loading...

Wednesday, 21 March 2018

Sebar Gambar Anak, Jurusolek Akui Silap – Mahu Berjumpa Siti Untuk Minta Maaf

Jurusolek sambilan, Wan Noor Akmal Wan Yusof, yang didakwa memuatnaik wajah anak penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza di laman Facebook tidak tahu bahawa keluarga penyanyi tersebut hanya akan berkongsi wajah anak selepas tujuh hari kelahiran.

Dia hanya berniat untuk berkongsi kegembiraan dan tidak menyangka status tersebut mengundang kemarahan ramai pihak.

“Kalau dari awal saya tahu mengenai kenyataan yang mereka belum bersedia berkongsi wajah anak, saya takkan buat perkara ini. Saya akui dan sedar kesilapan saya,” katanya seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal tempatan.

Wan Noor Akmal yang menggunakan nama FB Wann Arianna ingin bertemu dengan pihak Siti bagi memohon maaf dan untuk menjelaskan perkara sebenar.

“Sekali lagi saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan tidak sengaja untuk menyakiti hati pihak Siti,” jelasnya.

Tambahnya, dia mendapat gambar dan video tersebut daripada rakan menerusi aplikasi Whatsapp.

Terdahulu, perkongsian Wan semalam di laman Facebook miliknya menjadi tular sebelum dipadamkan beberapa jam kemudian.

The post Sebar Gambar Anak, Jurusolek Akui Silap – Mahu Berjumpa Siti Untuk Minta Maaf appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...