loading...

Friday, 18 August 2023

16 Tempat Menarik Ramai Tidak Tahu di Malaysia (Hidden Gem)

Tahukah anda, terdapat banyak tempat menarik yang ramai tidak tahu di Malaysia? Tersembunyi jauh dari bandar dan pandangan ramai, ‘hidden gem’ ini jarang diceritakan. 

Jika anda rasa bosan pergi destinasi yang sama, tiba masanya untuk menerokai destinasi yang unik ini.

Dari tempat-tempat menarik di Malaysia yang jarang ditemui hingga resort menarik di Malaysia, artikel ini akan membongkar rahsia tempat-tempat istimewa ini. 

Sediakan beg anda dan bersiap-siaplah untuk pengembaraan yang penuh dengan kejutan di tempat pelancongan di Malaysia ini!

Senarai tempat menarik yang ramai tidak tahu

Lata Kashmir

Hidden gem di Kelantan

Alamat: Lata Kashmir, Jeli, Kelantan

Hubungi: N/A

Kredit gambar: Faiz Eusoff

Terletak di Jeli Kelantan, anda akan terpesona melihat pemandangan lata yang amat cantik dan cukup memukau. 

Ditambah lagi dengan bukit, lapangan rumput yang menghijau, jeram berbatu dan empangan. Kaki ootd dan jurugambar pasti akan menyukai tempat ini!

Kredit gambar: Kashmir Jeli CAMP SITE

Selain mandi-manda dan berkelah, tempat cantik ini menjadi tumpuan untuk ‘camping’ dan aktiviti air termasuk water rafting dan water tubing.

Lata Dilwale, Lata Hokkaido, Lata Turbo, dan Lata Janggut juga merupakan beberapa lata yang cantik dan viral di Kelantan.

Semporna Seawalking

Aktiviti sea walking di Sabah

Alamat: Bulik Patuid, Pulau Sebangkat, 91308 Semporna, Sabah

Hubungi: 012-849 2054 

Seperti di Pulau Perhentian Terengganu, Semporna Sabah juga terkenal dengan aktiviti snorkeling dan pelbagai hidupan marin yang cantik. 

Apa yang menarik, pengunjung boleh berjalan-jalan di dasar laut dengan selamat bersama penyelam professional. Nikmati pemandangan laut yang cantik! 

Pengunjung juga boleh mengambil gambar, video dan memberi makan ikan serta melihat pulau-pulau berdekatan semasa menaiki bot ke sini. 

Pengalaman sea walking Sabah ini patut ada dalam senarai ‘checklist’ apabila bercuti di Sabah!

Dream Forest Langkawi

Tarikan terbaru di Langkawi

Alamat: Lubuk Semilang, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia

Hubungi: 0134873277

Dibuka secara rasmi beberapa bulan yang lalu, Dream Forest Langkawi menawarkan suasana magis seperti Kampung Avatar di Penang.

Terletak di kaki Gunung Raya, pusat tarikan pelancongan baru ini diilhamkan oleh pasukan Enfiniti dan Puan Sri Tiara Jacqualine. 

Lebih unik lagi, taman ini menghidupkan lagenda tempatan seperti kisah Dayang Bunting, Langkawi Giant dan Merong Mahawangsa melalui penggunaan teknologi digital interaktif. 

Berjalan-jalanlah sekitar taman Dream Forest yang dipenuhi lampu ini dan jangan lupa bergambar serta ‘upload’ di Instagram atau TikTok. 

Alang-alang tu, rebutlah tiket masuk serendah RM 34 sahaja!

Pulau Tuba Langkawi

Permata tersembunyi di Langkawi

Alamat: Pulau Tuba, Langkawi

Hubungi: N/A

Walaupun menjadi salah satu perhentian paling popular untuk ‘island hopping’ di Langkawi, Pulau Tuba ini juga merupakan salah satu tempat menarik yang ramai tak tahu. 

Ia juga berdekatan dengan pulau utama Langkawi dan hanya 20 minit perjalanan dari Jeti Kuah. 

Pengunjung berpeluang menerokai perkampungan nelayan, berkelah di tepi pantai, melihat burung enggang atau pokok Tuba yang unik. 

Jika ingin bermalam di pulau ini, pilihlah pakej percutian keluarga di homestay atau menginap di Tuba Beach Resort. Dalam suasana tenang itu, anda pasti akan ceria kembali! 

Sebelum pulang, jangan lupa singgah makan mee udang di Restoran Ombak Rindu yang terkenal. 

Fortune Dragon Yong Peng, Johor

Terowong naga terbesar dan terpanjang di Malaysia

Alamat: Fortune Dragon, Yong Peng, Johor

Hubungi: 074679800

Di Yong Peng, daerah Batu Pahat, terdapat sebuah taman Fortune Dragon yang unik dan cantik. Ia juga terletak di kawasan kampung yang agak terpencil. 

Pengunjung boleh berjalan mengelilingi taman berlandskap indah, masuk ke dalam terowong naga yang dipenuhi dengan pelbagai lukisan tradisional Cina, atau memberi makan ikan koi. 

Di dalam terowong naga tersebut terdapat 144 anak tangga. Tiket masuk ke tempat ini hanya RM10 untuk kanak-kanak berumur 7 tahun hingga dewasa.

Jangan risau, mana-mana agama dan kaum boleh memasuki tempat ini. Tempat yang amat berbaloi untuk dikunjungi jika anda berada di Pekan Yong Peng!

Pulau Ketam

Perkampungan tersembunyi di Selangor

Alamat: Perkampungan nelayan, Pulau Ketam, Selangor

Hubungi: N/A

Kredit gambar: lai kin hoong

Berdekatan dengan Pelabuhan Klang terdapat sebuah tempat menarik yang jarang didengari iaitu Pulau Ketam Selangor. 

Sebenarnya, ia telah wujud sejak 1880 lagi dan menjadi perkampungan nelayan berbangsa Cina yang kebanyakannya Muslim. 

Untuk ke sini, pengunjung perlu menaiki feri / bot laju dari Jeti Pelabuhan Klang. 

Kredit gambar: Howard Koons
Kredit gambar: Southern Home Facebook

Anda boleh berbasikal mengelilingi kampung, jalan jalan sekitar pulau, bergambar di ‘rainbow house’ / lukisan mural / titi kecil di Sungai Lima, menikmati hidangan seafood di gerai berdekatan, dan lain-lain. 

Jangan lupa merakam semua aktiviti dan ‘day trip’ ke Pulau Ketam ini tidak akan mengecewakan anda!

Lata Penyel

Hidden gem di Sungai Siput

Alamat: Kg Pendeq Pos Yum, Kampung Orang Asli, Perak

Hubungi: N/A

Kredit gambar: Twitter@JJCMPERAK

Di Sungai Siput, kewujudan Lata Penyel masih lagi kurang dikenali kebanyakan pelancong tapi sangat popular di kalangan ‘hikers’.  

Biasanya, selepas mendaki Bukit Berekeh, mereka akan singgah sini. Antara tarikan utama adalah air terjun setinggi 60 meter yang menakjubkan! 

Untuk ke sini, pengunjung perlu mendaki kira-kira 15-20 minit, tapi jangan risau kerana tempat letak kereta mudah ditemui. Laluan mendaki juga cukup mudah dan landai. 

Selain itu, anda juga akan menemui perkampungan orang asli yang dikenali sebagai Pos Yum di kawasan ini. 

Lalang Resort & Spa

Resort menarik tersembunyi di Kelantan

Alamat: Ayer Lanas, Kelantan

Hubungi:  0169649177

Pernahkah anda mendengar tentang Lalang’s Resort & Spa, salah satu resort menarik di Malaysia?

Dikelilingi hutan hijau dan berdekatan sungai (Lata Keding), resort ini menawarkan ketenangan kepada pengunjung yang bermalam. 

