Alangkah leganya apabila melihat ahli keluarga kita sihat dan dapat pulih dari wabak merbahaya. Pelakon dan pengacara terkenal tanah air, Neelofa, pada hari ini memanjatkan rasa kesyukurannya apabila dia mengumumkan bahawa anak kepada sepupunya yang dijangkiti dengan virus Covid-19 sebelum ini telah pulih sepenuhnya.
Neelofa menerusi laman Twitter berkata, anak kepada sepupunya itu telah pun sihat dan dibenarkan pulang dari hospital.
“Alhamdulillah, selepas 19 hari di kuarantin, Baby Sameera sudah dapat pulang. Keputusan ujian didapati negatif. Syukur dan terima kasih semua atas kiriman doa buat Baby Sameera,” tulisnya di akaun Twitter peribadinya.
Dalam pada itu, menerusi akaun Instagram sepupunya pula, Noor Cahaya turut menzahirkan kesyukuran selepas anaknya berjaya pulih dari virus Covid-19.
“Alhamdulillah. Syukur ya Allah after 18 Days finally Noor Sameera is recovered from covid-19 and shes home!
Thankyou to everyone, family friends followers who keep checking on her thru messages and DMs and who keep us in ur prayers and doa. Hanya Allah sahaja dapat balas jasa baik semua. Semoga Allah lindung kita dari wabak penyakit ini dan segala penyakit amin amin,” tulisnya.
The post Neelofa Bersyukur Anak Sepupunya Pulih Dari Covid-19 appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment