loading...

Monday 21 August 2017

PERGHHH!!! SIAPA SANGKA 6 HERO INI BERASAL DARI MALAYSIA??? APA YANG MEREKA BUAT SAMPAI 1 DUNIA KAGUM?

Artikel kali ni agak jarang ditulis oleh mana-mana blogger. Magicalips dengan rasa gembiranya akan berkongsi tentang hero kita yang jarang diperdengarkan dalam media masa dan masyarakat Malaysia sendiri.

1 Edgar Ong
Beliau lahir pada 31 Mac 1950 dan berasal dari Kuching, Sarawak. Mula menceburkan diri dalam pembikinan filem bertaraf antarabangsa sejak dari tahun 1989 bertajuk Farewell to the King. Namanya menjadi sebutan di luar Negara dan beberapa kerjasama pernah dilakukan dengan syarikat filem antarabangsa termasuklah Walt Disney.

Film Maker from Malaysia

 

 

2 James Wan (Pengarah Fast and Furious 7)
Pernah tengok filem SAW? Conjuring? Insidious? Siapa sangka pengarahnya adalah James Wan yang berasal dari Kuching Sarawak. Oh ye, Filem yang baru yang sangat dinanti-nantikan Furious 7 adalah arahan James Wan Juga. Siapa sangka James Wan adalah pengarah Fast and Furious 7 yang sememangnya tidak boleh dinafikan ianya adalah filem yang terbaik. Salute to you!

Fast and Furious

 


3 Ng Cheong Choon
Pernah tengok Loom Band Pelangi? Rasa-rasa siapa yang cipta benda ni? Ianya dicipta olehNg Cheong Choon. Ini adalah sejarah penciptaan terpenting dalam dunia Permainan. Beliau telah mencipta kekayaan dengan jumlah keseluruhan 80 Juta Pound dalam masa 3 tahun hasil dari penciptaan terhebat ini.

Ng Cheong Choon bersama anak-anak dan Isterinya – Gambar sumber thestar.

 

4 Tsai Ming-liang
Beliau juga merupakan kelahiran Kuching Sarawak yang telah menempa nama di Taiwan sebagai pembuat filem yang terkenal di sana. Tsai Ming-liang lahir 27 Oktober 1957 dan masih lagi aktif dalam pembikinan filem di Taiwan dan antarabangsa. Cuma namanya agak kurang kedengaran di Malaysia kan?

 

5 Pua Khein-Seng
Beliau merupakan orang yang mencipta USB Flash Pen Drive. Terkejut? Pua Khein-Seng berasal dari Pulau Pinang dan dibesarkan di Sekinchan Selangor. Pen Drive dicipta semasa beliau berumur 27 tahun. Sekarang umurnya dah mendekati 40. Tahniah Datuk Pua Khein-Seng.

 

6 Azim Hulaimi
Beliau merupakan salah sorang yang terlibat untuk komposisi dan VFX grafik untuk filem Seventh Son. Siapa sangka anak kelahiran Malaysia ini telah membikin efek yang gempak pada filem yang menjadi tumpuan dunia. Sebelum ini Azim juga turut terlibat dalam pembikinan filem Life of Pi.

 

 


Kalau anda ada Hero yang ingin dinyatakan, boleh lah berbuat demikian di bahagian komen. Terima kasih

0 comments:

Post a Comment

loading...