loading...

Thursday, 16 April 2020

Kurangkan Stress Anda Di Rumah Dengan Kaedah Ini

Pada saat ini semestinya anda sangat stress dengan tekanan yang melanda ekonomi sekarang. Ramai yang hilang pendapatan dan nak keluar pun susah. Apa kata, gunakan cara ini untuk hilangkan stress anda di rumah supaya hidup anda akan lebih tenang dan sempurna.

Eratkan hubungan dengan teman dan ahli keluarga

Mengurangkan stress dengan keluarga. Meluangkan masa dengan sahabat dan keluarga akan ‘mencairkan’ masalah. Orang yang membawa kita kegembiraan mungkin tidak tahu tentang beban yang sedang kita tanggung bila kita hanya duduk dimeja dan bersandar merenung siling.

Kita juga mungkin terlupa mengenai mereka pada ketika ini. Ia selalu berlaku kepada saya. Ketawa, bercerita, dan berkongsi duka lara kita akan membuatkan kita berasa lebih baik dan masalah kita akan lebih terkawal.

Jika kita masih mempunyai ibu dan ayah, lawatilah mereka. Jika tidak mampu, telefon mereka bertanya khabar. InsyaaAllah, tiada apa yang lebih menenangkan dan mampu meleraikan keserabutan dikepala melainkan suara mereka yang tercinta.

Mengurangkan Stress dengan Membaca Al-Quran

Mulakan hari kita dengan membaca Al-Quran. Sebaik-baiknya selepas solat subuh, pada waktu pagi sebelum memulakan kerja.

Al-Quran adalah mukjizat yang terbesar, InsyaaAllah dengan membacanya pasti mampu melunakkan hati dan memberi ketenangan kepada sesiapa yang membacanya.

Kita juga boleh mendengar bacaan ayat al-Quran di tempat kerja.

Dalam Islam, bukan membaca al-Quran saja yang menjadi ibadat dan amal yang mendapat pahala dan rahmat, malah mendengarnya pun mendapat balasan.

Malah, sebahagian ulama mengatakan bahawa, mendengar orang membaca al-Quran, pahalanya sama dengan orang yang membacanya.

Pahala orang mendengar bacaan al-Quran dengan jelas disebut dalam firman-Nya yang bermaksud : Dan apabila dibacakan al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat. (Surah al-A’raaf, ayat 204)

Mendengar bacaan al-Quran dengan baik, dapat menghibur perasaan sedih, menenangkan jiwa yang gelisah dan melunakkan hati yang keras serta mendatangkan petunjuk.

Itulah yang dimaksudkan dengan rahmat Allah, yang diberikan kepada orang yang mendengarkan bacaan al-Quran dengan baik.

Bersiar-bersiar & Merenung Ciptaan Allah. Kita pasti bersyukur

Melangkahlah keluar rumah, hidup udara sedalamnya, dan lihatlah langit.

Nikmatilah bagaimana waktu matahari tenggelam.

Pasti anda terpaku dan kagum dengam keindahan lukisan Allah.

InsyaaAllah perkara ini akan lebih membuatkan kita mengingati Allah, kagum terhadap kekuasaanNya.

Dan kita akan berasa bersyukur terhadap segala nikmat yang telah dilimpahkan.

Lama-kelamaan, rasa bersyukur dan takjub terhadap nikmat Allah ini akan membawa pergi rasa stress kita secara perlahan-lahan, jauh dari kepala kita

The post Kurangkan Stress Anda Di Rumah Dengan Kaedah Ini appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...