Salam Sejahtera semua,,
Mari kita mengenali tanda-tanda awal 10 jenis kanser untuk rawatan lebih awal dan semoga kita terhindar dari semuanya.. InsyaAllah..
1. Kanser Payudara
Bengkak/gumpalan di buah dada
Keluar cairan berdarah dari putting
Pembesaran kelenjar di ketiak
Kedutan pada kulit di buah dada
2. Kanser Paru-Paru
Batuk kuat berterusan
Batuk berdarah
Nafas termengah-mengah
Sakit dada
Hilang berat badan
3. Kanser Usus Besar
Perubahan tabiat membuang air
Hilang berat badan
Sakit dalam perut dan usu
Berlaku pendarahan semasa membuang air
4. Kanser Pangkal Rahim
Sebarang lelehan/pendarahan yang luar biasa
Sakit selepas Bersama
Turun berat badan
5. Kanser Perut
Hilang berat badan
Muntah berdarah
System pencernaan tidak teratur
Cepat kenyang walaupun makan sikit
6. Kanser Hati
Kepenatan luar biasa dan loya
Kurang selera makan yang berterusan
Kurang berat badan mendadak
Mudah rasa kenyang
7. Kanser Otak
Sakit kepala
Muntah-muntah
Gangguan penghilatan
Lemah atau lumpuh
Pening atau pitam
Pelupa
Perubahan personality
8. Kanser Tekak
Suara garau atau serak
Ada ketumbuhan di tekak
Sukar menelan
Kelenjar membengkak di leher
9. Kanser Darah
Mudah letih atau pucat
Mudah lebam
Mudah mendapat jangkitan penyakit
10. Kanser Ovari
Haid tidak teratur
Ketumbuhan keras dibahagian abdomen
Sakit semasa Bersama
Tumbuhan bulu rambut yang melampau
Suara menjadi lebih mendalam
Sumber: Petua Ibu
0 comments:
Post a Comment