loading...

Wednesday, 1 April 2020

Perdana Menteri Israel Benjamin Positif Covid-19

Covid-19 kini sudah menyerang Perdana Menteri Israel iaitu Benjamin Netanyahu. Nampaknya wabak ini masih di ambil ringan oleh orang-orang atasan.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, dilaporkan oleh media tempatan telah disahkan positif wabak yang kian menular di seluruh dunia iaitu coronavirus, ataupun kini lebih dikenali sebagai COVID-19.

Dia dikatakan menjalani kuarantin sendiri selepas seorang pembantunya Rivka Paluch, membuat ujian saringan COVID-19 dan hasil pemeriksaan mendapati pembantunya itu positif wabak berkenaan.

Setelah mengetahui dirinya dipositif COVID-19, dia terus bertindak mengasingkan dirinya atau berkuarantin dan dijaga rapi oleh Kementerian Kesihatan serta doktor peribadinya.

Pejabat perdana menteri memberitahu The Jerusalem Post bahawa, RivkaPaluch tidak pernah bersentuhan dengan Benjamin Netanyahu, dan menjalankan tugas  melakukan dari jarak jauh semenjak wabak berkenaan menular.

Sebagai sebahagian daripada langkah untuk membendung virus itu, semua sekolah di Israel telah ditutup. Semua mesyuarat di kawasan awam, terbuka atau ditutup dengan lebih daripada 10 orang juga telah diharamkan.

Semua firma perdagangan kecuali pasar raya, farmasi, stesen minyak dan bank juga telah ditutup sejak 15 Mac. Mereka juga dilaporkan mengharamkan kemasukan warga asing ke negara berkenaan, kecuali mereka yang tinggal di Israel.

The post Perdana Menteri Israel Benjamin Positif Covid-19 appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...