Kebelakangan ini media sosial sering dikejutkan dengan berita kontroversi selebriti tempatan, hari ini gempar pengakuan seorang lelaki mendakwa dirinya dilempang pengasas tudung bawal popular Aidijuma, Norjuma Habib Mohamed.
Lelaki tersebut yang juga bekas pekerja Aidijuma membuat pendedahan mengejutkan itu di laman sosial Facebooknya, memuat naik status di laman sosial Facebooknya 15 jam yang lalu.
Dia yang menggunakan nama Mohd Afiq Ismail memberitahu telah dikejutkan dengan tiga berita malam tadi (Khamis).
Mohd Afiq yang mempunyai 1700 pengikut di akaun sosial FB itu turut mengajak orang ramai mengikuti Instagram (IG) @soorahayas untuk melihat sendiri videonya dilempang bekas majikannya.
Bagaimanapun, selepas Astro Gempak meninjau IG yang dimaklumkan Mohd Afiq, tiada sebarang video dimuatnaik tetapi hanya sebuah entri memohon maaf.
Pemilik IG @soorahayas memohon maaf kerana tidak sempat memuat naik video yang diperkatakan oleh Mohd Afiq dan berjanji akan mengemaskini perkembangan isu tersebut dari semasa ke semasa.
Sumber: http://ift.tt/2x4kw8B
Posted in gempak
0 comments:
Post a Comment