loading...

Saturday, 4 April 2020

Di Tembak Kerana Tak Menggunakan Topeng Muka

Menerusi portal sarawakvoice, Seorang warga emas berusia 63 tahun ditembak mati polis di Filipina selepas berang apabila diminta memakai topeng muka.

Lelaki itu dipercayai dalam keadaan mabuk dan mengugut pihak berkuasa dengan sabit, menurut agensi berita dan media Filipina.

Kejadian berlaku di bandar selatan Nasipit di wilayah Agusan del Norte.

Ini merupakan kes pertama di mana pihak berkuasa bertindak menembak orang awam kerana melanggar arahan yang dikeluarkan kerajaan untuk mengawal wabak COVID-19.

“Suspek diberi teguran oleh seorang pekerja kesihatan di kampung kerana dia tidak memakai topeng,” kata laporan itu.

“Tetapi dia naik berang, mengugut dan mengeluarkan kata-kata kesat sebelum menyerang pihak berkuasa menggunakan sabit,” kata jurucakap polis.

Lelaki itu kemudiannya ditembak oleh polis yang cuba meredakan kemarahannya.

Filipina setakat ini telah mencatat lebih 3,000 kes positif COVID-19, dengan 144 kematian.

Tiga hari lalu Presiden Filipina Rodrigo Duterte mengarahkan polis dan tentera negara itu untuk melepaskan tembakan, jika ada individu mengganggu pelaksanaan perintah berkurung di

“Biar ini jadi amaran kepada semua. Ikuti arahan pihak berkuasa sebab penting untuk kita ikut arahan,” katanya.

“Jangan menakut-nakutkan pihak berkuasa. Jangan cabar kerajaan. Anda akan kalah,” katanya dalam ucapan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Tagalog.

The post Di Tembak Kerana Tak Menggunakan Topeng Muka appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...