loading...

Wednesday, 9 August 2023

MamyPoko & JKM Ambil Inisiatif Banteras Denggi

Baru-baru ini, MamyPoko membuat pelancaran lampin bayi baru yang mempunyai ekstrak serai bagi menghalang serangga seperti nyamuk terutama Aedes.

Inovasi lampin baby dari MamyPoko ini disebabkan mereka melihat kes denggi semakin meningkat dan gusar nyawa anak kecil dalam bahaya.

Disebabkan itu MamyPoko mengambil langkah inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) untuk mengurangkan kes denggi dalam kalangan anak kecil bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Dalam usaha ini, mereka mengadakan kempen #MamyPokoAgainstDengue dan telah mengedarkan 1,500 pek baharu MamyPoko ANTIMOS Pants kepada penduduk yang kurang berkemampuan di kawasan Lembah Klang dan Johor.

Kempen ini serba sedikit membantu penduduk miskin bandar yang berhadapan dengan bebanan kos sara hidup yang tinggi sekaligus melindungi keluarga, khususnya anak kecil, daripada ancaman denggi.

Pihak MamyPoko turut melantik selebriti terkenal, Mira Filzah sebagai duta jenama kerana merupakan seorang ibu untuk bantu memberitahu orang ramai sejauh mana lampin bayi MamyPoko Antimos Pants efektif menghalang nyamuk dari menggigit si kecil.

Menurut Mira, bau serai dari lampin sedap, “Mira kalau cium anak kan mesti cium diapers dia sebab bau wangi tau serai tu. Suka sangat!”

Bau yang terhasil kerana lampin jenama MamyPoko ANTIMOS Pants diperkaya dengan ekstrak serai wangi semula jadi, dimana mampu memberi perlindungan yang lama terhadap nyamuk iaitu sehingga 8 jam selepas dipakai.

Tambahan pula, menggunakan teknologi Berpaten Jepun dan Teknologi Big Dry Zone+ yang canggih, lampin seluar ini juga memastikan penyerapan dan kekeringan yang luar biasa selama 10 jam.

Maklumat lanjut mengenai cara mencegah demam denggi boleh didapati di laman sesawang https://ift.tt/7oV5zYy.

0 comments:

Post a Comment

loading...