Cherating Pahang merupakan sebuah pusat peranginan yang tidak asing lagi sebagai destinasi percutian pengunjung. Selain itu, banyak tempat menarik di Cherating iaitu bandar pantai yang terbaik untuk pengunjung melakukan aktiviti pantai.
Cherating Pahang terletak di dalam bandar Kuantan dan berhampiran dengan bandar Kemaman dan Chukai di Terengganu.
Di samping itu, Cherating Kuantan mempunyai pilihan penginapan yang terbaik seperti resort Club Med Cherating yang merupakan resort pertama di Asia.
Senarai tempat menarik di Cherating
Berikut telah disenaraikan 19 tempat menarik Cherating yang terbaik untuk pilihan pengunjung.
Tambahan pula, lokasi menarik yang berdekatan dengan Cherating seperti bandar Chukai dan Kemaman turut disediakan di sini.
Rimbun Dahan Turtle Hatchery
Tempat menarik untuk kanak kanak di Cherating
Alamat: Jalan Pantai Chendor, Jln Kuantan – Kemaman, Kg Chendor, 26080 Balok, Pahang
Telefon: –
Di Cherating Pahang, terdapat 2 pusat pemuliharaan dan penetasan penyu yang terkenal sebagai tempat best di Cherating. Pusat tersebut ialah Rimbun Dahan Turtle Hatchery dan Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Cherating.
Bagi Rimbun Dahan Turtle Hatchery, diasaskan dan diusahakan oleh Ariffin bin Hassan (paksu) sejak 2013. Setelah beliau meninggal dunia pada tahun 2018, pusat ini dijaga oleh keluarganya.
Selain itu, tempat best di Cherating ini sesuai untuk kanak-kanak kerana mereka dapat melihat sendiri haiwan yang hampir diancam kepupusan ini dengan lebih dekat.
Alami pengalaman memegang anak penyu, melihat anak-anak penyu dilepaskan ke laut dan pelbagai informasi penting dalam penjagaan penyu merupakan memori indah bersama anak-anak anda.
Waktu operasi: Setiap hari (5 petang – 7 malam)
Lihat Peta | Facebook | Whatsapp
Kam’s Surf Shack
Tempat menarik untuk remaja di Cherating
Alamat: Cherating Lama, 26080 Kuantan, Pahang
Telefon: 09-5819134
Anda remaja yang suka akan aktiviti pantai? Alami sendiri aktiviti pantai untuk remaja di Kam’s Surf Shack di Cherating Kuantan.
Pelbagai aktiviti pantai yang lasak yang terdapat di sini iaitu kite surfing, wind surfing, x-sailing, kayak dan surfing. Pasti menyeronokkan bukan?
Di samping itu, waktu yang sesuai untuk berkunjung ke sini ialah pada musim tengkujuh iaitu Disember hingga Januari. Ekoran daripada ombak dan angin lebih kuat menyesuaikan aktiviti ini dijalankan.
Waktu operasi: Khamis – Selasa (9 pagi – 10 malam)
Lihat Peta | Facebook | Laman Web
Intan Seafood Restaurant
Tempat makan sedap di Cherating
Alamat: LOT 995, Cherating, 26080 Balok, Pahang
Telefon: –
Tidak lengkap lah jalan ke sana ke sini tanpa singgah ke restoran untuk makan di Cherating Pahang ini.
Intan Seafood Restaurant merupakan restoran yang menyajikan makanan utamanya berasaskan makanan laut yang segar. Antara masakan yang menjadi tarikan pengunjung di restoran ini ialah masak butter, celup tepung, masakan steam dan masakan tiga rasa.
Tambahan pula, jangan lupa untuk pekena hidangan bersama teh tarik yang terdapat di sini. Memang terbaik!
Waktu operasi: Rabu – Isnin (2 petang – 10 malam)
Lihat Peta | Facebook | Instagram | Whatsapp
Ombok Cherating Surf Café
Kafe di Cherating
Alamat: No 1006-1 , Kedai Jalan Kemaman, Jalan Kampung Cherating Lama, 26080 Kuantan, Pahang
Telefon: 09-5819488
Ombok Cherating Surf Café yang beroperasi sejak 2011 ini bukan sahaja merupakan sebuah kafe, malah turut menjual peralatan surfing.
Jika anda ingin mencari peralatan surfing sambil mencari tempat makan yang best, di sini merupakan lokasi ideal untuk anda. Tambahan pula, perkhidmatan kelas surfing turut terdapat di sini juga tau!
Dalam pada itu, kafe yang mempunyai dekorasi dinding yang cantik ini menyediakan pelbagai menu barat yang enak. Antaranya ialah roti bakar tuna berkeju, salad avocado, mango cheese cake dan banyak lagi yang dijamin tidak mengecewakan anda.
