loading...

Tuesday, 7 April 2020

Riz Ismail Di Dapati Positif Covid-19 Setelah Demam Panas

Melalui portal berita harian, Riz Ismail mengalami demam panas, pening dan sukar melelapkan mata didapati positif covid-19 setelah melihat keputusan saringan.

Pelakon dan pendakwah bebas, Riz Ismail kini dikuarantin di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas disahkan positif COVID-19.

Pemilik nama penuh, Muhammad Haris Mohd Ismail berkata, keputusan ujian saringan COVID-19 disahkan di PPUM diketahui, hari ini.

“Saya mengalami demam panas, sejak tiga hari lalu. Dan ujian saringan, saya sah positif COVID-19.

“Saya sudah berada di PPUM untuk dikuarantin. Saya akan berada di sini hingga ujian menjadi negatif.

“Saya pening dan sukar mahu melelapkan mata,” katanya.

Riz berkata, dia menganggap ini ujian Allah SWT terhadapnya.

“Jika menjaga kesihatan sekali pun, tetapi kalau Allah mahu mendatangkan sakit, kita tak boleh elak. Begitulah aturan kehidupan.

“Apapun, saya mengharapkan doa cepat sembuh dan bebas virus berbahaya ini.

“Moga penamat yang baik dengan izin-Nya. Doakan saya terus kuat,” kata Riz.

Pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan itu berkata, dia hanya duduk di rumah ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Sepanjang PKP, saya hanya keluar rumah untuk pergi membeli barang keperluan,” katanya.

The post Riz Ismail Di Dapati Positif Covid-19 Setelah Demam Panas appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...