Sepasang suami isteri di New York, Glenn Scarpelli (53 tahun) dan Patricia Colant (50 tahun) tewas selepas terjun dari tingkat 9 bangunan bertingkat 17.
Glenn dan Patricia lompat dari bangunan di mana mereka sama-sama membuka klinik Kiropraktik (klinik khusus tulang belakang). Tubuh mereka dijumpai tergeletak di tengah jalan 33rd street antara taman dan Madison Avenue di Murray Hill.
Kronologisnya, pada pukul 5:45 subuh, seseorang saksi mendengar jeritan dari atas bangunan, kemudian melihat ada 2 orang terjatuh dari langit.
Di dalam saku Glenn dijumpai sebuah surat bertaip komputer yang bertuliskan, “Kami pernah mempunyai kehidupan yang luar biasa …. Namun, kami tidak sanggup hidup dengan keadaan kewangan sekarang …”
Setelah diperiksa, ternyata Glenn berhutang pada kerajaan sekurang-kurangnya 2 bilion Rupiah lebih dan belum membayar cukai bernilai 500 juta lebih terhitung sejak tahun 2003. Diketahui juga, mereka berdua mempunyai masalah kesihatan dan tidak sanggup membayar kos rawatan yang berat.
Mereka meninggalkan 2 orang anak, Joseph (19 tahun) dan Isabella (20 tahun). Rakan kerja Glen, Adam Lamb, yang sudah bertahun-tahun kenal dengan pasangan Scarpelli mengaku sangat terkejut mereka boleh bunuh diri, meninggalkan 2 orang anak mereka. Seluruh keluarga, kerabat, teman dan sanak saudara yang mendengar berita ini pun sangat terkejut.
“Anak-anak kami ada di atas. Tolong jaga mereka.”
Ada netizen yang curiga bahawa boleh saja ini kes pembunuhan. “Aneh, masa surat wasiat pakai ditaip?” Tapi hasil penyelidikan menyatakan bahawa kes ini merupakan kes bunuh diri.
Bagaimana pun juga, mengakhiri hidup bukanlah jalan keluarnya.Fikirkanlah ahli keluarga yang ditinggalkan. Apabila boleh mengatur kewangan sejak awal dan tidak membiarkan diri terjelit hutang, perkara seperti ini tidak perlu terjadi.
Sumber: AOL
0 comments:
Post a Comment