Tidak lupa juga untuk minuman, beraneka minuman yang disediakan seperti pelbagai jenis kopi dan smoothie.
Waktu operasi: Rabu – Ahad (10 pagi – 5 petang)
Lihat Peta | Facebook | Instagram
Restoran Sri Jembal
Tempat menarik waktu malam di Cherating
Alamat: 1/1246, kg Chengal Lempong, Kampung Cengal Lempung, 26100 Kuantan, Pahang
Telefon: –
Bagi anda yang menginap di Dhe Rhu Resort dan mencari tempat makan di sekitar resort, Restoran Sri Jembal merupakan lokasi yang sesuai untuk mengisi kekosongan perut anda. Ia merupakan sebuah restoran yang terkenal di Cherating Kuantan.
Di samping itu, restoran ini menyajikan pelbagai hidangan yang enak seperti ikan bakar, nasi kukus, nasi goreng USA, sup rusa dan banyak lagi. Sememangnya amat menyelerakan dengan harga yang berpatutan.
Lain daripada itu, dengan ruangan restorannya yang luas ia mampu menyediakan kawasan parkir kenderaan yang banyak. Jadi pengunjung tidak perlu risau untuk mencari tempat parkir.
Waktu operasi:
- Isnin (6 pagi – 12 malam)
- Selasa – Jumaat (5 petang – 11 malam)
- Sabtu (5 petang – 12 malam)
- Ahad (5 petang – 10 malam)
Lihat Peta | Facebook | Whatsapp
Hafiz’s Cherating Activities
Tempat menarik untuk keluarga di Cherating
Alamat: 7/ 1156,Cherating Lama,, 26080 Kuantan, Pahang
Telefon: –
Mencari tempat menarik untuk family day di Cherating? Ayuh, ke Hafiz’s Cherating Activities. Ia menawarkan pelbagai aktiviti menarik mengikut musim yang dijamin merupakan pengalaman yang amat menyeronokkan.
Aktiviti yang ditawarkan ialah menelusuri sungai dengan menaiki bot untuk menyaksikan pokok-pokok bakau serta hidupan-hidupan liar dan berkayak di sungai. Selain itu, menerokai keindahan alam semulajadi dengan menaiki atv dan program menanam pokok bakau.
Pada sebelah malam pula, terdapat aktiviti melihat kelip-kelip dan melihat penetasan dan pelepasan penyu di tepi pantai. Menarik bukan?
Lihat Peta | Laman Web | Whatsapp
Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Cherating
Aktiviti percuma di Cherating
Alamat: KM 45, Jln Kuantan – Kemaman, Bukit Cherating, 26080 Kuantan, Pahang
Telefon: 09-5819087
Umum mengetahui bahawa, negeri Terengganu sememangnya terkenal dengan penyu tetapi di Cherating Pahang juga terdapat tempat penetasan dan pemuliharaan penyu yang boleh anda kunjungi.
Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Cherating terletak berhadapan dengan pintu masuk resort yang terkenal di Cherating Kuantan iaitu Club Med Cherating Beach Resort. Terdapat galeri-galeri informasi berkaitan penyu yang dipaparkan di sini serta pelbagai spesies penyu dari kecil hingga besar.
Dalam pada itu, leatherback turtle, green turtle, Hawks-bill turtle dan Olive Ridley turtle merupakan spesies penyu yang ditempatkan di sini. Kemasukan ke kawasan ini adalah secara percuma.
Lihat Peta | Waktu operasi: Selasa – Ahad (9.30 pagi – 4.30 petang)
Limbong Art
Tempat menarik untuk pasangan di Cherating
Alamat: Kampung Cherating, 26080 Balok, Pahang
Telefon: 09-5819134
Mencari tempat menarik Cherating Kuantan bersama pasangan? Jom ke tempat penghasilan corak batik yang cantik di Limbong Art.
Meskipun kawasan ini bukanlah tempat aktiviti pantai namun pengunjung dapat meluangkan masa bersama pasangan dengan mencanting batik sendiri bersama-sama.
Untuk mencanting batik pengunjung perlu membeli kain kosong yang terdiri daripada pelbagai saiz yang dijual di sini terlebih dahulu.
Kemudian, pengunjung boleh mencanting sepuas hati di atas kain kosong yang dipilih. Barangan dengan bercorak batik turut dijual di sini seperti pakaian, topi, skaf, kraftangan dan lain-lain.
Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi – 10 malam)
Club Med Cherating
Resort di Cherating
Alamat: Hvom 29th miles Jalan Kuantan -Kemaman Pahang Darul Makmur, Jalan Kuantan Sungai Lembing, 26080 Kuantan, Pahang
Telefon: 09-5819133
Club Med Cherating semestinya resort yang paling dikenali dalam kalangan pengunjung yang bercuti ke Cherating Kuantan.
Resort yang telah bertapak lebih 40 tahun ini terletak di pesisir Laut China Selatan dan dikelilingi kehijauan hutan semulajadi.
Selain itu, resort tepi pantai ini mempunyai 300 bilik dan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak untuk ibu-bapa yang ingin merehatkan minda mereka.
Di samping itu aktiviti memanah, berlayar, treetop adventure, rock climbing, berkayak dan yoga merupakan aktiviti yang disediakan oleh pihak resort Cherating ini.
Pantai Chendor
Pantai di Cherating
Alamat: Pantai Chendor, 24000 Chukai, Terengganu
Telefon: –
Pantai Chendor yang terletak di antara Terengganu dan Pahang merupakan pantai di Cherating Pahang yang wajib dikunjungi. Hal ini kerana, pantai ini amat cantik dengan keindahan pasir pantai yang putih dan halus serta bayu laut yang menenangkan.
Selain itu, pengunjung boleh menikmati makanan yang dijual berhampiran pantai Cherating ini dan berkelah sambil menyaksikan panorama matahari terbenam serta bot-bot nelayan yang sedang berlabuh.
Tambahan pula, pengunjung berpeluang untuk menyaksikan penyu bertelur jika pengunjung datang pada waktu yang sesuai iaitu di antara bulan April hingga September.
Lihat Peta | Waktu operasi: –
Rumah Jambi
Tempat bersejarah di Chukai
Alamat: Kampung Pasir Gajah, 24000 Chukai, Terengganu
Telefon: –
Bercuti di Cherating Kuantan mempunyai kelebihannya kerana pengunjung berpeluang bercuti ke 2 negeri sekaligus. Rumah Jambi merupakan rumah bersejarah di Chukai yang dibina sekitar 90 tahun yang lalu.
Selain itu, ia dibina oleh Engku Mahmud Tengku Abu Bakar iaitu seorang ketua pelayaran yang berketurunan raja Jambi. Rumah klasik ini adalah lain dari yang lain kerana ia berkonsepkan seni bina Islam, Melayu Johor, Inggeris dan Melayu Terengganu.
Di samping itu, seni bina bumbung yang berbentuk nanas dan kerbau diambil dari gaya tradisional diraja Jambi. Ketua pelayaran itu turut membina Masjid Jambi yang terletak berdekatan dengan Rumah Jambi.
Lihat Peta | Whatsapp | Waktu operasi: 24 jam
Bukit Mak Dayang
Aktiviti outdoor menarik di Cherating
Alamat: Kampung Kubang Kurus, 24000 Chukai, Terengganu
Telefon: –
Bukit Mak Dayang semestinya menjadi tumpuan pengunjung di Terengganu untuk tujuan hiking.
Di samping itu, bukit yang berketinggian kira-kira 1000 meter ini mempunyai 450 anak tangga yang perlu didaki. Kemudian, setibanya 450 anak tangga, perjalanan menunju ke puncak hanya melalui laluan yang telah ditetapkan di dalam peta.
Selain itu, bukit ini turut tersimpan beberapa lokasi menarik seperti air terjun mini, tembok mini, telaga tahun ratusan, mak dayang dan Rumah D’Kramat.
Pengunjung boleh mendaki di sebelah pagi dan petang untuk menyaksikan pemandangan sekitar kawasan Chukai pada waktu matahari terbit dan terbenam.
Warung Aziz Satar
Tempat makan best di Cherating
Alamat: Jalan Kuala Kemaman – Bangsal Ikan, Kampung Geliga Cik Akob, 24000 Chukai, Terengganu
Telefon: –
Mencari tempat makan best berdekatan Cherating? Jom singgah ke Warung Aziz Satar yang sememangnya tidak akan mengecewakan anda.
Warung yang lazimnya menjadi tumpuan pengunjung ini menawarkan harga makanan dan minuman yang amat berpatutan. Contohnya, satar ikan makanan tradisonal Terengganu yang enak pun dijual di sini.
Bukan setakat itu sahaja, menu lain seperti coconut shake, ketam bakar, sotong goreng, udang galah, pulut panggang, dan laksa turut dijual di sini.
Sememangnya mampu mengisi kekosongan perut anda!
Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 7 malam)
Lihat Peta | Facebook | Instagram | Whatsapp
Padang Astaka Chukai
Pasar di Cherating
Alamat: Kampung Gong Limau, 24000 Chukai, Terengganu
Telefon: –
Padang Astaka merupakan lokasi keramaian yang tetap untuk menganjurkan hari-hari penting negeri seperti sambutan hari kemerdekaan, tahun baru, berbuka puasa ramai-ramai dan sebagainya.
Selain itu, padang ini sesuai untuk aktiviti joging dengan adanya laluan joging disediakan.
