Tidaklah dinafikan, tok nek kita dulu kala banyak pantang larangnya. Perkongsian ini adalah sekadar sebagai rujukan dan panduan supaya ikatan perkahwinan yang bakal dibina bertahan lama kerana setiap pantang larang itu mempunyai sebabnya tersendiri.
Bukanlah menjadi kewajipan untuk diikuti tetapi tiada ruginya jika apa-apa pantang larang yang difikirkan sesuai masih boleh diikuti. Ikuti perkongsian berikut ini.
1- Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.
2- Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering.
3- Elakkan minum air berkarbonat kerana ia mempunyai gula dan gas yang tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.
4- Kurangkan makan makanan yang manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat ketika bersama.
5- Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)
6- Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.
7- Amalkan makan telur ayam kampung 2 kali seminggu yang dicampur madu dan ada hitam yang ditumbuk untuk menambah tenaga.
8- Bagi mereka yang banyak angin, minum air halia utk membuang angin.
9- Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok untuk alat kelamin.
10- Elakkan minum minuman keras dan merokok.
11- Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.
12- Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.
13- Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.
14- Jangan makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.
15- Jangan makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.
16- Jangan bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.
17- Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.
18- Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.
19- Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.
20- Jangan bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.
21- Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.
22- Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan untuk mengawal nafsu dan menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.
23- Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yang tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada di luar.
24- Jangan bebas keluar ke mana-mana kerana takut di santau oleh mereka yang mempunyai niat yang tidak baik.
25- Jangan tidur di rumah orang kerana takut terkena ilmu yang tidak baik. Ia juga untuk menjaga nama baik keluarga.
26- Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).
27- Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.
28- Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.
29- Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai atau kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.
30- Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus untuk organ seks kerana darah tidak mengalir.
31- Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.
32- Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri.
33- Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.
34- Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.
35- Belajar ilmu rumahtangga daripada orang yang berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.
36- Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.
37- Bilik lelaki atau wanita jangan dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dari dikhianati orang lain.
38- Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan untuk menghangatkan lagi kemesraan.
39- Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.
40- Jangan buat kerja yang berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah mengalami gangguan emosi.
41- Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.
42- Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.
43- Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh orang lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.
Percaya atau tidak terpulanglah kepada anda. Namun setiap pantang larang orang dulu-dulu pastinya ada hikmah dan kebenarannya.Yang baik kita ikut yang buruk kita tinggalkan.
Sumber: Facebook
The post Ketahui Pantang Larang Nenek Moyang Buat Bakal Pengantin appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment