loading...

Monday, 21 August 2017

100 Bangla serang Pegawai Imigresen! Makin menjadi bangla sekarang ni !!

KUALA LUMPUR 20 Ogos – Kira-kira 100 lelaki warga Bangladesh yang disyaki terbabit dalam sindiket pemalsuan dokumen untuk warga asing menyerang dua pegawai Jabatan Imigresen dan dua orang awam yang sedang menjalankan risikan di sebuah rumah di Peta­ling Jaya dekat sini awal pagi ini.

Kejadian terbaharu ini dipercayai mempunyai kaitan dengan tangkapan dan pembongkaran sindiket pemalsuan pelbagai dokumen untuk warga asing terbesar di negara ini di Ampang awal bulan ini yang didalangi beberapa individu warga Bangladesh yang digelar ‘Profesor’.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah malam itu, kesemua suspek bersenjatakan batang besi, kayu dan batu bertindak agresif selepas menyedari kehadiran pegawai berkenaan di rumah berkenaan yang menjadi pusat operasi pemalsuan pelbagai dokumen termasuk pasport.

Sementara itu, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, keempat-empat mereka termasuk dua pegawai imigresen sempat meloloskan diri walaupun pada awalnya hampir dikepung.

“Dalam pergelutan itu, dua orang awam berkenaan yang ce­dera dengan salah seorang daripada mereka parah di kepala dan seorang lagi hanya cedera ringan.

“Kedua-dua mereka dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut. Salah seorang daripada mereka menerima enam jahitan di kepala dan mereka juga mengalami kesan lebam di seluruh badan.

“Dua pegawai imigresen terbabit pula cedera ringan dalam insiden tersebut. Mereka bernasib baik kerana sempat melarikan diri ketika kumpulan suspek warga asing itu mula bertindak agresif,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Mustafa, ekoran itu, sepasukan 30 anggota imigresen kemudiannya dikerahkan ke lokasi kejadian dan berjaya menahan tujuh suspek lelaki warga Bangladesh yang disyaki terlibat dalam sindiket itu.

“Kumpulan lelaki itu melarikan diri selepas anggota penguat kuasa bantuan tiba. Pasukan anggota imigresen kemudian menggeledah premis dan rumah yang disyaki menjadi makmal pemalsuan dokumen itu dan menemui beberapa bukti.

“Hasil siasatan lanjut kami menemukan sejumlah dokumen yang dipalsukan antaranya, pasport Bangladesh, Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS), E-Kad dan kad perakuan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB),” jelasnya.

Selain itu, ujar Mustafa, pi­haknya percaya kumpulan sin­diket tersebut turut melarikan beberapa barang untuk operasi haram mereka seperti komputer, mesin pencetak dan mesin pen­cetak kad.

“Kejadian ini dipercayai mempunyai kaitan dengan rentetan tangkapan dan pembongkaran sindiket pemalsuan pelbagai dokumen di Ampang awal bulan ini yang didalangi beberapa individu warga Bangladesh yang digelar ‘Profesor’,” katanya.

Beliau menambah, kereta milik pegawai imigresen berkenaan yang ditinggalkan dalam kejadian itu turut dirosakkan suspek tersebut.

Sumber: Utusan Online

0 comments:

Post a Comment

loading...