekreasi ialah memelihara flora dan fauna, tempat berkumpul bersama keluarga, berpeluang menghirup udara segar dan banyak lagi.  

Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut tentang harga tiket zoo negara dan tempat menarik lain yang boleh dikunjungi.

Senarai Zoo & Taman Rekreasi Yang Best 

National Zoo Of Malaysia

Zoo terbesar di Malaysia

Alamat : Jalan Taman Zooview, Taman Zooview, 68000 Ampang, Selangor

Hubungi : 03-4108 3422

zoo negara

Zoo negara berkonsep terbuka di daerah Gombak ini menempatkan pelbagai jenis spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan.

Dibuka secara rasmi oleh YTM Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama pada 1963. 

Lebih istimewa lagi, terdapat sebatang pokok beringin gergasi yang dikatakan antara terbesar di Malaysia. Di sekeliling tasik, lihatlah burung bangau dan angsa yang berkeliaran bebas. 

panda gergasi di zoo negara

Selain dari melihat panda gergasi, burung enggang, zirafah, pertunjukan haiwan dan pameran menarik, pengunjung juga boleh menaiki trem, memberi makan haiwan, dan banyak lagi.

Tiket di bawah juga lebih murah daripada harga ‘walk-in’ dan masuk percuma dalam tempoh 30 hari dari tarikh hari lahir anda!

Waktu Buka Zoo Negara: Setiap hari ( 9 pagi – 5 petang)

Harga Tiket Zoo Negara: 

  • Walk-in; Dewasa (RM 45), Kanak-kanak (RM 18)
  • Klook; Dewasa (RM 37), Kanak-kanak (RM 15)

Zoo Melaka

Zoo kedua terbesar di Malaysia

Alamat : Jalan Tun Abdul Razak, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka

Hubungi : 062323900

zoo di malaysia

Berdekatan Taman Buaya Melaka dan hanya 1 jam 30 minit memandu dari Kuala Lumpur, bawa anak anda ke Zoo Melaka

Ia menempatkan lebih 450 spesies haiwan termasuk burung, mamalia, ikan, reptilia, amfibia, dan harimau Malaya. 

Selain menyaksikan taman dinosaur, pertunjukan burung dan sesi memberi makan gajah, ada aktiviti menunggang kuda, menaiki trem sambil menikmati keindahan sekitar dan banyak lagi. 

dinosaur encounter di malaysia
taman di malaysia
taman burung di malaysia

Jangan lupa melengkapkan pengembaraan menarik anda di Melaka Night Safari dan saksikan keunikan malam di zoo menarik di Malaysia ini! 

Waktu Buka;

  • Zoo Melaka: Setiap hari (9 pagi – 5 petang)
  • Night Safari Melaka: Jumaat & Sabtu (8 malam – 11 malam)

Harga Tiket Zoo Melaka: Dewasa (RM 38), Kanak-kanak (RM 31)

Langkawi Wildlife Park

Taman hidupan liar di Langkawi

Alamat : Lot 1485, Jalan Ayer Hangat, Kampung Belanga Pechah, 07000 Langkawi, Kedah

Hubungi : 049665855

Jom ajak anak-anak anda ke salah satu zoo terkenal di Malaysia, Langkawi Wildlife Park!

Saksikan pelbagai jenis haiwan dari 150 spesies seperti rusa, buaya, memerang, burung, rakun putih dan banyak lagi. 

Pengunjung juga boleh berjalan-jalan melalui taman untuk melihat flamingo dan singgah ke taman burung yang dipenuhi pelbagai burung berwarna-warni termasuk burung merak. 

Waktu Buka: Setiap hari (8:30 pagi – 5:30 petang)

Harga Tiket: Dewasa (RM 35) , Kanak-kanak (RM 25)

Underwater World Langkawi

Oceanarium pertama Malaysia

Alamat: Jalan Pantai Chenang, 07000 Langkawi, Kedah

Hubungi: 049556100

Terokai keunikan akuarium terbesar di Malaysia dengan lawatan anda ke Underwater World Langkawi!

Tempat menarik Langkawi seluas hampir 6 ekar ini menempatkan lebih daripada 4,000 spesies akuatik. Terdapat juga tarikan terbaharu: Tropical Rainforest, Sub-Antarctic dan Temperate. 

Lebih unik lagi, melalui terowong gergasi sepanjang 15 meter ini anda boleh melihat pelbagai haiwan seperti jerung, pari gergasi, penyu dan ikan lain dengan jarak lebih dekat.