Pengunjung juga boleh bermain atv, berbbq, berkhemah, hiking Bukot Kudong, dan berendam di ‘infinity pool’ yang diisi dengan air sungai. 

Selain itu, terdapat 9 jenis bilik penginapan dan Arabian Tent pilihan terbaik untuk kaki glamping. Ini kerana ia dilengkapi dengan penghawa dingin, tv dan juga 2 katil king. 

Gua Kelam Chalet

Chalet view hutan dan gunung di Perlis

Alamat: 368, Belakang Sekolah Cina, Kaki Bukit, Perlis

Hubungi: 0195060596

Dikenali sebagai Gua Kelam Chalet, tempat penginapan unik dan terbaru ini terletak di Kaki Bukit Perlis. 

Chalet ini dikelilingi ladang pokok getah dan pemandangan sekitarnya juga sangat tenang. 

Lebih menarik, 17 buah chalet ini seperti penginapan luar negara kerana berkonsepkan Inggeris moden dan dekorasinya yang cantik. 

Selain ideal untuk tempat family day atau aktiviti team building, anda juga boleh mengadakan perkhawinan ala taman. 

Tidak lupa ada juga kolam renang, beranda dan halaman untuk bersantai. Sesuai untuk mereka yang ingin ‘healing’, ‘privacy’ dan sukakan percutian alam. 

Pakej: Bermula dari RM118 hingga RM548

The Wheel Estate Campsite

Tempat glamping pertama di Perlis

Alamat: Lot 3862, Lorong 7(B) Belukar Lenga, Chuping, Perlis

Hubungi: 0127119973

Terletak di tepi jalan dengan pemandangan panorama sawah padi dan kawasan kampung di sekelilingnya, penginapan ini menawarkan pemandangan indah bukit yang berdekatan.

Lebih unik lagi, terdapat replika bulan di tengah tasik dan pada waktu malam, ia memberikan pantulan seperti melihat bulan sebenar. 

Di tengah tasik itu, anda boleh menikmati pengalaman hidangan istimewa dalam suasana romantik bersama pasangan dengan pakej serendah RM98.

Kemudahan penginapan yang disediakan termasuk 18 jenis khemah, seperti Dome Tent empat meter, Dome Tent enam meter, Diamond Wooden Tent, dan ‘A’ Wooden House.

Malah, turut tersedia aktiviti seperti memancing, berbasikal, barbeku, snuker mini, berenang di kolam mandi, memanah, bermain golf, dan trampolin gergasi. 

Pakej harga: Dari RM80 hingga RM320

Taman Negeri Royal Belum, Perak

Salah satu hutan hujan tertua di dunia

Alamat: Taman Negeri Royal Belum, Perak

Hubungi: N/A

Berhampiran sempadan Malaysia-Thailand, terdapat hutan hujan tropika yang berusia 130 juta tahun.

Bagi mereka yang sedang mencari percutian ‘healing’ atau pencinta alam, anda akan temukan sesuatu di sini. 

Selain itu, anda boleh bermalam di eko-resort yang indah, houseboat atau pun berkhemah. Lakukan pelbagai aktiviti menarik seperti karaoke, berakit di Tasik Royal Belum dan hiking. 

Jika bertuah, anda boleh melihat bunga Rafflesia!

Mossy Forest, Cameron Highlands Pahang

Hutan unik di puncak kedua tertinggi Cameron

Alamat: Mossy Forest, Gunung Brinchang, Cameron Highland, Pahang

Hubungi: 0136741406

Kredit gambar: Matban Bann

Selain terkenal dengan ladang strawberry dan ladang teh yang popular, Cameron Highland juga mempunyai ‘hidden gem’ iaitu Mossy Forest. 

Terletak di kawasan tanah tinggi Gunung Brinchang, pada ketinggian 2,032 meter dari permukaan laut dan sentiasa dipenuhi dengan kabus misteri serta suasana sejuk yang menyegarkan. 

