loading...

Tuesday, 19 July 2022

15 Tempat Menarik Di Kuala Kangsar Yang Terkini

Jika Johor mempunyai Muar sebagai Bandar maharani, Kuala Kangsar merupakan Bandar Diraja dan Bandar Bersejarah di Negeri Perak.

Tahukah anda Kuala Kangsar mendapat nama melalui pokok Kuala Kangsar yang tumbuh di tebing sungai. Jarak perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Kangsar hanya mengambil masa 3 jam sahaja.

Selain itu, Kuala Kangsar merupakan tempat tumpuan pelancongan yang mempunyai pelbagai produk tempatan industri kecil dan sederhana (IKS).

Bukan Melaka sahaja yang kaya dengan tempat bersejarah, Kuala Kangsar tidak kurang hebatnya, terdapat pelbagai tempat bersejarah yang menarik boleh anda lawati.

Senarai Tempat-tempat Menarik Di Kuala Kangsar

Terdapat pelbagai tempat menarik di Kuala Kangsar yang boleh dilawati bersama keluarga. Jika anda merancang percutian yang tidak mengeluarkan banyak perbelanjaan, Kuala Kangsar adalah tempat yang paling sesuai untuk anda dan keluarga.

Berikut merupakan 15 tempat menarik di Kuala Kangsar jika anda merancang untuk datang ke sini. Merancang awal lebih elok supaya lebih tersusun waktu percutian anda. Jom baca bersama.

Muzium Diraja Kuala Kangsar (Istana Kenangan Bukit Chandan)

Muzium di Kuala Kangsar

Alamat: Istana Lama Bukit Chandan, Perak, 33000 Kuala Kangsar

Telefon: 05-777 5362

Istana Kenangan di kuala kangsar
Sumber foto: orangperak.com

Muzium ini dahulunya dikenali sebagai Istana Kenangan, Istana Lembah dan Istana Lepas. Muzium yang terletak di Bukit Chandan Perak ini dibina dengan 60 batang tiang dimana panjangnya lebih kurang 41 meter dan ruang kelebaran 11 meter.

Senibina Istana kenangan ini melambangkan melayu tradisional yang sangat cantik. Muzium Diraja Kuala Kangsar ini juga telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Sejarah pada 9 Mac 2009.

Jika anda peminat sejarah melayu lama, muzium ini wajib untuk anda lawati dan pasti membuatkan anda berada seperti di dalam Istana.

Galeri Sultan Azlan Shah

Tempat bersejarah Kuala Kangsar

Alamat: Jalan Istana, Bukit Chandan, 33000 Kuala Kangsar, Perak

Telefon: 05-777 5362

Galeri Sultan Azlan Shah
Sumber: Galeri Sultan Azlan Shah

Terletak di Bukit Chandan, Galeri Sultan Azlan Shah adalah sebuah tempat yang mempamerkan perjalanan hidup serta sejarah penting bagi almarhum DYMM Sultan Azlan Shah.

Dahulunya dikenali sebagai Istana Ulu, galeri di jalan Kuala Kangsar ini merupakan tempat yang bagus untuk dilawati bersama keluarga, ini kerana anda dapat lebih pendedahan mengenai institusi Raja Perlembangan.

Istana Iskandariah Bukit Chandan

Istana di Kuala Kangsar

Alamat: Taman Lerista, 33000 Kuala Kangsar, Perak

Telefon: 011-2607 9350

Istana Iskandariah
Sumber foto : OrangPerak.com

Istana megah ini merupakan istana rasmi tempat bersemayam raja-raja pemerintah yang pernah ditabalkan sebagai Sultan Perak. Istana Iskandariah ini terletak di atas berukuran 10435 meter persegi.

Paling menarik sekali istana di jalan Kuala Kangsar ini menghadap arah matahari naik serta pemandangannya luas ke arah Sungai Perak.

Jika di lihat senibina istana ini menyerupai senibina Islam india “Saracenic” yang diadun dengan corak senibina Asia barat.

Lihat Peta | Waktu Operasi: Setiap hari: 9am–5pm

Dataran Pavilion Kuala Kangsar

Tempat menarik untuk keluarga di Kuala Kangsar

Alamat: 33000 Kuala Kangsar, Perak

Telefon: –

Dataran Pavillion di Kuala Kangsar
Sumber foto: google map

Dibina pada tahun 1920, menara ini dahulunya digunakan oleh kerabat Diraja Perak untuk menonton perlawanan polo, bola dan ragbi. Reka bentuk bangunan di bangunan ini bercirikan elemen traditional melayu dan cina.

Terletak berhadapan Malay College Kuala Kangsar, menara ini tidak lagi beroperasi, dan dijadikan sebagai tempat bersejarah dan tarikan pelancong yang datang kesini.

