Suami yang bertanggungjawab, seharusnya menganggap isteri sebagai sahabat sehidup semati. Adalah wajar bagi seorang suami yang baik sentiasa berlaku adil, dan tidak melakukan tabiat-tabiat buruk yang disenaraikan berikut ini dan mendahulukan kepentingan isteri serta keluarga.
Rajin kritik isteri
Cermin diri anda sendiri dan jangan suka mengkritik isteri anda. Pilihlah untuk sentiasa menghargai isteri anda. Berikan pujian-pujian atas apa yang telah dilakukan isteri kepada anda, anak-anak dan keluarga. Kadang-kadang, jika anda perlu membetulkan kesilapan isteri anda, lakukannya secara membina dan positif.
Mengongkong
Percaya atau tidak, suami tidak selalunya betul. Kadangkala isteri juga sebenarnya bagus dalam membuat keputusan sendiri. Jadi hentikan sikap ingin mengawal isteri dalam apa yang dilakukannya seharian. Lebih baik jika sama-sama dapat bekerja/hidup sebagai sebuah pasukan, sentiasa menggalakkan dan membantu sesama sendiri.
Anggap isteri sebagai objek
Tolonglah suami! Isteri anda bukannya satu objek untuk digunakan. Bukanlah objek yang hanya anda hargai bila perlu dan diabaikan apabila anda sudah dapat apa yang dikehendaki sahaja. Dia adalah isteri, kawan baik dan permaisuri anda, sepatutnya anda perlulah sentiasa menghormati dan menghargai isteri anda sebaiknya.
Tidak meluang masa bersama
Bersyukurlah, anda sangat bertuah kerana mempunyai seorang isteri. Janganlah terlampau sibuk dengan hal lain sehingga anda lupa untuk menghubunginya. Hantarlah pesanan ringkas yang menyatakan anda amat merinduinya. Beritahu dia bahawa dia adalah yang terpenting selain kerja anda, masa melepak dengan kawan-kawan anda, ataupun menonton sukan kegemaran anda.
Bahasa kesat/kasar
Jaga bahasa anda ketika berkomunikasi dengan isteri anda. Jangan sesekali menggunakan bahasa kasar dan lucah kepada isteri anda. Perbuatan suka menggelarkan isteri juga perlu dielakkan. Gunakanlah bahasa yang sesuai serta sopan ketika berkomunikasi dan tunjukkanlah kematangan diri anda.
The post Tabiat Buruk Suami Terhadap Isteri Yang Patut Dihindari Segera appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment