loading...

Wednesday 7 March 2018

Amalkan Petua Ini Jika Mahu Bibir Pink Seperti Bayi

Setiap wanita sudah pasti ingin memiliki kulit yang sihat persis kulit bayi, termasuk bibir. Ramai wanita mengalami masalah bibir hitam ataupun kering, selalunya masalah ini dialami oleh wanita yang merokok.

Pun begitu, pelbagai faktor telah menyebabkan bibir seorang wanita boleh menjadi gelap dan lebam. Misalnya kesan daripada kerap memakai lipstik, kurang minum air, terdedah dengan cahaya matahari dan pelbagai sebab lainnya.

Bibir yang hitam dan kering akan menyebabkan anda kurang keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang sekeliling. Oleh itu, anda perlu mencari jalan bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Tidak perlu berhabis puluhan ringgit, anda mampu menangani masalah tersebut dengan kaedah ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Fahaniza di dalam akaun facebooknya. Jom semak!

“Bibir dah kusam kan, ye la segala mak nenek lipstik kita dah letak ni. Kadang jadi gelap nampak lesu je bibir tu.”

Tambah pulak sekarang musim panas, kurang minum air. Dah jadi kuping kering bibir tu. Kesian bibir jangan pulak pegi kopek. Kang bertambah luka nanti.

“Meh Kak Niza ajar buat lips scrub.Mudah sangan guna 3 bahan je.”–Fahaniza

Lips Scrub

Bahan-bahan:

1 sudu gula, 1 sudu serbuk kayu manis & 1 sudu minyak zaitun.

*Kalau tak da olive oil boleh gantikan dengan madu tak pun minyak kelapa dara.

Cara penyediaan:

1. Kacau rata semua bahan.

 

2. Dah siap masuk je bekas yang comel. Yang mudah korang nak guna selalu. Tupperware kecik-kecik pun boleh jek.

Ini pula video yang dikongsikan oleh beliau.

Meh kak Niza velanjer cara nak scrub bibir uols.Jangan lupa sebarkan ye.

Posted by Fahaniza Bakri on Wednesday, 28 February 2018

Sumber: Facebook/Fahaniza Bakri

The post Amalkan Petua Ini Jika Mahu Bibir Pink Seperti Bayi appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...