loading...

Wednesday, 21 March 2018

Tugas Suri Rumah 2.5 Kali Ganda Lebih Teruk Berbanding Kerja Sepenuh Masa

Dengan kos kehidupan yang kian meningkat naik, keinginan untuk memperbaiki taraf hidup, wanita gigih keluar mencari rezeki membantu meringankan beban suami. Malah walaupun menjadi suri rumah sepenuh masa, sebenarnya tugasan suri rumah adalah lebih teruk dari bekerja di luar.

Ini adalah berdasarkan kajian terkini yang membuktikan bahawa tugas seorang suri rumah adalah 2.5 kali lebih teruk berbanding pekerjaan sepenuh masa yang lain.

Tinjaun yang melibatkan jadual mingguan 2,000 ibu di Amerika Syarikat yang mempunyai anak berumur antara 5 hingga 12 tahun. Secara purata, kerja seorang suri rumah bermula seawal jam 6.23 pagi, lebih awal daripada kebanyakan pekerja lain memulakan hari mereka.

Sementara tugas harian mereka, sama ada berkaitan pekerjaan atau penjagaan anak hanya selesai jam 8.31 malam.
Ini bermakna seorang suri rumah bekerja 14 jam sehari atau secara purata 98 jam seminggu.

Kajian yang dijalankan Welch’s sebuah syarikat jus di United Kingdom pula mendedahkan, suri rumah hanya mempunyai 1 jam 7 minit untuk bersendirian atau melakukan sesuatu untuk diri sendiri.

Waktu tersebut dikategorikan lebih sedikit berbanding waktu rehat tengah hari dalam sektor pekerjaan yang lain.

Laporan The Independent pula mendapati 40 peratus golongan ibu merasakan mereka didominasi oleh senarai tugas yang tidak pernah berakhir.

Suri rumah ini juga menamakan tiga perkara yang perlu ada dalam menguruskan tugas harian iaitu bekalan kopi berterusan, keupayaan untuk tidur dan nada suara yang berkesan apabila marah.

The post Tugas Suri Rumah 2.5 Kali Ganda Lebih Teruk Berbanding Kerja Sepenuh Masa appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...