loading...

Tuesday, 8 August 2023

8 Tempat Menarik Di Kapit Sarawak Untuk Dikunjungi

Daerah Kapit merupakan kawasan pendalaman di Sarawak seluas 38,934 km persegi dan juga berhampiran dengan daerah Sibu.  

Antara daerah yang ditadbir Majlis Daerah Kapit ialah daerah Kapit, Song, Belanga dan Bukit Mabong. Tapi setiap daerah ini agak terpisah dan berjauhan. 

Majoriti penduduknya terdiri dari kalangan kaum Iban, diikuti oleh kaum Cina dan Melayu. Daerah Kapit juga terkenal dengan hasil buah durian, buah dabai dan roti canai goreng. 

Bandar Kapit terletak di tepi sungai Rejang dan di tengah-tengah antara pekan Belanga dan Song.

Di sini, kami kongsikan beberapa tempat menarik di Kapit Sarawak yang terbaik!

Senarai Tempat Menarik Di Kapit Sarawak

Bukit Mabong – Daerah Bukit Mabong

Bentuk bukit seperti gajah di Sarawak

Alamat: Bukit Mabong, Kapit, Sarawak

Hubungi: N/A

Kredit gambar: Lo Kiun Sin/See Hua Daily News

Selepas memasuki perkampungan Sungai Tunoh, anda akan melihat pemandangan Bukit Mabong seakan bentuk seperti gajah baring dengan mata tertutup.

Menurut sejarah lisan tempatan, Bukit Mabong juga pernah menjadi kubu kuat bagi sekumpulan Iban di bawah kepimpinan Belayong. Mereka berjuang melawan pemerintahan Rajah Putih Brooke pada awal 1880-an.

Bukit Mabong juga menawarkan pemandangan alam yang memukau kepada pengunjung yang mengunjungi perkampungan ini.  

Dari pekan Kapit, anda perlu menggunakan perkhidmatan van sekitar 45 minit menuju ke Mujong. Dari sana, pengunjung perlu menyeberangi Sungai Balleh dengan perahu. 

Kemudian, menaiki pacuan empat roda (Hilux) selama 3 jam untuk tiba di kampung Sungai Tunoh, Kapit. Tapi, diingatkan kawasan ini tiada kemudahan penginapan. 

Jika merancang untuk menginap, disarankan berbincang dengan penduduk rumah panjang.

Kapit Town Square

Mercu tanda Kapit Sarawak

Alamat: Jalan Kubu, Kapit, Sarawak

Hubungi: N/A

Setiap daerah di Sarawak mempunyai replika tersendiri. Sebagai contoh, Sarikei terkenal dengan replika nanas, Sibu dengan angsa dan bahagian lain juga mempunyai replika uniknya. 

Jika anda jalan jalan di bandar Kapit, jangan lepaskan peluang melihat replika Teresang di Kapit Town Square.

Replika ini menghiasi tengah-tengah Bandar Kapit dan 200 meter dari situ, terdapat Market Teresang. 

Market Teresang

Pasar pagi di Kapit Sarawak

Alamat: Kapit, Sarawak

Hubungi: N/A

Market Teresang atau juga Tamu Kapit ini menjadi tumpuan penduduk tempatan dan pengunjung untuk berjual beli dan mencari bahan basah dengan harga berpatutan.

Terdapat banyak hasil tangkapan laut, hasil hutan, sayur-sayuran, buah-buahan, kraftangan dan banyak lagi makanan lain dijual di pasar ini.

Dibuka sejak awal pagi, suasana tempat best di arawak ini semakin meriah pada hari Sabtu dan Ahad. 

Batu Gong – Daerah Song

Batu misteri di Sarawak

Alamat: Batu Gong, Hulu Kalibas, Song, Sarawak

Hubungi: N/A

Kredit gambar: borneodihati.org

Terletak di kawasan Hulu Kalibas, terdapat sebuah batu yang merupai bentuk gong dan dari situlah batu ini mendapat namanya.

Perjalanan menuju ke batu ini mengambil masa setengah hari dengan menggunakan perahu panjang.

Tambah lagi, terdapat mitos menarik yang berkaitan dengan batu misteri ini. Kononnya, batu ini menjadi tempat tinggal bagi makhluk bunian yang dikenali sebagai “Remaung”.

Menurut cerita rakyat tempatan, “Remaung” adalah makhluk yang separuh manusia dan separuh singa. 

Kepalanya menyerupai singa, sementara bahagian bawah badannya menyerupai manusia. 

Bakun – Daerah Belaga

Tasik buatan di Sarawak

Alamat: Bakun Dam, Belaga, Sarawak

Hubungi: N/A

Jika anda kaki pancing, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke kawasan tasik buatan di empangan Bakun. 

Pengalaman memancing di sini lagi menarik dan akan menggembirakan anda.

Selain menjadi tempat tarikan pelancong, ia juga menawarkan pelbagai jenis bekalan ikan dengan harga yang murah. 

Fort Sylvia

Monumen bersejarah di Kapit

Alamat: Jalan Kubu, Kapit, Sarawak

Hubungi: N/A

Kubu ini dinamakan sempena menghormati isteri kepada Raja Putih Kedua Sarawak iaitu Rajah Charles Vyner. 

Ia dibina pada tahun 1880 dan pada awalnya ia menempatkan Mahkamah Daerah serta Pejabat Daerah. 

Kini, tempat menarik Sarawak ini telah berubah menjadi muzium di bawah Yayasan Tun Jaguh.

Pengunjung berpeluang melihat pelbagai artifak bersejarah, dokumen dan meriam yang dipamerkan di sini.

Air Terjun Lusong Laku – Daerah Belaga

Air terjun unik di Sarawak

Alamat: Air Terjun Lusong Laku, Belanga, Sarawak

Hubungi: N/A

Kredit gambar: Khafizul Omar Ali

Terletak di Lusong Laku, hulu Sungai Linau, air terjun ini mempunyai panorama yang menyerupai “Niagara Falls”.

Tapi untuk ke sini sedikit susah dan perlu menaiki pancuan empat roda melalui jalan hutan balak. 

Dari Bandar Bintulu, perjalanan ke sini mengambil masa antara 6 hingga 8 jam, bergantung kepada pemanduan dan keadaan jalan.

Gelanggang Kenyalang Kapit

Tempat makan di Kapit Sarawak

Alamat: Gelanggang Kenyalang Kapit, Sarawak

Hubungi: N/A

Jika anda bercuti di Kapit Sarawak, disarankan bersarapan di Gelanggang Kenyalang Kapit.

Di sini terdapat pelbagai pilihan makanan dan minuman dengan harga yang berpatutan. Malangnya, tempat letak kereta agak sukar didapati. 

Bagi orang risau, jangan risau kerana terdapat gerai yang menyediakan makanan dan minuman halal. 

Jangan lupa mencuba Roti Canai Goreng Kapit yang terkenal! 

0 comments:

Post a Comment

loading...