loading...

Saturday, 4 April 2020

Kemungkinan Perayaan Tidak Akan Disambut Tahun Ini

Tak Sambut Raya

Rakyat perlu mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekiranya ingin kembali kepada kehidupan biasa dan seterusnya membolehkan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi disambut.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, persoalan sama ada PKP fasa kedua yang akan berakhir 14 April ini disambung untuk fasa seterusnya atau tidak hanya bergantung kepada kepatuhan rakyat dalam tempoh 14 hari mulai hari ini. -Petikan dari www.libur.com.my .

Sarawak Tak Sambut Gawai

Perayaan Gawai Dayak peringkat negeri tahun ini mungkin tidak akan diraikan susulan ancaman koronavirus.

Wabak itu terus mengancam dunia dan negara dengan belum ada tanda untuknya mereda atau melemah.

Menurut Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr James Jemut Masing menyeru pemimpin Dayak agar tidak mengadakan perayaan itu demi keselamatan semua pihak.

Jelasnya, di peringkat kampung atau rumah panjang, ia mungkin boleh diadakan dalam lingkungan keluarga.

“Ia mungkin diadakan di rumah atau di rumah panjang jika lokasinya adalah di zon hijau dan bukannya di bawah zon merah Covid-19,” ujarnya.

Jumlah kematian angkara Covid-19 di Sarawak setakat ini ialah 10 orang.

Pada Jumaat, Kementerian Kesihatan (KKM) menyeru masyarakat supaya tidak menyertai sebarang bentuk perhimpunan dalam tempoh enam bulan hingga setahun..

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata amalan yang diterapkan ketika ini bagi mengelakkan jangkitan COVID-19 perlu diteruskan dalam kehidupan masyarakat untuk satu jangka masa yang agak panjang. -Petikan dari https://sarawakvoice.com.


The post Kemungkinan Perayaan Tidak Akan Disambut Tahun Ini appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...