loading...

Saturday, 4 April 2020

Kemewahan Tidak Menjanjikan Kebahagiaan – Aliff Syukri

Seperti kita lihat bahawa kehidupan Aliff Syukri kini sudah musnah kerana sudah bercerai dengan isterinya. Itulah kita, jika kekayaan di hadapan kita, itu juga ujian daripada Allah.

Ini kerana, menurut Aliff, 33, kemewahan dan populariti yang diraihnya pada hari ini dirasakan bukanlah jaminan kepada kebahagiaan hidup yang diimpikan selama ini.

Usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan bahawa dia terdetik untuk kembali menjalani kehidupan lamanya sebelum dia menjadi seorang yang dikenali ramai seperti sekarang.

“Dulu waktu saya susah, saya sangkakan apabila kita ada duit, kita akan seronok, tapi sebenarnya kalau kita banyak duit, kita akan hilang banyak benda seperti hilang kawan, hilang privasi dan hilang masa.

Bahkan, ketika ditanya mengenai apa yang boleh membuatkan dirinya bahagia ketika ini, katanya, dia mahukan kehidupan seperti orang kebanyakan.

“Saya rasa macam nak tukar diri saya nak jadi orang yang tidak ingin dikenali, saya nak patah balik (kehidupan lama). Saya rasa nak berhenti daripada media sosial, nak bawa apa yang saya ada ke luar negara,” katanya kepada Gempak.

“Saya rasa benda itu lebih buat saya gembira. Tapi itulah, manusia ini tak pernah cukup, dah dapat apa yang dihajati, mahukan lain pula,” luahnya.

“Saya nak gaji RM3,500, saya nak duduk rumah teres, mungkin saya nak ada kereta Exora dan menyorokkan diri, daripada apa yang saya pernah inginkan 15 tahun lepas.

Biarpun begitu, kata Aliff, setiap apa yang dilaluinya itu menjadikan dirinya seorang yang lebih matang.

“Saya akui saya sudah kedepankan diri dan inilah benda yang saya perlu terima. Saya perlu bangun dan bangkit,” ujarnya yang kini muncul dengan single berjudul Cuba Bahagia.

“Saya percaya apa yang berlaku dalam hidup ini buat saya lebih matang.

Lagu tersebut dikatakan merupakan gambaran luahan perasaan hatinya yang sedih dengan apa yang dilaluinya kini.

Sebelum ini, Aliff terpalit dengan beberapa kontroversi termasuklah isu pergolakan rumah tangga dan penderaaan kanak-kanak.

The post Kemewahan Tidak Menjanjikan Kebahagiaan – Aliff Syukri appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...