loading...

Tuesday, 13 March 2018

Cara Nampak Lebih Tinggi Dengan Gaya Berpakaian

Bagi sesetengah orang ketinggian sangat penting bagi kelihatan lebih menarik. Ada yang sanggup memakai kasut tumit tinggi untuk nampak lebih tinggi. Malah ada yang sangat mementingkan cara berpakaian kerana ia dikatakan boleh membuatkan anda nampak pendek atau tinggi.

Pemilihan pakaian bukan sahaja penting untuk nampak lebih cantik dan menarik malah ianya sangat mempengaruhi ketinggian anda. Bukan bermaksud apabila anda memakai pakaian tersebut ketinggian anda berubah tetapi ianya memberi kesan kepada pandangan seseorang apabila memandang anda, mungkin saja anda nampak lebih tinggi atau pendek apabila anda menggayakan pakaian tersebut.

Ini adalah antara gaya pemakaian yang boleh mempengaruhi ketinggian anda. Jika anda mahu nampak lebih tinggi anda perlu bijak dalam memilih pakaian yang bersesuaian.

Berpakaian satu warna

Jika anda mahu nampak lebih tinggi, anda boleh mencuba untuk mengenakan satu warna sahaja. Contohnya anda memilih pakaian baju dan seluar pastikan anda pilih warna yang sama. Jika anda pilih baju warna hitam, pastikan seluar juga warna hitam. Ianya mampu membuatkan anda nampak lebih tinggi.

Baju labuh atau jubah

Baju labuh atau jubah juga mampu buatkan anda nampak lebih tinggi, berbanding jika anda memilih untuk memakai skirt.

Jika anda mahu memakai skirt pendek sekalipun, anda mungkin boleh mengenakan stoking panjang. Ianya bukan sahaja nampak lebih tinggi, malah sangat menarik!

Beg tangan bersaiz kecil

Jika anda seorang yang agak rendah, jangan sesekali memilih saiz bag tangan yang terlalu besar, cukup hanya bag tangan yang bersaiz sederhana atau kecil. Ia juga membantu membuatkan anda nampak slim dan tinggi.

Tali pinggang

Jika anda seorang yang suka mengenakan tali pinggang, anda perlu memilih saiz tali pinggang yang lebih kecil. Ini kerana, jika anda memilih saiz yang agak besar, badan anda akan nampak besar dan lebar, malah anda akan nampak sedikit pendek! Berhati-hati dalam memilih tali pinggang yang sesuai.

Pendek ataupun tinggi itu tidak penting, apa yang penting ialah pemilihan baju, pastikan ianya sesuai dengan ketinggian anda.

Sumber: My.theasianparent.com

The post Cara Nampak Lebih Tinggi Dengan Gaya Berpakaian appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...