Sakit pada payudara sering menyebabkan kebimbangan buat wanita. Adakah berbahaya dan apakah penyebabnya?
Sakit di payudara atau mastalgia ini boleh dirasai di bahagian atas luar dada dan tersebar ke ketiak dan lengan. Namun, tidak perlu risau jika anda mengalami kesakitan di payudara ini. Berikut soal-jawab yang telah dialih bahasa oleh Aliffchannel.com untuk bacaan anda.
Selamat malam doktor,
Doktor, saya berusia 23 tahun dan hari ini saya mengalami sakit payudara. Saya rasa cemas kerana beberapa kali rasa sakit ngilu dan denyutan di bahagian payudara, betul-betul di payudara bahagian bawah, berhampiran ketiak. Payudara rasa agak ketat dan lengannya terasa sakit. Bulan ini saya belum datang haid, adakah aduan saya ini munasabah kerana menghampiri tempoh haid? Mohon penerangan dan cadangkan. Terima kasih.
Jawapan:
Selamat malam saudari,
Menstruasi atau haid berlaku pada wanita secar anormal biasanya setiap 21-35 hari sekali dikira sejak hari pertama haid terakhir. Tempoh haid biasanya berlangsung antara 3-7 hari.
Namun, sebenarnya kitaran haid seseorang adalah tidak tepat pada masanya dan menjadi tidak teratur. Ini boleh berlaku, kerana faktor asas haid, iaitu faktor hormon, bekerja dengan mekanisma yang sangat dinamik.
Dinamik di sini bermakna sangat tidak menentu, dipengaruhi oleh banyak faktor, seperti kehamilan, penggunaan kontraseptif, tekanan psikologi, diet dan gaya hidup, penyakit tiroid, dan penyakit polikistik ovari.
Ketika haid datang, ia boleh dicirikan oleh beberapa tanda seperti payudara yang sensitif, perubahan mood dan nafsu makan, dan sakit di pinggang.
Kebanyakan gangguan haid sebenarnya adalah ringan, tetapi jika gangguan itu sangat merisaukan atau tidak sembuh, anda boleh segera berjumpa pakar ginekologi untuk pemeriksaan keadaan anda dan mendapatkan rawatan lengkap.
Demikian penjelasan yang boleh diberikan mengenai penyebab kesakitan di sekitar payudara, semoga membantu, terima kasih.
Dijawab oleh: Dr. Ayu Andrian Putri
Sumber: Meetdoctor.com
The post Sakit Pada Payudara, Perlukah Khuatir? appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment