Alang-alang muka saya dah viral atas tiket pengkhianat kepada kerajaan Malaysia,di sini saya ingin membersihkan nama baik saya.
Individu yang bertindak menularkan gambar saya adalah seorang guru.beliau tidak berpuas hati kerana suami beliau telah di saman oleh Anggota KKM atas kesalahan MEROKOK DI MEDAN SELERA,MYDIN MALL KUALA TERENGGANU.
Beliau mendakwa bahawa tiada papan tanda larangan merokok di kawasan terbabit walhal ada 2 papan tanda di lekatkan berhampiran pengadu.(gambar ada di bawah)
Pengadu juga tidak memberikan kerjasama sewaktu penguasa KKM ingin menjalankan tugas.
Pengadu mendakwa beliau di malukan di khalayak ramai dan hak untuk beliau berlibur setelah seharian penat bekerja telah di sekat.(yang ni lawak)
Setelah wanita itu memuat naik status di laman fb beliau,saya telah masuk memberikan penjelasan. Beliau telah menghubungi saya di messenger dan telah memutarbelitkan kenyataan saya.
Beliau juga adalah admin kepada page yang telah menyiarkan gambar dan profil peribadi saya.
Penguatkuasa kesihatan memang kerja saman orang termasuklah saya dan rakan-rakan saya di seluruh Malaysia.
Penguatkuasa ni pulak ada banyak bidang tugas. Saman orang merokok,saman rumah ada pembiakan jentik-jentik,saman kedai yang kotor,saman peniaga yang tidak mendapatkan suntikan dan banyak lagi lah kalau aku nak tulis.
Tu memang dah jadi tugas kami.
Kami bukan balaci kerajaan seperti mana dakwaan masyarakat.
Kami bukan nak susahkan sesiapa.
Jika anda tidak melakukan kesalahan,anda tidak akan di saman.
Tetapi,jika anda melakukan kesalahan,tak kira lah siapa anda sekalipon,peguam ke,polis ke,cikgu ke,wakil rakyat ke,hakim ke,kami tetap saman.Tiada kompromi bagi kami.
Kami adalah manusia biasa yang mempunyai naluri serta belas ihsan.
Kami tidak lah kejam dan kami boleh bertolak ansur dengan sesiapa sahaja.
Kami yakin,polis,jpj,dan mana2 badan beruniform juga sama seperti kami.
Jika anda mengaku kesalahan anda,bercakap dengan nada yang sopan,saya yakin anda mungkin akan di lepaskan tanpa mendapat surat cinta.
Kami juga tidak mewakili mana-mana parti bila kami menjalankan tugas rasmi.
Kami adalah penjawat awam yang melaksanakan dasar-dasar kerajaan dan melaksanakan amanah yang telah rakyat berikan kepada kami.
Jika anda di saman,usahlah meroyan di facebook.
Cubalah untuk selesaikan saman tersebut dan jika anda rasa anda tidak bersalah,boleh lawan kes di mahkamah.
Di mahkamah,anda di beri pilihan untuk melantik mana-mana peguam atau membela diri.
Jangan risau,hakim itu adil dan saksama.
Tindakan menular kes di facebook,menyerang peribadi seseorang pegawai di facebook adalah salah di sisi undang-undang.
Ini mendedahkan siapa anda yang sebenarnya dan tidak mendatangkan apa-apa faedah malah mengeruhkan lagi keadaan.
Tindakan mahkamah menanti anda.
#sila baca dan fahamkan rentetan kes berdasarkan gambar di bawah.
Posting penuh boleh rujuk fb IK LOGIC.
Sekian terima kasih.






0 comments:
Post a Comment