Demam berlanjutan sehingga suhu badan mencecah 40 darjah selsius mendorong Uqasha Senrose menjalani ujian saringan COVID-19 di sebuah pusat perubatan swasta di Petaling Jaya.
Uqasha nekad menjalani ujian saringan itu berikutan bimbang kemungkinan memiliki simptom dijangkiti virus berkenaan.
“Saya tinggal bersama keluarga. Di rumah ada emak, abah dan anak saudara. Saya tak mahu hanya kerana sifat pentingkan diri, kesihatan mereka terancam.
“Saya buat ujian saringan itu semalam bukanlah kerana saya ada hubungan dengan individu dijangkiti. Saya lakukannya kerana bimbang dengan kesihatan insan sekeliling.
“Walaupun saya sudah berjumpa doktor dan mengesahkan saya demam biasa, tetapi sebagai langkah berjaga-jaga, saya jalani ujian saringan COVID-19.
“Saya buat pemeriksaan di sebuah hospital di Kota Damansara dengan menggunakan kaedah pandu lalu,” katanya kepada BH Online.
“Tak dinafikan memang saya risau. Siapa yang tak takutkan? Keputusan ujian hanya diketahui selepas tiga atau empat hari.
Mengaku berdebar menantikan keputusan, pelakon filem Hantu Kak Limah ini bagaimanapun lega dia sudah melaksanakan tanggungjawabnya.
“Moga tiada apa yang serius. Saya harap peminat jangan risau dan doakan yang baik-baik sahaja untuk kesihatan saya,” pinta pelakon berusia 27 tahun ini.
Melalui ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis mendoakan kesejahteraan Uqasha serta berdoa dia terhindar daripada virus berkenaan.
Video memaparkan Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen menjalani pemeriksaan itu turut dimuat naik di laman Instagram.
The post Uqasha Senrose Jalani Saringan Covid-19 appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment