Berita ini mungkin membuat banyak orang merinding dan kehairanan walaupun sedikit mengingatkan kita pada film horor. Di Maryland, Amerika Syarikat (AS), seorang ibu bermain ayunan bersama anak laki-lakinya yang ternyata sudah meninggal dunia.
Sponsored Ad
Kisah ini bermula ketika Ji’Aire Donnell Lee, kanak-kanak kecil yang baru berusia 3 tahun ini ditemui tewas di taman La Plata, selepas bermain ayunan selama dua hari tanpa henti. Ji’Aire tidak bermain ayunan sendiri, ibunya, Romechia Simms, 24 tahun, yang mendorong ayunan itu dan tidak mahu menghentikannya.
Romechia mengalami kemurungan dan gangguan bipolar, ia mempunyai semacam “kenangan psikotik” di taman. Pada tarikh 2 Mei yang lalu, ia mengajak anak lelakinya bermain di taman La Plata, tepatnya pada pukul 11:14. Ia mendorong anaknya di buaian, dan tidak menghentikan kegiatan itu sehingga 44 jam.
Dua hari kemudian, warga tempatan mula mengesyaki apa yang sedang dilakukan Romechia dan anaknya di taman. Mereka mendekat dan melihat wanita itu mendorong anaknya yang sudah tidak bergerak. Warga kemudian melaporkan Romechia kepada pihak berwajib.
Pejabat Charles County Sheriff berkata siasatan mendedahkan bahawa dia telah mendorong anaknya di buaian sejak kedua-duanya memasuki taman 44 jam sebelum ini, kira-kira 11:15 pada tarikh 2 Mei. Kanak-kanak itu meninggal kerana dehidrasi dan hipotermia, suhu di taman pada malam hari turun menjadi 10C.
Sponsored Ad
Romechia kemudian dirawat di rumah sakit selama empat hari selepas kematian anaknya. Dia sama sekali tidak mengingat apa yang berlaku di taman dan ia tidak ingat apa yang telah diperbuatnya. Pada masa menghadiri pengebumian, Romechia terus menyanyikan lagu 「Cahaya Kecilku」 disamping suaminya, James Lee.
Walaupun begitu Romechia tidak dikenakan hukuman kerana telah menyebabkan kematian anaknya sendiri. Romechia akan dibebaskan daripada hukuman selepas laporan menunjukkan jika ia memang mengalami gangguan kejiwaan
Sungguh memilukan nasib keluarga itu. Jangan lupa like dan Share ya!
Sumber: washingtonpost
0 comments:
Post a Comment