loading...

Thursday, 16 April 2020

Sekarang Semua Orang Cinta Jarak Jauh Disebabkan PKP

Cinta hati memang merindui kita dikala berjauhan. Begitulah Adam dan Hawa dahulu bila dihantar ke bumi mereka berpisah di bumi dan bertemu semula. Cinta jarak jauh sememangnya sukar, tapi adakah anda yakin pasangan anda itu setia atau tidak? Apakah yang perlu anda lakukan?

Cinta Jarak Jauh

Cinta jarak jauh memerlukan kesabaran yang tinggi, dimana kita sendiri tak tahu apa yang bakal kita hadapi. Namun, kepercayaan menjadi teras utama dalam menguatkan kasih sayang antara dua insan walau jarak beribu-ribu batu.

Namun segelintir remaja pula beranggapan hubungan cinta jarak jauh hanya membuang masa kerana ia tidak akan bertahan lama.

Alasan biasa yang sering kita dengar sudah tentulah pasangan mudah berlaku curang kerana jarang berjumpa.

Oleh itu, kelompok remaja ini memilih membina hubungan cinta bersama pasangan yang sentiasa dekat sewaktu berada dalam kesusahan.

Bagaimanapun, alasan itu tidak boleh dipakai lagi kerana zaman sudah berubah dan sepatutnya kita lebih terbuka dalam hal ini. Semuanya tertakluk kepada keteguhan hati. Bercinta dengan jiran depan rumah sekalipun belum boleh menjamin kesetiaannya.

Tahukah anda bercinta jarak jauh menjadikan hubungan lebih matang? Ini kerana anda akan lebih menghargai pasangan sekali gus mendidik diri untuk setia dan percaya antara satu sama lain. Malah perasaan sayang dan rindu juga semakin bercambah membuatkan hubungan kian erat.

Gen Y akan kongsikan beberapa sebab kenapa hubungan cinta jarak jauh lebih menyeronokkan. Mana tahu anda terpikat dengan pasangan yang tinggal jauh dan ada sebab untuk dipertimbangkan.

1. Bersikap lebih matang

Bercinta jarak jauh menjadikan sikap anda lebih matang daripada usia sebenar. Perkara ini terbukti jika anda berasa tidak perlu berjumpa setiap hari dan hanya bertanya khabar menerusi aplikasi WhatsApp dan sebagainya.

Walaupun ia ibarat mengambil risiko, faktor hubungan jarak jauh menyebabkan keretakan sudah tidak relevan lagi.

Sebenarnya, cukup hanya bertanya khabar dan meluahkan rasa rindu. Sesetengah pasangan bercinta yang bertemu setiap hari juga sering memikirkan perkara yang bukan-bukan.

Itu menunjukkan hubungan mungkin tidak kekal lama kerana masih bersifat kebudak-budakan dan tiada kepercayaan terhadap pasangan masing-masing.

Lebih baik fokus kepada kerjaya dan persiapkan diri menerima kelebihan dan kekurangan pasangan yang bakal meniti alam rumah tangga bersama anda nanti.

2. Jarang bergaduh

Apabila jarang bertemu, secara automatiknya anda jarang bergaduh atau tidak akan bertelagah langsung. Hubungan lebih harmoni dan bahagia menghadapi hari-hari yang mendatang tanpa masalah remeh ini.

Malah jika pasangan anda berlaku curang, anda tidak akan tahu kecuali ada ‘pengintip’ yang melaporkan rutin pasangan anda setiap hari.

Namun lebih baik anda setia dan menghargai pasangan kerana sekali ditangkap berlaku curang, anda akan ditinggalkan tanpa belas kasihan.

Sifat perempuan, sangat pantang ditipu dan jangan gunakan alasan ikut sunah Rasulullah berpoligami. Ukur baju di badan sendiri, jika hati seorang isteri pun tidak mampu dijaga, bagaimana hendak membahagiakan tiga lagi hati?

3. Sabar dan kuat

Memang benar bercinta jarak jauh bukan perkara yang mudah. Kita perlu mendidik diri agar sentiasa sabar dan kuat.

Ini kerana anda akan berasa keseorangan setiap kali melihat pasangan lain keluar bersama, namun itulah yang dikatakan ujian bercinta jarak jauh sekali gus menjadikan anda individu kuat dalam menghadapi apa jua cabaran.

Tanpa anda sedari, anda sangat beruntung kerana tidak banyak masa untuk melakukan aktiviti kegemaran selain dapat menjimatkan wang.

Jika anda keluar bersama pasangan sudah tentulah perlu keluarkan sedikit wang untuk makan dan tiket wayang!

4. Lebih mengenali hati budi

Percaya atau tidak, apabila jarang bertemu bukan rasa rindu saja yang kian menebal malah anda semakin mengenali peribadi pasangan.

Setiap kali berjumpa pasti banyak topik yang hendak dikongsi dan teruja untuk ‘menggali’ lebih banyak perihal masing-masing.

Oleh itu, kurangkan berhubung dengan pasangan anda melalui media sosial atau telefon dan biarkan masa yang sesuai menemukan anda berdua.

Cipta ruang privasi untuk anda dan pasangan, pasti hubungan lebih bermakna.

Daripada tip yang dikongsikan, adakah anda akan pertimbangkan untuk menjalinkan hubungan percintaan jarak jauh? Mungkin perlu cuba untuk sekali seumur hidup!

The post Sekarang Semua Orang Cinta Jarak Jauh Disebabkan PKP appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...