Victoria Bridge

Tempat menarik untuk pasangan di Kuala Kangsar

Alamat: Kampung Kapor, 31050 Enggor, Perak

Telefon: –

Victoria Bridge
Sumber: Tripadvisor

Jambatan keretapi lama ini yang menghubungkan Perai ke Johor pada tahun 1910 ini terletak di daerah Enggor, Kuala Kangsar.

Victoria Bridge ini tidak lagi beroperasi sehingga sekarang dan telah menjadi salah satu tempat tarikan pelancong yang datang ke sini. Malah ramai pengantin yang datang ke sini untuk lokasi photoshoot perkahwinan mereka.

Jika anda datang ke sini untuk berhoney moon jangan lupa datang ke Victoria Bridge untuk mengabdikan kenangan terindah.

Kilang Kicap Tamin

Tempat menarik untuk kanak-kanak di Kuala Kangsar

Alamat: No.3955, Jalan Ipoh Batu 25, 33600, Enggor, Perak, 1, Kampung Setia, 31100 Enggor, Perak

Telefon: 05-757 6577

Kilang Kicap Tamin
Sumber: Puan Hazel Blogspot

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan Kicap jenama Tamin ini, jika anda penggemar kicap jenama ini pasti anda pernah dengar. Dengan berbekal modal sebanyak RM10 ketika waktu itu, semangat beliau untuk meneruskan pembuatan Kicap ini sangat mengagumkan.

Dengan semangat yang ad sehingga sekarang Kicap Tamin masih mendapat permintaan yang tinggi dikalangan peminatnya.

Di kilang ini, anda boleh membawa anak-anak untuk melihat penghasilan proses kicap Tamin dengan mengekalkan penggunaan tradisional. Pasti mereka teruja melihat sepanjang proses tersebut.

Lihat Peta | Waktu Operasi : Tutup Sabtu-Ahad

Galeri Arkeologi Lembah Lenggong

Tempat menarik di Lenggong

Alamat: Jabatan Muzium dan Antikuiti, Kota Tampan, 33400 Lenggong, Perak

Telefon: 05-767 9700

Galeri Arkeologi Lembah Lenggong
Sumber: Galeri Arkeologi

Jika anda peminat artifak-artifak lama, anda boleh mengunjungi Galeri Arkeologi yang terletak di Lenggong ini. Galeri ini ditubuhkan pada tahun 1999, memaparkan pelbagai artifak lama yang dijumpai di Lembah Lenggong.

Tarikan utama galeri ini semestinya Orang Perak atau Perak Man. Dikatakan Perak Man ini hidup di Lenggong sekitar 11,000 tahun dahulu. Tambahan lagi, kerangka Perak Man ini merupakan kerangka purba paling lengkap yang pernah ditemui.

Galeri ini mempunyai 2 tingkat, di mana tingkat bawah banyak mempamerkan artifak yang ditemui di Lembah Lenggong, manakala di tingkat atas lebih menumpukan mengenai Lembah Lenggong yang merupakan Tapak Warisan Dunia.

Pusat Pembangunan Kraftangan Perak

Aktiviti menarik di Kuala Kangsar

Alamat: Enggor, Perak

Telefon:

Pusat Pembangunan Kraftangan Perak
Sumber: Pusat Pembangunan Kraftangan Perak

Kuala Kangsar terkenal dengan labu sayong. Rugi rasanya jika anda datang ke sini tapi tidak membeli atau melihat proses pembuatan labu sayong ini.

Di Pusat Pembangunan Kraftangan ini anda dapat melihat pelbagai jenis dan warna labu sayong yang ada. Paling menarik, anda boleh mencuba sendiri membuat labu sayong yang menggunakan bahan tanah liat ini.

Pasti ini akan membuatkan kenangan yang cukup menarik di Kuala Kangsar.

Oldest Rubber Tree

Mercu tanda bersejarah di Kuala Kangsar

Alamat: Jalan Raja Chulan, Kampung Penaga, 33000 Kuala Kangsar, Perak

Telefon: –

Oldest Rubber Tree
Sumber: Google

Oldest Rubber Tree yang terletak di Jalan Raja Chulan ini merupakan pokok getah pertama di Tanah Melayu ketika itu. Menurut fakta sejarah, pokok getah ini adalah benih terawal daripada 11 benih yang ditanam di negara ini.

Biji getah ini di bawa dari Brazil oleh Henry Nicholas Redly pada tahun 1877. Pokok getah ini juga dikatakan adalah pokok yang hidup daripada 9 pokok getah yang asal ditanam.

Masjid Ubudiah Bukit Chandan

Masjid di Kuala Kangsar

Alamat: Jalan Istana, 33000 Kuala Kangsar, Perak

Telefon: 011-1769 6364

Masjid Ubudiah
Sumber: Flickr

Masjid Ubudiah yang terletak berhampiran dengan Istana Iskandariah ini merupakan masjid nazar oleh Sultan Idris sekiranya kesihatan baginda pulih.

