loading...

Wednesday 23 August 2017

TRAGEDI CINTA 3 SEGI.BILA INSP POLIS MEMBUNUH, CAMPAK KEKASIH HATI KE GAUNG HINGGA REPUT

*gambar hiasan

Kes ini cukup menggemparkan negara satu ketika dulu, ia berlaku pada 15 November 1980…ini kerana suspek kes itu adalah pegawai polis sendiri, Inspektor Saderi Abdul Samat yang ketika itu baru berusia 24 tahun.

Salbiah yang juga seorang pekerja kilang ditemui dalam keadaan hampir reput dan setelah disiasat, pihaknya mendapat tahu arwah adalah kekasih Saderi.

Tetapi ketika itu Saderi sudah pun bertunang dengan seorang wanita lain, Rubiah Tijan.
Setelah soal siasat dibuat ke atas Saderi, pegawai polis itu mengaku telah menghamilkan Salbiah namun suspek berkata, bukan dia yang membunuh mangsa sebaliknya mangsa yang membunuh diri kerana malu dengan keadaan dirinya yang telah berbadan dua.

 

Menurut Saderi, dia terkejut bila balik ke rumahnya di Mes Pegawai Polis apabila menemui mangsa yang telah tergantung dengan leher yang terjerut.

Kerana bimbang dituduh membunuh Salbiah, Saderi telah menggunakan sebilah gunting untuk memotong tali nylon yang menjerut leher Salbiah untuk menurunkan mayat kekasihnya itu.

Saderi kemudian membawa mayat itu dan diletakkan di tempat duduk penumpang depan kereta yang dipinjam daripada rakannya, Inspektor Che Ibrahim Che Muda sebelum membuang mangsa di sebuah lurah bukit.

Tetapi semasa perbicaraan di mahkamah, ahli kimia, Hoong Seng Hong, dalam keterangannya pula menyatakan adalah mustahil untuk tubuh manusia seberat lebih 45 kilogram boleh tergantung pada paku yang patah pada alang dalam bilik air berkenaan.

Katanya, ujian yang dijalankan mendapati paku terbabit patah akibat ketukan biasa dan membengkok dan bukannya akibat menggantungkan objek seberat 45 kilogram.

Menurutnya, ujian yang dilakukan mendapati paku yang diketuk pada alang terbabit tidak berupaya menahan beban dan menjadi bengkok serta merta sebaik diletakkan beban seguni pasir seberat 45 kilogram

Ujian itu membabitkan penggunaan tiga batang paku sepanjang lima sentimeter setiap satu dengan ketebalan 2.7 milimeter.

Kayu pada alang itu juga keras dan memerlukan kekuatan untuk memakunya ketika dia memaku kira-kira dua sentimeter

Daripada ujian yang saya lakukan, ianya tidak boleh berlaku. Ia tidak mungkin,” kata ahli kimia itu

Kalau seseorang mendakwa tubuh manusia seberat 45 kilogram atau lebih tergantung pada paku di alang itu, apa reaksi awak terhadap dakwaan itu?. Hoong menjawab: “Daripada ujian yang saya lakukan, ianya tidak boleh berlaku. Ia tidak mungkin.”

Akhir sekali perbicaraan, Saderi didapati bersalah dan mahkamah berpendapat teori bunuh diri itu hanya helah Saderi untuk mengelak daripada tuduhan membunuh tersebut.

Saderi akhirnya digantung sampai mati pada tahun 1984.

Menariknya kes ini, sampai ke sudah tiada saksi yang boleh dikaitkan dengan pembunuhan tersebut, tali yang dikatakan menjerut leher Salbiah juga sampai ke sudah tidak ditemui

Mahkamah hanya menjatuhkan hukuman itu berdasarkan circumstantial evidence (bukti situasi) dan keterangan post mortem yang mengatakan Salbiah mati disebabkan “strangulation and not hanging.”

Itulah sebab sedikit mengenai kes pembunuhan Salbiah ini.

Perbicaraan selama 20 hari di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang itu mendedahkan betapa pembunuhan Salbiah dirancang dengan teliti oleh Saderi dalam usahanya melindungi kecurangan kepada tunangnya, Rubiah.

Walau saderi mencuba menutup semua kesalahannya dengan mengatakan salbiah bunuh diri, namun, takdir Allah Maha menentukan segala-galanya.

apapun semoga Allah mengampuni tertuduh dan mangsa…dalam kes yang cukup menggemparkan dan sensasi hampir 37 tahun dulu!

Credit:informasi vital

0 comments:

Post a Comment

loading...