Jangan lupa mengambil gambar penguin yang comel di ‘Penguinarium’. 

Kini, anda boleh membeli tiket masuk Skip-The-Line dengan kemasukan terus melalui Klook, tanpa perlu beratur panjang. 

Waktu Buka: Setiap hari (10 pagi – 6 petang)

Harga Tiket: Dewasa (RM 43) & Kanak-kanak (RM 33)


Taiping Zoo And Night Safari

Zoo tertua di Malaysia

Alamat: Jalan Taman Tasik Taiping, Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping, Perak

Hubungi: 058086577

zoo taiping

Ditubuhkan pada 1971, Zoo Taiping ini menempatkan lebih 1300 ekor haiwan dari 180 spesies amfibia, mamalia dan reptilia.

Zoo pertama Malaysia ini juga membiarkan kebanyakan haiwan bergerak bebas tanpa dikurung dalam sangkar.

Suasana zoo ini juga lebih ‘nature’ dengan adanya kawasan sungai, tasik dan paya yang mengalir melalui kawasan zoo.

zoo taiping

Dalam Night Safari Zoo Taiping, pengunjung berpeluang melihat haiwan bergerak aktif dari buggy atau mini trem, tapi tidak dibenarkan menggunakan lampu suluh.

Waktu Operasi:

  • Zoo; Setiap Hari : 8:30 pg – 6 ptg 
  • Night Safari; 8:00 mlm – 11 mlm

Harga Tiket Walk-in:

  • Zoo Taiping: Dewasa (RM 16) , Kanak-kanak (RM 8)   
  • Night Safari Taiping: Dewasa (RM 20), Kanak-kanak (RM10)


Aquaria Klcc

Akuarium terbesar di Kuala Lumpur

Alamat: Kuala Lumpur Convention Centre, Jalan Pinang, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Hubungi: 0323331888

aquaria klcc yang cantik

Hanya 10 minit berjalan kaki dari Menara Berkembar Petronas, anda akan sampai di Aquaria KLCC.

Apa yang menarik, tempat menarik di tengah bandar KL ini adalah salah satu akuarium terbaik di Asia. 

akuarium terbaik di malaysia

Dengan lebih 150 spesies makhluk akuatik, anda akan terpegun melihat hidupan marin ini semasa melalui laluan pejalan kaki bawah air.

Terdapat juga pameran unik seperti Zon Evolusi, Permata Rimba, Touch Pool, dan banyak lagi. 

Waktu Buka: Setiap hari (10 pagi – 8 malam)

Harga Tiket: Dewasa (RM 16) & Kanak-kanak (RM 8) 

Farm In The City 

Zoo mini di Seri Kembangan Selangor

Alamat: Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat 1, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Hubungi: 0107627612

Farm In The City yang hanya 30 minit dari Kuala Lumpur salah satu destinasi yang terbaik bagi pencinta haiwan. Ia menempatkan 60 spesies pokok dan 100 spesies haiwan. 

 Zoo bertemakan kampung tempatan ini membolehkan anda berhubung dengan haiwan dalam persekitaran yang semula jadi dan lebih terbuka.

farm in the city

Anda boleh memberi makan, menyentuh dan berinteraksilah dengan pelbagai haiwan termasuk burung kakak tua, arnab, kura-kura gergasi, kuda, alpaca dan banyak lagi haiwan lain. 

Tempat yang bagus untuk keluar dan lepak bersama keluarga di Selangor.

Waktu Operasi: 

  • Isnin & Rabu – Jumaat (10 pagi – 6 petang)
  • Sabtu & Ahad (9:30 pagi – 6 petang)

Harga Tiket: Dari RM 37 di Klook & percuma untuk kanak-kanak ketinggian 90cm ke bawah 

Kuala Lumpur Butterfly Park

Taman rama-rama di Kuala Lumpur

Alamat: Jalan Cenderawasih, Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Hubungi: 0326934799

kuala lumpur butterfly park

Adakah anda ingin memberikan pengalaman yang mengujakan kepada anak-anak? Jom kunjungi taman rama-rama terbesar di dunia, yang terletak di Taman Botani Perdana! 

Taman berlandskap seluas lebih daripada 80,000 kaki persegi ini mempunyai lebih 5,000 rama-rama hidup dan tumbuhan eksotik.

Malah, anda juga boleh melihat serangga hidup, ikan koi jepun, penyu air tawar, dan muzium yang menampilkan koleksi besar rama-rama dan juga serangga dari seluruh dunia.

