Baik atau buruk, pastinya pasangan suami isteri merasakan mereka sudah memahami perangai pasangan masing-masing, semuanya diterima dengan hati terbuka.
Lain kisahnya mengenai seorang lelaki di Taiwan yang merasakan bahawa dia sudah cukup kenal dengan perangai pasangannya namun terpaksa menceraikan isterinya kerana tidak tahan dengan tabiat buruknya
Wanita yang dikenali sebagai Lin diceraikan suaminya kerana tidak tahan dengan tabiat buruknya yang hanya mandi sekali dalam masa setahun dan tidak menjaga kebersihan diri. Selain itu, Lin juga didakwa memberus gigi atau membasuh rambutnya hanya ketika dia merasa perlu sahaja.
Difahamkan, lelaki yang tidak didedahkan namanya itu membuat petisyen untuk menceraikan isterinya kerana tidak tahan dengan sikap isterinya setelah 13 tahun hidup bersama. Petisyen lelaki tersebut diluluskan oleh New Taipei City District setelah dia mendakwa mengalami penyeksaan psikologi.
Lelaki itu mengatakan, Lin hanya mandi sekali seminggu sewaktu mereka masih bercinta. Namun, perangainya bertambah buruk selepas mereka berkahwin. Isterinya bahkan turut menghalang mereka daripada mendapatkan zuriat dan hanya melakukan hubungan intim sekali setahun.
Menurutnya lagi, Lin hanya mandi setiap kali masuk tahun baru di mana ianya mengambil masa selama tiga jam. Wanita itu juga seringkali mengunyah gula-gula getah dan memakai topi untuk menutup bau mulut serta rambutnya.
Dilarang bekerja oleh Lin sewaktu masih bergelar suami-isteri, lelaki itu mendakwa dia dipaksa bergantung hidup kepada keluarga wanita tersebut untuk perbelanjaan harian. Lelaki itu akhirnya memutuskan untuk keluar dari rumah mereka dan mendapat pekerjaan di Hsinchu.
Lelaki tersebut langsung tidak menghubungi Lin selepas itu tetapi wanita berkenaan berjaya menjumpai tempat kerjanya dan memaksanya dia berhenti kerja selepas sebulan. Tidak tahan dengan kelakuan isterinya, lelaki itu nekad untuk memfailkan cerai.
Lin menentang penceraian tersebut dan mengatakan bahawa segala tuduhan suaminya tidak benar sama sekali. Setelah dua tahun berpisah, pihak mahkamah memutuskan bahawa perkahwinan Lin dan suaminya tidak mungkin dapat dipulihkan lalu meluluskan penceraian si suami.
Sumber: Nextshark
The post Suami Tuntut Cerai Tidak Tahan Isteri Mandi Hanya Setahun Sekali appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment