Negeri Perak merupakan sebuah negeri yang dikelilingi oleh negeri Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Pahang. Selain itu, terdapat banyak tempat menarik di Perak yang turut dikenali sebagai negeri ke-2 terbesar di semenanjung Malaysia.
Bukan di Melaka sahaja yang terkenal dengan pelbagai tempat bersejarah yang menarik, malah tempat pelancongan di Perak juga sama. Misalnya, di Lenggong, Perak penemuan rangka tulang “Orang Perak” (Perak Man) membuktikan wujudnya zaman Paleolitik.
Senarai tempat-tempat menarik di Perak
Tahukan anda ibu negeri Perak ialah Ipoh dan Kuala Kangsar sebagai bandar diraja Perak?
Untuk makluman anda, bandar Perak terdiri daripada 12 daerah iaitu Kinta, Larut Matang & Selama, Manjung, Hilir Perak, Kerian, Batang Padang, Kuala Kangsar, Perak Tengah, Hulu Perak, Kampar, Muallim dan Bagan Datuk.
Pelbagai tempat best Perak untuk jalan-jalan Perak yang kaya dengan sejarah yang tersendiri yang sesuai diadakan lawatan sambil belajar untuk para pelajar. Oleh itu, apa tunggu lagi! Jom cuti cuti Perak dan lihat senarai di bawah!
Muzium Perak
Muzium tertua di semenanjung yang ada di Perak
Alamat: Jalan Taming Sari, 34000 Taiping, Perak
Telefon: 058072057
Jika anda bercuti di Perak jangan lupa untuk singgah di muzium tertua yang wujud pada tahun 1883 di semenanjung Malaysia iaitu Muzium Perak. Muzium ini terletak di bandar Taiping iaitu berdekatan Penjara Taiping yang diberikan kemasukan secara percuma.
Antara barangan yang dipamerkan ialah, bahan-bahan etnologi & antropologi, koleksi kebudayaan Melayu & orang asli, alam semulajadi, artifak dan arkeologi. Kebanyakan bahan pameran ini dikategorikan sebagai koleksi nadir iaitu berusia lebih 100 tahun.
Waktu Operasi: Setiap hari (9 pagi – 5 petang)
Galeri Sultan Azlan Shah
Galeri di Perak
Alamat: Jalan Istana, Bukit Chandan, 33000 Kuala Kangsar, Perak
Telefon: 057775362
Galeri Sultan Azlan atau dahulunya dikenali sebagai Istana Hulu merupakan bangunan yang bernilai ratusan ribuan ringgit. Galeri yang dirasmikan oleh DYMM Sultan Azlan Shah pada tahun 2003 ini terletak di dalam bandar Kuala Kangsar dan berdekatan dengan Masjid Ubudiah.
Tambahan pula, galeri ini bertujuan untuk memaparkan perjalanan hidup baginda, keluarga diraja Perak, sejarah negeri, alat-alat kebesaran dan warisan kebudayaan negeri Perak. Kemasukan adalah percuma.
Kellie’s Castle
Tempat menarik di Batu Gajah
Alamat: Kompleks Pelancongan Kellie’s Castle Lot 48436, KM 5, 5, Jalan Gopeng, 31000 Batu Gajah, Perak
Telefon: 053653381
Jika anda jalan jalan Perak ke sekitar Batu Gajah, jangan lupa singgah di rumah agam yang terkenal di sini iaitu Kellie’s Castle. Rumah agam yang terdiri daripada 3 tingkat ini mempunyai reka bentuk yang unik iaitu persis bentuk Istana Moghul di India.
Meskipun bangunan berusia 107 tahun ini tidak dapat disiapkan sepenuhya, ia acapkali menjadi lokasi penggambaran drama dan filem.
Sejarah bangunan ini mengenai hajat warga Scotland iaitu Kellie untuk membina istana untuk isterinya tidak kesampaian dek kerana meninggal dunia akibat pneumonia.
Waktu Operasi: Setiap hari (9 pagi – 5 petang)
Tanjung Tualang Tin Dredge No.5
“The City of Millionaires” di Perak
Alamat: 9th KM, Jln Tanjung Tualang, 31000 Batu Gajah
Telefon: 0149043255
Umum mengetahui bahawa Perak dahulunya dikenali sebagai “The City of Millionaires” iaitu lubuk melombong bijih timah. Pada awalnya, cara tradisional melombong bijih timah digunakan seperti mendulang dan melampan sehinggalah akhirnya diperkenalkan kapal korek.
Selanjutnya, Tanjung Tualang Tin Dredge No5 (TT5) merupakan kapal pengorek terakhir yang tinggal selepas kejatuhan harga bijih timah.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah melihat bakul pengorek, meninjau di setiap tempat kapal korek TT5, bermain permainan tradisional, fotografi, berkelah, memancing dan bermacam lagi.
Waktu Operasi: Setiap hari (9 pagi – 5.15 petang)
Lihat Peta | Facebook | Laman Web | Whatsapp
Muzium Arkeologi Lenggong
“Perak Man” di Perak
Alamat: Jabatan Muzium dan Antikuiti, Kota Tampan, 33400 Lenggong, Perak
Telefon: 05-767 9700
Muzium Arkeologi Lenggong yang terletak di Kota Tampan ini mempunyai keluasan seluas 8.16 ekar merupakan tempat pelancongan di Perak. Ia menempatkan 2 blok bangunan yang terdiri daripada 2 Galeri Pameran, Pejabat, Bilik Audio Visual, Bilik Mesyuarat dan Bilik Penyelidikan.
Di samping itu, tarikan utama di sini ialah “Perak Man” yang ditemui di Gua Gua Runtuh menandakan bahawa wujudnya penempatan awal zaman Paleolitik di sini.
Dalam pada itu, bukti penemuan serpihan batu hentaman meteorit turut menyumbang kepada Lembah Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Waktu Operasi:
- Isnin – Ahad (9 pagi – 5 petang)
- Jumaat (9 pagi – 12 tengahari) & (3 petang – 5 petang)
Kompleks Sejarah Pasir Salak
Tempat menarik di Kampung Gajah Perak
Alamat: Kompleks Sejarah Pasir Salak, 36800 Kampung Gajah, Perak
Telefon: 05-6311462
Anda cuti cuti Perak di Kampung Gajah Perak? Jangan lepaskan peluang untuk melawat ke Kompleks Sejarah Pasir Salak. Kompleks ini menempatkan kisah pahlawan-pahlawan Perak yang termasyhur seperti Dato Maharajalela dalam menentang penjajah Inggeris.
Tambahan pula, bentuk pameran yang disediakan dalam bentuk monumen, tugu, diorama 3 dimensi dan infografik. Lain daripada itu, pameran berkenaan sejarah peristiwa Pasir Salak iaitu senjata, alat-alat pengangkutan, replika rumah dan tembaga turut dipamerkan.
Harga Tiket:
- Dewasa: RM 4
- Kanak-kanak (7-12 tahun): RM 2
Waktu Operasi:
- Isnin – Khamis, Sabtu & Ahad (9.30 pagi – 5 petang)
- Jumaat (9.30 pagi – 12.15 tengahari) & (2.45 petang – 5 petang)
Muzium Beruas
Muzium Kerajaan Melayu tertua di Perak
Alamat: Jalan Besar, 32700 Beruas, Perak
Telefon: 056740160
Selanjutnya, Muzium Beruas pula berkisarkan tentang Kerajaan Melayu tertua di pesisir pantai negeri Perak iaitu kerajaan Gangga Negara dan Beruas.
Kerajaan ini wujud sejak abad ke-2 hingga abad ke-15. Selain itu, tujuan muzium ini diwujudkan adalah untuk mengumpul dan menceritakan semula tentang sejarah kerajaan tersebut.
Oleh itu, antara barang yang dipamerkan ialah peta-peta ilustrasi, nota-nota dan artifak. Kemasukan ke muzium adalah secara percuma.
Landasan Keretapi Port Weld
Tapak landasan keretapi pertama di Perak
Alamat: Jalan Taiping – Kuala Sepetang, Tebok Matang, 34750 Matang, Perak
Telefon: –
Sementara itu, tempat percutian menarik di Perak yang boleh dikunjungi adalah di bandar Port Weld iaitu Kuala Sepetang. Landasan Keretapi Port Weld merupakan tapak landasan keretapi pertama di Perak.
Ia dibina ketika zaman pemerintahan British yang bertujuan untuk membawa bijih timah dari lombong-lombong kawasan Larut, Taiping dan Matang. Tambahan pula, ketika itu sistem pengangkutan keretapi membawa kepada kepesatan bandar Taiping.
Muzium Geologi
Tempat menarik di Ipoh
Alamat: Jalan Sultan Azlan Shah, 30820 Ipoh, Perak
Telefon: 055406000
Sekiranya anda berkunjung ke Ipoh, jangan lupa untuk singgah ke muzium yang wujud pada tahun 1957 iaitu Muzium Geologi. Meskipun, saiz muzium ini agak kecil namun ia mampu menempatkan pelbagai informasi untuk tatapan pengunjung.
Selain itu, muzium ini terbahagi kepada beberapi galeri utama yang menempatkan pelbagai bahan geologi seperti fosil, batu permata, mineral dan sebagainya.
Lain daripada itu, replika dinasour T-Rex bergerak, teknologi kapal korek, kaedah melombong bijih timah seperti kaedah lombong dedah dan mendulang turut dipamerkan di sini. Kemasukan ke muzium ini adalah secara percuma.
Waktu Operasi:
- Isnin – Khamis (9 pagi – 12 tengahari) & (2.30 petang – 4.30 petang)
- Jumaat (9 pagi – 12 tengahari) & (3 petang – 4.30 petang)
Muzium Diraja Kuala Kangsar
Muzium Diraja di Perak
Alamat: Istana Lama Bukit Chandan, Perak, 33000 Kuala Kangsar
Telefon: 057775362
Kuala Kangsar sememangnya terkenal sebagai Bandar Diraja di bandar Perak ini. Jemput singgah di Muzium Diraja Kuala Kangsar yang dahulunya dikenali sebagai Istana Kenangan, Istana Lembah dan Istana Tepas.
Selain itu, reka bentuk bangunan melambangkan senibina Melayu tradisional iaitu menggunakan kayu keras, dinding tepas dan kayu papan sebagai atap. Tambahan pula, warna dinding yang digunakan melambangkan negeri Perak iaitu kuning, hitam dan putih.
Selanjutnya, bangunan yang dikatakan seperti sebilah pedang yang berada di dalam sarung ini terdiri daripada 2 bahagian iaitu singgahsana di atas dan pejabat rasmi Baginda di bawah. Kemasukan ke muzium adalah percuma.
Waktu operasi:
- Isnin – Khamis, Sabtu & Ahad, Kelepasan Am (9.30 pagi – 5 petang)
- Jumaat (9.30 pagi – 12.15 tengahari) & (2.45 petang – 5 petang)
Zoo Taiping
Zoo di Perak
Alamat: Jalan Taman Tasik Taiping, Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping, Perak
Zoo Taiping atau turut dikenali sebagai Taman Mergastua Sultan Idris Shah merupakan tempat bercuti di Perak yang sesuai untuk seisi keluarga. Ia terletak di Taman Tasik Taiping dan berhampiran kaki Bukit Larut menambahkan lagi keindahan di dalam alam semulajadi.
Tambahan pula, zoo terbesar di bandar Perak ini menempatkan lebih 1200 hidupan liar dan 140 spesies diimport dari dalam dan luar negara. Antaranya ialah, Gajah, Badak Air, Zirafah, Siamang dan banyak lagi.
Waktu Operasi: Sepanjang tahun (8.30 pagi – 6 petang)
Lihat Peta | Facebook | Instagram | Laman Web
Night Safari Zoo Taiping
Tempat menarik waktu malam di Perak
Alamat:Jalan Taman Tasik Taiping, Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping, Perak
Anda berada di bandar Perak dan mencari tempat menarik Perak pada waktu malam? Jom ke Night Safari Zoo Taiping dan alaminya sendiri pengalaman melihat binatang buas pada waktu malam dengan menaiki tram.
Selain itu, Night Safari ini merupakan Night Safari pertama di Malaysia. Tambahan pula, tempat ini menunjukkan haiwan-haiwan yang aktif pada waktu malam dengan menggunakan lampu-lampu khas seakan-akan cahaya bulan.
Namun diingatkan bahawa pengunjung tidak dibenarkan membuat bunyi bising dan menghidupkan flash kamera yang boleh menganggu ketenteraman binatang-binatang.
Waktu operasi: Sepanjang tahun (8 malam – 10 malam)
Lihat Peta | Facebook | Instagram | Laman Web
Eco Park Bandar Seri Botani
Taman di Perak
Alamat:Eco Park Bandar Seri Botani, 31350 Ipoh, Perak
Telefon: –
Jom jalan jalan Perak di Eco Park Bandar Seri Botani yang merupakan taman tema berasaskan alam semulajadi. Selain itu, taman seluas 3 ekar ini terdiri daripada 3 bahagian iaitu Nature Trail, Reptile Park dan Tropical Trek.
Di samping itu, taman yang terletak di Simpang Pulai ini mempunyai tasik yang terdiri daripada pelbagai spesies ikan seperti keli dan talapia.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah memberi makan ikan di tasik, berjoging, berkelah dan bermacam lagi. Kemasukan adalah secara percuma.
Pulau Orang Utan
Tempat menarik di Semanggol
Alamat: A197, 34400 Simpang Empat Semanggol, Perak
Telefon: 058908110
Umum mengetahui bahawa, Orang Utan sememangnya terkenal di kepulauan Borneo khususnya di negeri Sabah. Namun begitu, di Semenanjung ada juga menempatkan habitat Orang Utan di Pulau Orang Utan, Semanggol.
Di samping itu, tempat best Perak ini menempatkan lebih 20 ekor orang utan pelbagai peringkat umur. Pengunjung perlu menaiki bot sejauh 15 minit untuk merentasi Tasik Bukit Merah ke Pulau Orang Utan ini.
Dengan ini, pengunjung dapat melihat secara depan mata aktiviti harian mereka melalui terowong sangkar besi sepanjang 100 meter. Menarik bukan!
Waktu Operasi: Setiap hari (9 pagi – 4 petang)
Burung Enggang di Pasir Bogak
Aktiviti memberi burung makan di Perak
Alamat: Lot 4461, Teluk Nipah, Pulau Pangkor, Perak
Telefon: –
Jika anda bercuti di Perak ke Pulau Pangkor, jangan lupa untuk singgah Burung Enggang di Pasir Bogak. Hal ini kerana, bukan senang nak jumpa spesies burung yang biasa dijumpai di kepulauan Borneo ada di kawasan semenanjung ini.
Tempat melihat burung ini terletak berhadapan Sunset View Chalet, Teluk Nipah dan burung enggang ini dimiliki oleh pemilik chalet ini sendiri.
Pengunjung boleh menikmati sendiri pengalaman memberi makan kepada burung Enggang secara percuma pada setiap jam 6.30 petang.
Lost World Petting Zoo
Tempat menarik untuk kanak-kanak di Perak
Alamat:1, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh, 31150 Ipoh, Perak
Telefon: 055428888
Alami percutian menarik di Perak bersama anak-anak di Lost World Petting Zoo yang terletak di dalam Lost World of Tambun.
Sementara itu, tempat ini dapat mendedahkan kanak-kanak tentang haiwan-haiwan menarik di sini, habitat mereka dan berinteraksi dengan mereka secara lebih dekat.
Di samping itu, terdapat 4000 haiwan daripada 55 spesies yang ditempatkan di sini seperti burung, rakun, kura-kura gergasi, dan banyak lagi. Jadikan ia percutian menarik di Perak yang seronok bersama anak-anak anda!
Waktu Operasi:
- Rabu – Jumaat (11 pagi – 11 malam)
- Sabtu – Ahad (10 pagi – 11 malam)
Lihat Peta | Facebook | Instagram | Laman Web
Tiger Valley
Harimau Siberia di Perak
Alamat:1, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh, 31150 Ipoh, Perak
Telefon: 055428888
Jika anda sudah menjejakkan kaki ke Lost World of Tambun, jangan lupa untuk ke tarikan utama di sini iaitu Tiger Valley.
Kawasan ini menempatkan harimau spesies Siberia yang dikatakan sebagai harimau terbesar dalam kalangan spesies harimau yang ada di dunia. Menarik bukan?
Dalam pada itu, harimau Siberia berwarna merah-berkarat atau kuning karat dengan jalur melintang hitam yang sempit. Jadi apa tunggu lagi, jangan lepaskan peluang keemasan apabila sudah tiba di sini!
Lihat Peta | Facebook | Instagram | Laman Web
Taiping Equine Park
Tempat menarik untuk menunggang kuda di Perak
Alamat: Jln. Bukit Larut, 34000 Taiping, Perak
Telefon: –
Anda suka menunggang kuda? Jom ke tempat best Perak di Taiping Equine Park!
Ia merupakan sebuah tempat menunggang kuda yang sesuai dihadiri oleh semua golongan umur. Dalam pada itu, pengunjung tidak perlu risau jika baru berjinak-jinak dalam aktiviti ini.
Hal ini kerana, terdapat staf profesional yang boleh membantu pengunjung menunggang kuda dengan mudah. Oleh itu, keseronokannya memang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata!
Sunway Lost World Hotel
Hotel di Perak
Alamat:1, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh, 31150 Ipoh, Perak
Telefon: 055428888
Alami sendiri tempat percutian menarik di Perak di Sunway Lost World Hotel yang sesuai untuk menganjurkan hari keluarga mahupun team building dan sebagainya.
Hotel bertaraf 3 bintang ini terletak di dalam Lost World of Tambun dan merupakan satu-satunya hotel di Malaysia dengan akses ke Night Park secara percuma. Di samping itu, hotel menarik Perak ini sangat unik kerana dikelilingi oleh bukit batu kapur.
Tambahan pula, 7 jenis bilik yang ditawarkan seperti super suite, family suite, executive suite, premiere suite, deluxe room, classical room dan exotic room.
Antara tarikan menarik di kawasan hotel ini ialah Tiger Valley, Lost World Petting Zoo, Tin Valley, Amusement Park, Adventure Park dan Hot Spring & Spa.
Lihat Peta | Facebook | Instagram | Laman Web
Funtasy House Trick Art
Tempat bergambar menarik di Perak
Alamat:16, Jalan Market, 30000 Ipoh, Perak
Telefon: 052550007
Mencari tempat best Perak? Jom kunjungi Fantasy House Trick Art. Sememangnya menyeronokkan! Pastikan anda tidak lupa untuk membawa kamera bagi merakamkan gambar-gambar menarik di lukisan 2D dan 3D yang menghiasi setiap ruang di dalam muzium ini.
Di samping itu, gambaran lukisan 2D dan 3D amat unik sekali kerana lukisan yang ditampilkan pada setiap ruang memberikan pelbagai ilusi berbeza.
Antara bentuk ilusi yang dipamerkan seperti seakan-akan rumah terbalik, menampakkan pengunjung bersaiz kecil dan besar, menampakkan pengunjung seolah-olah terjatuh ke dalam sesuatu dan bermacam ilusi yang menarik.
Waktu Operasi: Khamis – Selasa (9 pagi – 6 petang)
Lihat Peta | Facebook | Instagram | Laman Web
Bukit Merah Lake Town Waterpark
Waterpark di Perak
Alamat: Jalan Bukit Merah, Kampung Kubu Gajah, 33400 Simpang Empat Semanggol, Perak
Telefon: 058908888
Jom ke percutian bajet di Perak di sebuah taman tema air yang terletak di Bukit Merah Lake Town Waterpark.
Taman ini menempatkan pelbagai tarikan menarik seperti racer slides, family splash adventure, sandy beachfront wave pool, lazy river dan kids adventure. Tambahan pula, setiap tempat yang disediakan sesuai untuk golongan kanak-kanak mahupun dewasa.
Selanjutnya, kemudahan yang disediakan di taman ini ialah bilik mandi, surau yang selesa, bilik bayi, serta pondok hut dan cabana yang boleh disewa untuk kegunaan pengunjung.
Waktu Operasi:
- Isnin, Rabu & Khamis (11 pagi – 6 petang)
- Jumaat – Ahad (10 pagi – 6 petang)
Masjid Ubudiah
Masjid Diraja di Perak
Alamat: Jalan Istana, 33000 Kuala Kangsar, Perak
Telefon: –
Jika anda berada di sekitar Kuala Kangsar atau berada di Galeri Sultan Perak, jangan lupa untuk singgah di Masjid Ubudiah.
Masjid tercantik di Perak ini didirikan di atas titah Sultan Perak ke-28 iaitu Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I sebagai nazar baginda pulih daripada penyakit pada tahun 1907.
Di samping itu, masjid ini menerapkan seni bina Islam dengan bahagian lantai menggunakan marmar merah yang diimport dari Itali dan London, 4 buah menara berketinggian 126 kaki dan dikelilingi kubah.
Waktu Operasi: Sabtu–khamis (9 pagi – 12 tengahari) & (3 petang – 4 petang) & (5.30 petang – 6 petang)
Lihat Peta | Laman Web | Whatsapp
Air Terjun Ulu Kenas
Air terjun di Perak
Alamat:Air Terjun Ulus Kenas, 33000 Kuala Kangsar, Perak
Telefon: –
Tidak dinafikan bahawa kawasan air terjun merupakan tempat awam popular dalam kalangan pengunjung terutama di hujung minggu. Air Terjun Ulu Kenas merupakan tempat bercuti di Perak yang sesuai untuk bermandi-manda dan berkelah serta menenangkan fikiran.
Di samping itu, air terjun yang terkenal di Perak ini terletak kira-kira 13 kilometer dari bandar Kuala Kangsar. Selanjutnya, lokasinya yang tidak terlalu jauh ke kawasan pedalaman membolehkan pengunjung membawa masuk kenderaan.
Tambahan pula, di kawasan air terjun ini juga sesuai sebagai tempat camping di Perak. Di mana terdapat kemudahan lain yang disediakan seperti dewan, tandas dan sebagainya. Oleh itu, bagi anda yang inginkan tempat menarik bawa anak di Perak, di sini merupakan lokasi yang sesuai.
Gua Tempurung
Gua di Perak
Alamat: Pusat Pelancongan Gua Tempurung, 31600 Gopeng, Perak
Telefon: –
Bukan hanya di Kepulauan Borneo sahaja yang ada gua batu kapur malah di semenanjung juga terdapat gua batu kapur iaitu di Gua Tempurung di bandar Perak.
Jom bercuti ke tempat menarik Gopeng yang sememangnya mudah untuk terokai berbanding gua-gua di Sabah dan Sarawak.
Selain itu, keunikan gua ini ialah terdapat pelbagai ukiran yang dikatakan telah wujud pada abad sebelum Masihi seperti tempurung kelapa dan ukiran gergasi. Tambahan pula, terdapat beberapa pakej lawatan dan kemudahan asas yang disediakan di sini.
Lihat Peta | Laman Web | Whatsapp
Pulau Pangkor
Pulau di Perak
Alamat: Pulau Pangkor, Perak
Telefon: –
Sebut sahaja bandar Perak pasti akan terbayang di minda anda Pulau Pangkor bukan? Seperti sedia maklum, pulau bebas cukai ini sememangnya terkenal sebagai tempat bercuti di Perak yang paling menarik.
Terlebih dahulu, pengunjung perlu menuju ke Jeti Lumut sebelum sampai ke Pulau Pangkor. Tidak dapat disangkal lagi kecantikan pantainya cukup terjaga dengan kejernihan air dan kehalusan pasir pantai, serta pemandangan yang sungguh mempesona.
Selain itu, Pulau Pangkor juga menempatkan tempat bersejarah seperti Kota Belanda. Selanjutnya, aktiviti yang boleh dilakukan di sini seperti snorkeling, banana boat, scuba diving dan banyak lagi.
Menara Condong Teluk Intan
Tempat menarik di Teluk Intan
Alamat: Lot 1&2, Komplex Menara Condong, Jalan Bandar, Pekan Teluk Intan, 36000 Teluk Intan, Perak
Telefon: –
Jika berada di Teluk Intan maka tidak lengkap la jika tidak ke menara yang berusia lebih kurang 100 tahun ini iaitu Menara Condong Teluk Intan. Bangunan ikonik ini ialah mercu tanda di Teluk Intan yang dahulunya merupakan takungan air dan sebagai menara jam.
Namun begitu, sehingga kini menara ini tidak lagi mampu menampung air tetapi hanya jam sahaja yang berbunyi setiap 15 minit. Selain itu, ia memiliki 110 anak tangga yang agak curam dengan ketinggian 85 kaki.
Selanjutnya, di sekitar menara condong ini terutama Sabtu dan Ahad dipenuhi dengan deretan pasar malam yang boleh anda kunjungi.
Waktu Operasi:
- Isnin – Jumaat (8 pagi – 5 petang)
- Sabtu – Ahad (9 pagi – 6 petang)
Teratak Bernam Riverview
Tempat menarik di Tanjung Malim
Alamat: Taman Universiti, 35900 Tanjong Malim, Perak
Jika anda berada di sekitar Tanjung Malim, anda boleh cuti cuti Perak di Teratak Bernam Riverview yang terdapat di sini. Menariknya lokasi ini ialah ia dipisahkan dengan Sungai Bernam yang umum dikenali sebagai sempadan antara negeri Perak dan Selangor.
Selain itu, lokasi ini sesuai sebagai tempat camping di Perak, tempat mandi di Perak mahupun aktiviti-aktiviti lasak yang lain. Tambahan pula, chalet tepi sungai Tanjung Malim ini sesuai untuk menganjurkan kem motivasi, team building dan family day.
Jika anda bercadang untuk membuat family day, bolehlah memilih destinasi ideal ini.
Lihat Peta | Laman Web | Whatsapp
Tasik Temenggor
Tasik di Perak
Alamat: Tasik Temenggor, 33300, Perak
Telefon: –
Tasik Temenggor lazimnya dikenali sebagai tasik buatan kedua terbesar seperti Tasik Kenyir di Terengganu yang mempunyai pelbagai kegunaan. Di samping itu, tasik yang terletak sejauh 200 kilometer dari Ipoh ini mempunyai 3 zon iaitu Zon Pemuliharaan, Zon Memancing dan Zon Komersial.
Tambahan pula, tasik ini merupakan tempat tumpuan kepada kaki pancing untuk memancing. Pelbagai ikan yang boleh didapati di sini seperti ikan kelah, baung, lampam dan lain-lain.
Seterusnya, di sini merupakan percutian bajet di Perak yang menarik kerana terdapat rumah bot yang disediakan. Selain itu, Tasik Temenggor dengan keluasan 150 kilometer persegi ini sesuai untuk aktiviti berkayak dan bermandi-manda.
Kawasan Perkelahan Kampung Sungai Bil
Tempat menarik di Slim River
Alamat: Unnamed Rd, 35900, Kampung Sungai Bil, 35900 Slim River, Perak
Telefon: –
Bagi anda yang ingin bercuti di Perak di kawasan Slim River, Kawasan Perkelahan Kampung Sungai Bil merupakan lokasi ideal.
Selain itu, untuk sampai ke sini pengunjung perlu menempuhi beberapa kawasan perkampungan seperti Kampung Behrang Ulu, Kampung Sungai Dara dan Kampung Sungai.
Meskipun kawasannya terletak agak pedalaman namun keindahan semulajadi flora dan fauna serta kesejukan air sungainya sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.
Pengunjung juga boleh melakukan aktiviti meredah hutan, berkhemah, memancing dan berkelah. Apa yang menariknya, rumah rehat pun ada!
Lihat Peta | Waktu Operasi: Setiap hari (8 pagi – 7 malam)
Denai Kabus Agro Farm
Tempat menarik di Gerik
Alamat: Jalan Gunung Kenderong, Kampung Pahat, 33300 Gerik, Perak
Telefon: –
Denai Kabus merupakan tempat pelancongan di Perak yang menarik untuk anda kunjungi. Ia berkonsepkan agro pelancongan yang sesuai untuk mereka yang ingin bebas sementara dari hiruk-pikuk kota.
Tambahan pula, dengan berlatar belakangan bukit-bukau serta bunyi siulan burung-burung pasti mendamaikan jiwa ala-ala di Kundasang. Sementara itu, ia dinamakan Denai Kabus disebabkan persekitarannya yang sejuk dengan kabus tebal.
Selain mempunyai resort yang menarik turut disertai pelbagai aktiviti Denai Kabus terbaik seperti berkhemah, memancing, berkayak, atv, menunggang kuda, flying fox, wall climbing dan banyak lagi. Pasti seronok!
Lihat Peta | Facebook | Laman Web | Whatsapp
Sungai Perak
Sungai di Perak
Alamat: Sungai Perak, Perak
Telefon: –
Sungai Perak merupakan sungai yang ke-2 terpanjang di semenanjung selepas sungai Pahang iaitu sekitar 400 kilometer. Ia berpunca daripada Banjaran Titiwangsa dan telah menyumbang selama beratus tahun terhadap penempatan awal manusia zaman prasejarah.
Selain itu, kawasan perlombongan bijih timah iaitu Sungai Bidor dan Sungai Kinta merupakan cawangan daripada Sungai Perak sekitar tahun 1850-1980.
Tambahan pula, terdapat 4 empangan hidroelektrik yang ada di sungai Perak seperti Empangan Bersia, Empangan Kenering, Empangan Chenderoh dan Empangan Temenggor.
0 comments:
Post a Comment