loading...

Wednesday, 7 March 2018

Sebab Mengapa Imam Membaca Doa Makan Selepas Solat

Masih ramai diantara kita yang tahu membaca doa, lancar dan fasih, namun tidak memahami maksud tersirat doa tersebut. Membaca tanpa mengetahui apa maksudnya itu tiada salahnya, dan tetap mendapat pahala. Tetapi membaca, menghafal serta mengetahui maksudnya itu lebih baik.

Ada sesetengah orang membaca doa tidak kena pada tempatnya, malah ada yang sengaja ‘bermain’ dengan ayat suci Al-Quran, seolah-olah doa tersebut tiada maksudnya. Dan disebabkan itu kita harus mengetahui maksud sesuatu doa agar kita tidak tersasar.

Justeru kita juga harus memahami maksud doa itu agar khusyuk dan ikhlas itu sampai serta meletakkan diri kita serendah-rendahnya. Perkongsian Alhusna Asma melalui laman Twitter miliknya menarik perhatian kami untuk berkongsi. Topik yang dibincangkan adalah penggunaan doa makan yang digunakan selepas solat.

Mungkin ramai merasakan ianya agak lucu atau tidak masuk akal baca doa makan ketika solat, namun sebenarnya jika kita memahami maksud doa makan itu, ia boleh dibaca ketika dalam apa jua situasi pun. Mari ikuti perkongsiannya dan memahami pengertian serta penggunaan doa dalam situasi yang berlainan.

Sumber: Twitter/Alhusnaasma

The post Sebab Mengapa Imam Membaca Doa Makan Selepas Solat appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...