loading...

Thursday, 29 March 2018

Jenis-Jenis Lelaki Yang Patut Dielakkan Dijadikan Suami

Berkemungkinan anda mempunyai banyak ciri-ciri lelaki yang anda idamkan seperti kacak dan berpelajaran tinggi, namun ada beberapa perkara atau ciri yang anda perlu juga bertimbangkan. Kerana jika ada lelaki yang mempunyai ciri-ciri ini, bersedialah jika mahu hidup dibenci atau tidak disukai keluarga sendiri.

Paling penting, ini kerana ia akan menjejaskan hubungan rumahtangga dalam jangka masa panjang.

Wanita memang tidak bisa memilih, tapi wanita juga berhak menolak pinangan pria yang sekitar tidak akan membawa kebaikan dunia-akhirat setelah menikah dengan pria tersebut. Berikut ini lelaki yang hedaknya dihindari oleh para muslimah:

1. Lelaki yang tidak solat

Orang yang berani meninggalkan sholat, berarti telah berani mengkhianati Allah, apalagi amanah manusia. Rasulullah SAW bersabda, “Perjanjian kami dengan mereka adalah solat. Orang yang meninggalkannya, bererti dia telah kafir.” (HR. At-Tirmidzi)
Bagaimana engkau dapat mempercayai suami yang tidak memenuhi syarat pertama yang diterapkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Jika datang kepadamu orang yang kau sukai agamanya…”, padahal solat adalah tiang agama.

2. Lelaki yang gemar melakukan dosa besar

Misalnya, mabuk, berzina dan berjudi. Hidup bersama suami seperti ini sama dengan hidup di dalam neraka. Semoga mereka bertaubat kepada Allah, agar Dia mengampuni mereka.

3. Dayus

Dayus adalah lelaki yang tidak memiliki rasa cemburu kepada isteri, dan membiarkan anak-isterinya terjerumus dalam maksiat. Dengan dalih kemajuan zaman, peradaban moden, dan perkembangan dunia, dia melarang isterinya berjilbab kerana hal ini dianggapnya kuno dan membolehkan isterinya berbual mesra bersama kawan-kawan lelaki, dan berketawa dengan laki-laki lain. Kalau suami kaki pukul pun dikira dayus juga.

4. Anak mama (manja)

Lelaki yang manja bukanlah lelaki sejati. Dia tidak akan mampu mengambil keputusan secara sendiri tanpa merujuk kepada ibunya. Betul, walaupun sudah berkahwin, si suami wajib mengutamakan ibunya kerana ibunya tetap no 1, tak salah kalau minta nasihat ibu dalam apa-apa jua perkara tetapi kalau bab keputusan mesti berbincang bagus-bagus tanpa mengira sebelah pihak (ibu) sahaja.

5. Lelaki yang jauh lebih tua

Kamu berusia 20 tahun, dia 60 tahun. Untuk apa? Harta? Kerana dia memenuhi nafsumu untuk memiliki gaun-gaun indah dan perhiasan? Namun, ada satu pekara yang tidak kau pertimbangkan, bahawa pada usia itu, nafsu seksualmu sedang membara, sedangkan nafsunya hampir padam. Bagaimana mengatasi masalah ini, wahai gadis muslimah? Jodoh memang tidak mengira usia, tetapi si suami dikhuatiri tidak dapat memenuhi kemahuan seksual isteri yang muda, bahkan bakal timbul masalah dalaman dalam rumahtangga.

6. Lelaki yang sombong dan senang membanggakan diri

Orang yang memiliki mentaliti seperti ini tidak mengenal perasaan cinta. Dia hanya mencintai diri sendiri. Jika dia menikah, dia tidak menikah kerana cinta, tapi kerana nafsunya menginginkan wanita itu. Lelaki begini, egonya sangat tinggi. Jika berkahwin dengannya, anda pasti jadi macam hamba abadi dan dia bos. Jauhi lelaki ini sebab orang yang sombong memang susah ditegur.

7. Workaholic (gila kerja)

Orang yang gila kerja hanya mengenal kerja. Dia akan terus-menerus bekerja tanpa lelah dan bosan, demi kekayaan, status sosial yang tinggi, atau penghormatan orang lain. Baginya, pernikahan hanyalah pelengkap status sosial. Isteri tak ubah seperti alat dalam rumah tangga. Jika dia perlu, dia memakainya dengan perasaan yang dingin. Banyak wanita yang terhormat dan suci yang merasakan masalah seksual dan emosional kerana diabaikan suami yang hanya memberikannya harta dan makanan yang sedap. Ya, mencari nafkah dan duit memang tanggungjawab suami, tapi jangan pula busy kerja sampai lepas tangan, lupa tanggungjawab terhadap keluarga.

8. Menderhaka kepada orang tua

Lelaki seperti ini sebenarnya menderita sakit dan harus segera disembuhkan. Dia harus tahu, bahawa orang lain akan bersikap kepada dirinya sebagaimana dia bersikap kepada orang lain. Jika dia tidak berbakti kepada orang tua, tidak menuruti perintah mereka, padahal mereka memiliki hak untuk dipatuhi, apakah dia berharap isterinya akan berbakti dan menuruti perintahnya semata-mata kerana dia punya hak untuk itu? Derhaka kepada orang tua tidak akan sesekali mencium bau syurga. Jika si lelaki sanggup derhaka dengan orang tuanya sendiri, apa sangat kalau dia nak buat perkara yang sama dengan si gadis?

9. Lelaki Lembut

Lelaki seperti ini tidak dapat disebut sebagai lelaki, kerana sifat-sifatnya bukan sifat lelaki; gaya, kata-kata, gerakan, dan fikirannya lebih menyerupai wanita. Dia tidak dapat berdikari dalam kehidupan dan tidak memiliki kesediaan untuk memikul tanggungjawab. Sayangnya, lelaki seperti ini sangat banyak di zaman sekarang. Allah sangat melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan sebaliknya, lebih-lebih lagi jika mereka mempunyai nafsu songsang dan terpaksa berkahwin bagi mengaburi orang ramai tentang nafsu songsang tersebut.

10. Lelaki yang kedekut

Kedekut adalah penyakit yang susah disembuhkan. orang yang kedekut tidak dapat menyenangkan dirinya ataupun orang lain kecuali setelah dia mati. Kerana ini, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang kita bersifat kedekut, baginda bersabda,

وَاتَّقُوا الشُّحَّ فَإِنَّ الشُّحَّ أَهْلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ حَمَلَهُمْ عَلَى أَنْ سَفَكُوا دِمَاءَهُمْ وَاسْتَحَلُّوا مَحَارِمَهُمْ

“…Dan hindarilah sifat kedekut, kerana kedekut telah menghancurkan orang-orang sebelum kamu, membuat mereka saling bunuh dan melanggar kehormatan orang lain.” (HR. Muslim).(muslimah).

Sumber: Islamituindah.com.my

The post Jenis-Jenis Lelaki Yang Patut Dielakkan Dijadikan Suami appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...