loading...

Monday, 6 April 2020

Saringan Covid-19, Pelarian Rohingya Kini Berlabuh Di Langkawi

Pelarian Rohingya kini sudah sampai di persisiran pantai langkawi menurut hmetro baru-baru ini. Terdapat lebih 200 pelarian Rohingya dilapor mendarat dengan menaiki bot di kawasan peranginan berdekatan Pantai Teluk Nibong di Langkawi, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 5 pagi itu, kumpulan pelarian dilihat menaiki bot berdekatan kawasan pesisir sebelum berenang menuju ke pantai beramai-ramai.

Kejadian disedari penduduk Kampung Kuala Teriang yang kemudian memaklumkannya kepada polis dan Agensi Penguatkuasaan Martim Malaysia (Maritim Malaysia).

Seorang penduduk enggan dikenali memaklumkan, bot dinaiki pelarian itu dilihat berada kira-kira 500 meter dari kawasan pantai.

“Kami lihat ramai lelaki berenang ke arah pantai dan ada ramai lagi berada di atas bot kayu.

“Kami tidak dapat keluar membantu kerana arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun sudah menghubungi polis,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Difahamkan, pihak berkuasa sudah menahan kira-kira 100 pelarian terbabit dan mengepung kawasan pantai berkenaan.

The post Saringan Covid-19, Pelarian Rohingya Kini Berlabuh Di Langkawi appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...