loading...

Monday, 19 March 2018

Tips Berguna Putihkan Celah Peha Yang Hitam

Masalah utama atau penyebab utama kesan hitam di celah ketiak, leher dan peha selalunya akibat daripada bahan kosmetik yang tidak bersesuaian.

Contohnya hitam dicelah ketiak, biasanya ia berlaku kerana deodoran yang tidak sesuai menyebabkan ketiak hitam dan tona kulit tidak sekata. Manakala jika anda seorang yang berkulit sensitif, kandungan di dalam deodoran boleh menyebabkan masalah kulit seperti merengsa dan sebagainya.

Kaedah bercukur yang tidak betul akan menyebabkan kulit terluka dan meninggalkan parut. Jika anda menggunakan pencukur bulu ketiak, pastikan pencukur tersebut bersih dan terhindar dari kuman, ini kerana ianya adalah faktor utama mengapa ketiak anda menjadi gelap.

Jika anda sudah mencuba pelbagai produk untuk menyelesaikan masalah ini, namun masih juga tiada perubahan, mungkin petua tradisional ini mampu membantu anda.

Kapur sireh dan limau nipis

Dengan menggunakan dua bahan ini, anda mampu mencerahkan ketiak anda. Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Sapukan di bawah ketiak dan biarkan selama 15 minit sebelum dicuci dengan air bersih. Lakukannya selepas mandi dan amalkan setiap hari selama seminggu, kemudian ulang selang sehari pada minggu berikutnya. Iaitu lakukan tiga kali seminggu.

Buah betik

Buah betik terkenal dengan kebaikkannya untuk kulit, malah ian juga boleh menghilangkan kesan hitam di bawah ketiak. Caranya, parut buah betik yang hampir masak sehingga halus. Letakkan ramuan ini di ketiak selepas anda mandi dan biarkan selama beberapa minit. Bilas dengan air, lakukan secara kerap, anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.

Sirih dan beras

Kisar segenggam beras sehingga halus dan tumbuk beberapa helai daun sirih sehingga lumat. Campur kedua-duanya dan sebatikan. Sebelum mandi, lumurkan dahulu campuran sirih dan beras tadi ke seluruh tubuh badan terutama di bahagian ketiak dan celah paha. Kemudian gosok-gosokkan ia dengan perlahan sehingga semua bahan yang telah dilumur tanggal dari badan. Petua ini bukan sahaja menjadikan kulit badan anda halus, malahan ia juga akan membantu menanggalkan daki dan kesan hitam.

Bukan sahaja berkesan malah mampu menjimatkan duit anda. Jika cara tradisional mampu membantu menyelsaikan msalah anda, mengapa harus membuang ratusan ringgit. Sememangnya setiap apa yang diciptakan Allah S.W.T mempunyai kelebihan yang tersendiri. Selamat mencuba ya!

Sumber: Sehinggit.blogspot.my

The post Tips Berguna Putihkan Celah Peha Yang Hitam appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...