Fakta menarik, hutan berlumut ini menduduki tempat kelima dalam senarai Lonely Planet untuk ‘Most Instagrammable Forests In The World’. 

Astaka Morocco

Tempat seperti Morocco di Putrajaya

Alamat: Persiaran Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah, Presint 1, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Hubungi: N/A

Di Taman Botani Putrajaya, tersembunyi taman berlandskap indah yang dibina sebagai simbol hubungan diplomatik antara Malaysia dan Maghribi.

Suasana tempat ini cukup memukau dengan seni, pintu pagar berhias dan reka bentuk astaka yang indah, mencipta perasaan seolah berada di Morocco.

Di tengahnya, terdapat kolam air yang diinspirasikan dari istana Al Hambra Sepanyol dan tempat ini dibina oleh pakar dari Morocco sendiri.

Dindingnya dihiasi dengan ukiran indah dan kaligrafi Islam, sementara pintunya diperbuat daripada kayu cedar yang wangi.

Taman terbahagi kepada 3 bahagian:

  • Kawasan luar (percuma)
  • Kawasan separa peribadi di dalam astaka (RM3)
  • Kawasan peribadi / vip untuk sultan, raja atau orang kenamaan

Jom jalan jalan di Putrajaya dan bergambar menarik di sini!

Magical Garden Kundasang

Tempat bergambar cantik di Sabah

Alamat: Jalan Kibbas, Mohimboyon, Kampung Purakagis, 89308 Ranau, Sabah

Hubungi: 0188749609

Selain Hounan Ridge Farm, Humble Hobbit House dan Desa Cattle Dairy Farm, tempat pelancongan di Malaysia ini kurang dikenali pelancong dari semenanjung. 

Pendek cerita, tempat indah ini menawarkan suasana yang cukup cantik dan terdapat banyak port menarik di kawasan ini untuk aktiviti bergambar.

Terletak di lereng bukit dan dihiasi pelbagai spesies bunga berwarna-warni, tempat menarik di Kundasang ini juga sesuai untuk lepak santai bersama keluarga atau rakan. 

Tasik Timah Tasoh

Tasik indah di Perlis

Alamat: Empangan Timah – Tasoh, Perlis

Hubungi: N/A

Awalnya, Tasik Timah Tasoh merupakan pertemuan Sungai Tasoh dan Sungai Timah, dan menempatkan sebuah perkampungan, tapi terpaksa ditenggelamkan untuk membina empangan ini.

Di tasik luas ini, terdapat pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung seperti berkelah tepi tasik, berkayak, ‘Boat-Ride’, ‘Stand-up-paddle’, dan berkhemah di Santuari Ikan Air Tawar.

Jangan lupa untuk mengunjungi dan mengambil gambar di kawasan ‘Lonely Tree’, pokok yang tumbuh di tasik dengan latar belakang Banjaran Nakawan. Memang wow!

Pulau Ular, Kuantan

Hidden place di Kuantan

Alamat: Kampung Sungai Ular, Balok, Pahang

Hubungi: N/A

Kredit gambar: Nur Natasha Abdullah

Tahukah anda, terdapat sebuah pulau tersembunyi dan menarik di Kuantan – Pulau Sungai Ular. Walaupun namanya mengandungi “ular”, jangan risau, ia hanya nama kawasan dan bukan habitat ular.

Pulau persendirian ini tempat ideal untuk percutian santai. Pengunjung juga boleh ‘day trip camping’ atau bermalam di resort berdekatan pantai, dan turut tersedia perkhidmatan bot untuk ke sana.

Tambah lagi, pantainya bersih dan airnya jernih, sesuai untuk tempat berkelah sekeluarga. Digalakkan bawa bekal makanan dan peralatan sendiri. 

Jangan lupa hubungi penyedia perkhidmatan bot dan atur perancangan sebelum pergi.

0 comments:

Post a Comment

loading...