Senireka yang diilhamkan oleh Mr Hubbeck ini telah menjadikan masjid Ubudiah adalah satu masjid yang mempunyai senireka yang unggul sehingga menjadi tarikan pelancong.

Bahagian-bahagian dalam dinding dan lantai masjid ini menggunakan batu marmar merah dan putih yang dibawa khas dari London. Masjid yang berbentuk oktagon ini mempunyai 4 buah menara.

Tasik Raban

Tempat menarik percuma di Kuala Kangsar

Alamat: Kampung Raban, 33030 Lenggong, Perak

Telefon: 05-751 2799

Resort Tasik Raban
Sumber: Visit Perak

Tasik Raban atau dikenali sebagai Dataran Tasik Raban terletak dalam pekan kecil Raban kira-kira 34km dari Kuala kangsar.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di Tasik Raban ialah anda boleh berkayak, berbasikal dan menaiki bot mengelilingi tasik. Jika anda kaki pancing, jangan lepaskan peluang untuk memancing di Tasik Raban. ‘

Kemudahan resort untuk menginap bagi pelancong turut ada. Resort menarik di Tasik Raban antara senarai hotel di Kuala Kangsar yang menyediakan bilik penginapan murah serta dorm yang menarik.

Selain itu, resort ini dikelilingi tumbuhan yang menghijau pasti membuatkan anda berasa tenang seketika.

Kolam Air Panas Ara Panjang

Tempat mandi di Kuala Kangsar

Alamat: 33800 Manong, Perak

Telefon: 05-776 3199

Kolam Air Panas Ara Panjang
Sumber: OrangPerak.Com

Jangan tak tahu di Kuala Kangsar juga terdapat tempat mandi-manda. Terdapat banyak kebaiakn jika kita berendam di dalam kolam air panas ini, salah satunya ialah dapat menghilangkan stress dan dapat menyembuhkan penyakit gatal kulit.

Masih lagi ramai yang tidak tahu akan tempat kolam air panas ini di Perak. Kolam air panas ini mempunyai banyak mata air dan suhunya agak tinggi berbanding di lokasi kolam air panas yang lain.

Terdapat juga tandas awam serta kemudahan lain yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri. Jangan lupa datang ke kolam air panas ini untuk menikmati kehangatan air panas.

Malay College Kuala Kangsar/ Kolej Melayu Kuala Kangsar

Tempat bersejarah di Kuala Kangsar

Alamat:  Jalan Tun Razak, 33000 Kuala Kangsar, Perak

Telefon: 05-776 1400

Malay College Kuala Kangsar
Sumber: OrangPerak

Kolej Melayu Kuala Kangsar merupakan sekolah premier lelaki di Malaysia yang terletak di pekan Kuala Kangsar Perak.

Ditubuhkan pada tahun 1905 oleh pihak British ketika itu, pada awalnya penubuhan sekolah ini untuk mendidik dan melatih golongan elit melayu terdiri daripada kerabat diraja.

Kini telah ramai anak melayu yang terpilih berpeluang untuk memasuki sekolah yang berprestij ini.

Sungai Perak

Sungai di Kuala Kangsar

Sungai Perak
Sumber: Wikipedia

Sungai Perak merupakan sungai kedua terpanjang di Malaysia selepas Sungai Pahang. Mempunyai dua cawangan iaitu Sungai Bidor dan Sungai Kinta, sungai perak adalah antara sungai terpanjang di antara negeri yang berada di sekelilingnya.

Sungai Perak sepanjang 400km yang mengalir dari Hulu Perak berpunca dari banjaran Titiwangsa hingga ke Beting Beras Basah.

Difahamkan juga terdapat kemudahan perkhidmatan bot di Sungai Perak untuk mengelilingi sepanjang sungai tersebut. Aktivit menarik ini sudah pasti menjadi lebih istimewa jika anda bawa bersama keluarga.

Pusat Kraftangan Mariwasa

Pusat kraftangan pingat di Kuala Kangsar

Alamat: Lorong Industri 1, Kawasan Perusahaan Beranang, 33000 Kuala Kangsar, Perak

Telefon: 05-776 5888

Pusat Kraftangan Mariwasa
Sumber: Tempatmenarik.my

Jika anda seorang yang berminat dengan hasil kraftangan, jangan lupa untuk singgah ke Pusat Kraftangan Mariwasa ini. Pusat kraftangan ini merupakan satunya pusat yang mengeluarkan pingat-pingat kebesaran Raja-Raja Melayu di Malaysia.

Kesemua pingat kebesaran ini berasaskan perak, emas, tembaga, dan lain-lain adalah satu hasil tangan yang bermutu tinggi.

Anda wajib singah di sini untuk melihat sendiri bagaimana pingat dan darjah kebesaran ini dibuat, pasti merupakan satu pengalaman baru untuk anda dan keluarga.

Lihat Peta | Waktu Operasi: Isnin-jumaat: 8.30am-5pm, sabtu-ahad: tutup

0 comments:

Post a Comment

loading...