Ramai di antara kita menduduki peperiksaan SPM untuk mencorak masa depan dan melangkah lebih jauh dalam karier. Namun, buat Ismail Izzani bertindak membuat keputusan untuk tidak akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti rakan-rakannya yang lain.
Dia memaklumkan lagi, dia nekad untuk terus melanjutkan pelajaran ke sebuah kolej swasta dalam jurusan komunikasi dan akan bersedia menghadapi peperiksaan awal yang diadakan di kolej tersebut.
“Sejujurnya saya bukan seorang yang suka belajar. Jadi, saya ambil keputusan untuk tidak menduduki SPM seperti rakan yang lain.”
“Saya sudah berbincang dengan ibu bapa dan mereka juga bersepakat serta setuju untuk saya terus melanjutkan pelajaran di kolej swasta.”
“Untuk masuk kolej itu tidak memerlukan keputusan SPM tapi hanya melalui satu peperiksaan awal.”
“Insya-Allah, saya ada perancangan untuk lanjutkan pelajaran dalam bidang komunikasi,” kata Ismail.
Sejak usianya 16 tahun lagi dia memang mengikuti proses pembelajaran dari rumah (home schooling) dan keputusan tersebut diambil kerana tidak sempat mendaftar untuk menjalani peperiksaan SPM.
“Keputusan ini dibuat pun disebabkan saya tidak sempat daftar untuk ambil SPM tahun lalu.”
“Sepatutnya tarikh akhir untuk daftar bulan Mac. Tapi saya dapat tahu masa bulan Mei.”
“Saya belum pasti lagi bila waktu yang sesuai untuk sambung belajar. Yang pastinya, bukan dalam masa terdekat,” ujarnya.
Namun dia masih tidak pasti bila masa yang terbaik untuk memulakan pengajiannya di kolej swasta tersebut.
“Alhamdulillah, single terbaru saya dah pun dilancarkan beberapa hari yang lalu dan mendapat sambutan.
“Lagu ini saya cipta memang khas buat peminat yang menyokong karier saya sejak mula lagi,” katanya.
Kalau betul sudah nekad, pastikan fokus untuk capai cita-cita dan jangan sia-siakan peluang yang ada. Tambahan pula perjalanan Ismail masih lagi jauh.
Sumber: mStar Online
The post Tak Suka Belajar, Ismail Izzani Nekad Tidak Mahu Ambil SPM appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment