loading...

Tuesday, 13 March 2018

Jenis Tumbuhan Yang Ditakuti Oleh Jin Dan Syaitan

Sudah dari azali lagi kita ketahui dan dengar tentang sihir. Perbuatan sihir ini memang sudah tidak asing lagi didengar. Pada zaman dahulu perbuatan sihir sangat dipercayai malah sering dikatakan diamalkan untuk menyakiti orang lain atau musuh.

Tidak mustahil juga pada zaman yang serba canggih dan pembangunan yang seakan-akan mencecah langit kini, masih ada segelintir yang masih mempercayai amalan yang syirik sebegini. Jika mengikut syariat dan ajaran agama Islam, perbuatan sedemikian adalah amat dilarang sekali diamalkan.

Tidak penting untuk kita menuntut ilmu sihir itu kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk pada diri.Menjadi seorang umat yang beragama Islam, kia juga wajib untuk mengetahui bagaimana untuk menyangkal tentang ilmu sihir.

Allah Swt telah menciptakan beberapa jenis tanaman yang boleh membantu kita dalam mengelak kejahatan ilmu sihir seperti Pellet, teluh dan banyak lagi jenis sihir yang lain. Sejauh manakan kebenaran tanaman berkenaan berkesan sebagai penghalang atau menangkal sihir-sihir serta ada masa yang sama ditakuti oleh syaitan dan jin.

Buah kurma Ajwa

“Kurma ajwah bermanfaat untuk mencegah racun dan sihir dikarenakan doa keberkahan dari Rasulullah SAW terhadap Kurma madinah bukan karena zat kurma itu sendiri” (Fathul bari syarah al-bukhari oleh Al Hafizh Ibnu Hajar Al-Asqolany X/239)

Salah satu buah yang ditakuti oleh jin dan syaita adalah buah kurma Ajwa dan hal ini sebagaimana dalam Shahih Al-Bukhari dan juga Shahih Muslim yang telah diriwayatkan dari hadits sahabat Sa’ad Bin Waqqash, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, dan beliau telah bersabda:

“Barangsiapa mengkonsumsi tujuh butir kurma Ajwah pada pagi hari, maka pada hari itu ia tidak akan terkena racun maupun sihir” (HR Al-Bukhari no. 5769 dan Muslim no. 2047

Adakah buah Kurma Ajwa boleh mengubati ilmu sihir? Al-Hafiz Ibnu Hajar Al Asqolani telah mengutip perkataan dari Imam Al- Khotobi tentang beberapa keistimewaan buah Kurma Ajwa iaitu:

“Kurma ajwah bermanfaat untuk mencegah racun dan sihir dikarenakan doa keberkahan dari Rasulullah SAW terhadap Kurma madinah bukan karena zat kurma itu sendiri” (Fathul bari syarah al-bukhari oleh Al Hafizh Ibnu Hajar Al-Asqolany X/239)

Daun Bidara

Adakah anda pernah mendengar mengenai daun bidara atau lebih dikenali sebagai widara dan dengan nama dari segi latinnya Ziziphus Mauritiana ini adalah sejenis pohon yang kecil yang tumbuh di daerah-daerah yang kering atau di kawasan gurun-gurun. Bidara ini juga berasal dari satu kata Sidrah yang bermaksud Pohon Bidara.

Sidrah atau lebih dikenak=li sebagai bidara ini mempunyai hubungan dengan perjalanan ke Isra Mikraj Nabi Muhammad Saw. Mengapakan daun Bidara ini termasuk dalam makanan yang boleh mengubati ilmu-ilmu sihir?

Ibnu Katsir telah mentafsirkan dari Surah Al – Baqorah ayat ke 102 yang mempunyai kaitan tentang fitnah dari syaitan terhadap Nabi Sulaiman. Beliau telah mengunakan sihir bukannya mukjizat dan telah meriwayatkan sesuatu yang paling bermanfaat untuk menghilangkan pengaruh sihir dan turut mengunakan semua yang diturunkan oleh Allah Swt kepada para Rasulnya. Demi menghilangkan perbuatan itu, hanya dengan membaca Al-Muawwidzatain iaitu dua surat pelindung ( Al-falaq dan An-Nass) beserta ayat Kursi ini kerana ayat-ayat berkenaan dapat mengusir kehadiran jin dan syaitan.

The post Jenis Tumbuhan Yang Ditakuti Oleh Jin Dan Syaitan appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...