Lain daripada itu, kesesakan pengunjung dapat dilihat pada setiap Jumaat pagi, Isnin malam dan Khamis malam kerana terdapat pasar di kawasan Padang Astaka ini.
Lihat Peta | Waktu operasi: 24 jam
Pantai Teluk Mak Nik
Tempat berkelah di Cherating
Alamat: Kampung Geliga Besar, 24000 Chukai, Terengganu
Telefon: –
Pantai Teluk Mak Nik atau nama lainnya Monica Bay merupakan pantai ala-ala luar negara yang terdapat di Chukai. Ia amat sesuai untuk aktiviti bersantai terutama pada waktu petang kerana terdapat kemudahan wakaf yang disediakan.
Selain itu, tidak lengkap pergi ke pantai tanpa membeli makanan di sekitar pantai. Oleh itu, pengunjung boleh membeli makanan di Warung Otak-Otak Che Wan sambil berkelah menikmati keindahan pantai ini.
Tambahan pula, Monica Bay menempatkan litar terbuka motorcross yang menjadi lokasi sukan perlumbaan mahupun latihan di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Lihat Peta | Waktu operasi: 24 jam
Muzium Kemaman
Muzium negeri di Kemaman
Alamat: Kampung Dusun Nyior, 24000 Chukai, Terengganu
Telefon: –
Muzium Kemaman merupakan muzium negeri di Terengganu yang diwujudkan pada tahun 2012.
Meskipun muzium 2 tingkat ini tidaklah sebesar mana, namun ia padat dengan pelbagai informasi berkenaan negeri Terengganu. Selain itu, informasi tentang tokoh-tokoh, pembesar-pembesar, fakta dan sejarah Terengganu turut dipamerkan di sini.
Tambahan pula, barangan yang dipamerkan seperti mata wang, duit lama Terengganu, artifak-artifak dan foto-foto lama menjadi tatapan umum di Muzium Kemaman ini.
Waktu operasi: Sabtu – Khamis (9 pagi – 5 petang)
Pantai Marina Telaga Simpul
Pantai di Kemaman
Alamat: Jalan Pantai Marina, 24000 Kemaman, Terengganu
Telefon: –
Pantai Marina Telaga Simpul ialah sebuah pantai di Kemaman yang terletaknya sebuah telaga yang dikenali sebagai Telaga Simpul.
Di samping itu, Telaga Simpul dahulunya merupakan punca bekalan air bersih untuk penduduk setempat. Selain itu, pelbagai aktiviti pantai yang boleh dilakukan di pantai ini seperti berkelah sambil menikmati pemandangan yang mempesonakan.
Lain daripada itu, kemudahan asas seperti tandas, surau, pondok rehat, berbagai gerai makan dan taman permainan kanak-kanak turut didapati di pantai ini.
Lihat Peta | Waktu operasi: 24 jam
Zoo Kemaman & Taman Rekreasi
Zoo di Kemaman
Alamat: Majlis Perbandaran Kemaman, Kampung Tabuan, 24000 Kemaman, Terengganu
Telefon: 09-8596644
Zoo Kemaman & Taman Rekreasi merupakan zoo di Kemaman yang terletak sejauh 15 kilometer dari Pantai Cherating Pahang. Kawasan yang seluas 35 ekar ini menempatkan kebun buah-buahan, taman herba, bonsai, taman tema air untuk kanak-kanak dan zoo mini. Menarik bukan?
Di samping itu, di kawasan zoo mini ini terletaknya 54 spesies haiwan seperti harimau, singa, orang utan, gajah dan pelbagai haiwan eksotik yang lain.
Lain daripada itu, perkhidmatan sewaan kereta kuda turut terdapat di sini bagi pengunjung yang inginkan kelainan ketika melawat Zoo Kemaman. Baru syok!
Harga tiket:
- River cruise (dewasa: RM 7 | kanak-kanak: RM 5)
- Taman rekreasi (dewasa: RM 10 | kanak-kanak: RM 7 | warga emas/oku: percuma)
- Kolam mandi: RM 5
- Servis tram: percuma
Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 5 petang)
Lihat Peta | Facebook | Instagram | Laman Web
Pasar Segar Kemaman
Pasar di Kemaman
Alamat: Jalan Kuala Kemaman, 24000 Chukai, Terengganu
Telefon: –
Mencari ikan segar untuk barbeku di tepi pantai ataupun di tempat penginapan? Jom singgah ke Pasar Segar Kemaman.
Pelbagai pilihan hasil laut yang segar-bugar untuk pengunjung dapatkan di sini dengan harga yang amat berpatutan berbanding pasar-pasar lain.
Antara hasil laut yang didagangkan ialah sotong, ikan, udang, ketam dan banyak lagi.
Lihat Peta | Waktu Operasi: Setiap hari bermula jam 3 petang
0 comments:
Post a Comment