loading...

Monday 21 August 2017

Pemaisuri Johor Ziarah keluarga Arwah Aidil. Apa Yg Dibuat Oleh Pemaisuri Johor kepada Ibu Arwah Memang Buat Netizen Kagum dan Terharu !! [5 FOTO]

Perasaan kehilangan seorang anak bukan satu perkara yang mudah untuk dihadapi. Perasaan itu dikongsi DYMM Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah yang berkenan menziarahi keluarga arwah Muhammad Aidil Shazwan Abdul Karim di Skudai pada hari ini (20 Ogos).

DYMM Raja Zarith Sofiah berkenan menyampaikan sumbangan peribadi kepada ibu arwah Muhammad Aidil, Rohaya Binti Nordin, 61, di kediaman keluarga itu.

Tuanku Permaisuri tiba di kediaman keluarga itu pada jam 3 petang dengan diiringi paduka anakanda, YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim dan suaminya, Encik Dennis Muhammad Abdullah.

Pemaisuri Johor Ziarah keluarga Arwah Aidil. Apa Yg Dibuat Oleh Pemaisuri Johor kepada Ibu Arwah Memang Buat Netizen Kagum dan Terharu !! [5 FOTO]

 

Kisah arwah mencuri tumpuan rakyat Malaysia baru-baru ini.

 

DYMM Raja Zarith Sofiah sedang menenangkan ibu arwah Muhammad Aidil yang tidak dapat menahan kesedihan mengenangkan anaknya yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya baru-baru ini

Muhammad Aidil, 22, yang dijemput menjadi tetamu Istiadat Perkahwinan DiRaja pada 14 Ogos lalu maut dalam kemalangan jalan raya dua hari sebelum majlis itu berlangsung di Istana Besar Johor Bahru.

 

DYMM Raja Zarith Sofiah bersama YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah dan Encik Dennis Muhammad berkenan menziarahi kediaman keluarga arwah Muhammad Aidil di Skudai.

Kisah arwah Muhammad Aidil tular di media sosial dan mendapat perhatian netizen selepas abangnya, Rozaimy memuatnaik status mengenai adiknya yang teruja untuk menghadiri istiadat perkahwinan itu di laman Facebook miliknya.

 

Ibu arwah Muhammad Aidil tidak dapat menahan kesedihan apabila bercerita mengenai anaknya kepada DYMM Tuanku Permaisuri. Kelihatan sama adalah ayah arwah, Abdul Karim bin Hj Abdul Rahman, 68, dan abang, Rozaimy

Baginda dan pasangan DiRaja meluangkan masa kira-kira setengah jam bersama ahli keluarga arwah Muhammad Aidil dan turut menyampaikan sumbangan kepada keluarga itu.

 

Sumber : FB TheROYALJOHOR

0 comments:

Post a Comment

loading...