Waktu Buka: Setiap hari (9 pagi – 4:30 petang)

Harga Tiket: Dewasa (RM 30) & Kanak-kanak (RM 8) 

Zoo Teruntum Pahang

Zoo hibrid pertama di Malaysia

Alamat: Jalan Padang Golf, 25050 Kuantan, Pahang

Hubungi: 095673333

zoo teruntum pahang

Nikmati hari yang menyeronokkan bersama keluarga di Zoo Teruntum berdekatan Pantai Teluk Cempedak.

Zoo mesra keluarga di Kuantan ini mempunyai pelbagai haiwan termasuk monyet, buaya dan burung unta dalam kandang yang luas. 

Selain memberi makan haiwan, terdapat juga taman dinosaur, rumah hobbit dan taman permainan kecil.

taman dinosaur di pahang
taman hobbit di pahang

Di sini juga banyak port cantik untuk bergambar dan bawalah payung serta air mineral jika datang pada sebelah petang.

Waktu Operasi: Setiap hari (9 pagi – 6 petang) & 10 pagi – 7 malam (Sabtu – Ahad)

Harga Tiket: Dewasa (RM 29), kanak-kanak (RM 26)

KL Bird Park

Taman burung-burung di Kuala Lumpur

Alamat: 920, Jalan Cenderawasih, Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Hubungi: 0322721010

taman burung di Kuala Lumpur Malaysia

Taman burung ini terletak di Taman Tasik Kuala Lumpur dan menjadi ‘rumah’ kepada lebih 3,000 burung tempatan dan asing. 

Terbahagi kepada 4 zon: 

  • Zon 1 dan 2 membentuk zon penerbangan bebas
  • Zon 3 ialah taman enggang 
  • Zon 4, tempat burung-burung ditempatkan dalam sangkar dan kandang burung mini 

Pengunjung juga boleh melihat burung berwarna-warni yang terbang bebas di habitat semula jadi mereka sambil berehat dikelilingi oleh pokok-pokok dan aliran sungai.

KL Bird Park juga terkenal sebagai Free-flight Walk-in Aviary yang terbesar di dunia dan mesra kerusi roda. 

Waktu Operasi: Setiap hari (9 pagi – 6 petang)

Harga Tiket: Dewasa (RM 50) & kanak-kanak (RM 32)


The Green Connection

Akuarium dan taman tema eko di Kota Kinabalu

Alamat: Lorong Burung Matahari Dua, Likas 88450 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

Hubungi: +6013 8978 005

Hanya 8 minit memandu dari bandar Kota Kinabalu, terdapat sebuah taman menarik yang menggabungkan akuarium, zoo, dan pusat penemuan sains.

Di sini, anda boleh bermain buaian, permainan ‘snake and ladder’, trampolin, taman permainan kecil, melihat rama-rama, arnab, akuarium dan banyak lagi. 

Tambahan lagi, terdapat cafe kecil yang menjual pastri tempatan dan pada waktu petang agak panas, jadi bawalah topi atau payung bersama. 

Tempat yang mesra keluarga dan bagus untuk ibu bapa dengan anak-anak di Sabah!

Waktu Operasi: Setiap hari (9:30 pagi – 5:30 petang)

Harga Tiket: Dewasa (RM 25) & kanak-kanak 2 hingga 16 tahun (RM 15)

Miri Crocodile Farm Wildlife

Zoo mini di Miri Sarawak

Alamat: Lot 164, Jalan Lutong – Kuala Baram, 98000 Miri, Sarawak

Hubungi: 010-385 2829

Terletak berhampiran Muara Sungai Kuala Baram, terdapat sebuah ladang buaya terbesar dan pertama di utara Sarawak

Selain daripada lebih 1000 ekor buaya, zoo Miri ini juga mempunyai 60 ekor burung dan haiwan eksotik.

Anda juga berpeluang melihat buaya dari dekat, memberi makan buaya, berjalan-jalan sekitar zoo ini dan melihat haiwan lain.

Tempat ini benar-benar berbaloi untuk dikunjungi dan menawarkan lawatan santai yang menyeronokkan!

Waktu Operasi: Setiap hari (9 pagi – 5 petang)

Harga Tiket: Dewasa (RM 25) & kanak-kanak 2 hingga 16 tahun (RM 15)

Jong’s Crocodile Farm

Ladang buaya popular di Siburan Sarawak

Alamat: Jalan Kuching – Serian, 94200 Siburan, Sarawak

Hubungi: 014-978 2101

Di Siburan Sarawak, The Jong’s Crocodile Farm memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat lebih dari 2 ribu buaya dan haiwan lain termasuk landak dan ikan arapaima.

Tempat perlindungan buaya ini dikelilingi pokok-pokok tropika yang tinggi.

Jong's crocodile farm di malaysia

Dilengkapi beberapa kolam pembiakan semula jadi dan yang lebih menarik lagi, terdapat rangka buaya Lagenda Bujang Senang. 

Waktu Operasi: Setiap hari (9 pagi – 5 petang)

Harga Tiket: Dewasa (RM 20) & kanak-kanak (RM 10)

99 Wonderland Park

Taman rekreasi cantik pada waktu malam di Kuala Lumpur

Alamat: 3a, Jalan 1, KM12, Jalan Ipoh, Pusat Bandar Utara Selayang, 68100 Batu Caves, Federal Territory of Kuala Lumpur

Hubungi: 012-551 3099

99 wonderland park di kuala lumpur

99 Wonderland Park terletak di bandar Selayang dan mempunyai 34 tarikan kesemuanya dengan konsep ‘open zoo’.

Pengunjung boleh melihat haiwan unik dan tempatan dalam landskap taman rekreasi yang cantik dengan ‘musical water fountain’, lampu LED dan tasik besar. 

Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah mendayung bot, river cruise, melihat pameran khas untuk Malayan tapir, pergi ke taman burung, taman dinosaur dan banyak lagi.

peta 99 wonderland park

Terdapat juga banyak port cantik untuk bergambar seperti ‘magical bridge’ dan merry-go-round untuk kanak-kanak. 

Pada waktu malam, suasana sangat romantis dengan lampu led dan kurang sesak pada siang hari. Taman rekreasi ini paling popular dalam kalangan keluarga di Kuala Lumpur! 

Harga Tiket: Bermula dari RM 25

Waktu Buka 99 Wonderland Park:

  • Isnin – Khamis : 5 petang – 11 malam (sesi malam)
  • Jumaat : 5 petang – 12 pagi (sesi malam)
  • Sabtu : 9 pagi – 4 petang (sesi pagi), 5 petang – 12 pagi (sesi malam)
  • Ahad : 9 pagi – 4 petang (sesi pagi), 5 petang – 11 malam (sesi malam)
  • Cuti umum & malam : 9 pagi – 4 petang (sesi pagi), 5 petang – 12 pagi (sesi petang)

Sheep Sanctuary

Taman haiwan di Cameron Highland

Alamat: Kea Farm Market, Cameron Highlands, Pahang

Hubungi: 05-491 4638

sheep sanctuary di cameron highland malaysia

Kalau di Kundasang Sabah, terdapat ladang lembu yang menarik, di Cameron Highlands pula terdapat ladang biri-biri yang unik iaitu The Sheep Sanctuary di Cameron Highlands. 

Di sini, anda boleh melihat, menyentuh, dan memberi makan biri-biri serta ada juga Ilama. Kanak-kanak pasti gembira!

Nikmati pemandangan indah di kawasan puncak Cameron Highland dengan kehadiran biri-biri yang comel di sisi anda.

Waktu Operasi: Setiap hari (9 pagi – 5 petang)

Harga Tiket: Dewasa (RM 12) & kanak-kanak (RM 7)

Entopia By penang

Taman rama-rama di Penang

Alamat: No.830, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang

Hubungi:  04-888 8111

entopia di pulau pinang malaysia

Manfaatkan cuti atau hujung minggu anda bersama keluarga tersayang di Entopia By Penang.

Bagi yang belum tahu, taman rama-rama ini juga antara yang terbesar di Malaysia dan mempunyai lebih daripada 15,000 rama-rama.

Dan ada juga 200 spesies tumbuhan, kolam, air terjun, serangga kecil dan taman yang cantik. 

zoo menarik di malaysia
taman rama-rama di malaysia

Antara aktiviti yang disediakan ialah Bugs Breeder: Backstage, My Butterfly Garden, stesen ilmu yang menarik dan banyak lagi. 

Waktu Operasi: Khamis – Ahad (9 pagi – 6 petang)

Harga Tiket: Dewasa (RM 12) & kanak-kanak (RM 7)

4/5 - (1 vote)

0 comments:

Post a Comment

loading...