Sabah merupakan negeri yang kaya dengan tempat menarik di Sabah seperti tempat pelancongan di Sabah, tempat percutian di Sabah, tempat cantik di Sabah serta pakej percutian Sabah yang menarik.
Tambahan pula, di dalam peta Sabah terdiri daripada 5 bahagian seperti Bahagian Kudat, Bahagian Pantai Barat, Bahagian Pedalaman, Bahagian Sandakan dan Bahagian Tawau.
Selain itu, Sabah selaku pulau ketiga terbesar di dunia ini menambahkan lagi keistimewaan Borneo sebagai destinasi pelancongan.
Senarai tempat-tempat menarik di Sabah
Tidak dinafikan bahawa Sabah merupakan antara negeri yang hadir dengan pemandangan indah di Malaysia. Berikut disenaraikan 39 tempat menarik di Sabah yang mempunyai pemandangan yang cantik untuk dijelajahi.
Pantai Tanjung Aru
Pantai di Sabah
Tidak lengkap rasanya kalau tidak singgah di perairan pantai terkenal di mana-mana negeri. Pantai Tanjung Aru merupakan pantai terkenal di Sabah dengan pasir pantai yang halus dan kawasan yang landai.
Selain itu, pengunjung boleh membeli makanan di gerai yang disediakan di pantai ini sambil melihat pemandangan yang cantik. Tambahan pula, pengunjung dapat menyaksikan kapal terbang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
Namun begitu, pantai ini tidak sesuai untuk bermandi-manda disebabkan air longkang dihala terus ke kawasan pantai ini.
Waktu Operasi: Setiap hari (10 pagi – 11 malam)
Lihat Peta | Alamat: Tanjung Aru, 88100 Kota Kinabalu, Sabah
Sungai Kibunut
Sungai di Sabah
Kebanyakan sungai di Sabah menggunakan konsep “Tagal” yang membawa maksud larangan memancing. Begitu juga dilakukan pada Sungai Kibunut, pengunjung dilarang sama sekali memancing bagi memelihara ikan di sungai ini.
Namun begitu, banyak aktiviti yang boleh dilakukan walaupun aktiviti memancing dilarang iaitu berkelah, barbeku dan menikmati pemandangan yang cantik di sini.
Lihat Peta | Alamat: Sungai Kibunut, 89500 Penampang, Sabah
Air Terjun Langanan
Air terjun di Sabah
Kawasan air terjun sudah semestinya menjadi tumpuan ramai pengunjung khususnya pada hujung minggu. Air Terjun Langanan merupakan air terjun ke-2 tertinggi di Sabah dengan ketinggian 120 meter selepas Air Terjun Kadamaian di Gunung Kinabalu. Tinggi bukan?
Selain itu, ia terletak di dalam Taman Rekreasi Poring dan kira-kira 3 kilometer berdekatan dengan Kolam Air Panas Poring.
Lihat Peta | Alamat: Air Terjun Langanan, 89300 Ranau, Sabah
Pulau Bohey Dulang
Pulau cantik di Sabah
Pulau Bohey Dulang merupakan antara pulau cantik di Sabah yang merupakan sisa daripada limpahan volkano pada zaman dahulu. Selain itu, lokasi pulau ini berdekatan dengan pulau-pulau lain seperti Mantabuan, Sibuan, Maiga, Selakan, Sebangkat, Tetagan dan Bodgaya.
Di samping itu, pemandangan laut dan tumbuhan yang indah dapat dilihat di puncak pulau ini dengan ketinggian 300 meter. Tambahan pula, aktiviti snorkeling, melihat kerang gergasi dan melawat perkampungan Bajau Laut merupakan aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini.
Lihat Peta | Alamat: Pulau Bohey Dulang, Sabah
Rezab Hidupan Liar Tabin
Tempat menarik di Lahad Datu
Rezab Hidupan Liar Tabin yang terletak di Lahad Datu ini merupakan rezab terbesar di Malaysia dengan keluasan 300 000 ekar. Selain itu, rezab ini menempatkan haiwan-haiwan liar yang diancam kepupusan seperti badak sumbu Sumatra, tembadau dan haiwan Borneo lain.
Menurut orang ramai, mandi lumpur banyak khasiatnya seperti mampu menghaluskan kulit. Oleh itu, Gunung Berapi Lumpur turut terdapat di sini yang menjadi tarikan pengunjung untuk bermandi lumpur.
Lihat Peta | Telefon | Laman Web | Alamat: Rezab Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu, Sabah
Bukit Mantanoi
Tempat menarik di Keningau
Anda suka hiking yang tidak terlalu mencabar dan suka mengambil gambar dengan pemandangan yang cantik? Jom ke tempat menarik di Keningau iaitu Bukit Mantanoi! Selain itu, terdapat 3 laluan iaitu A (laluan bercuram), B (laluan santai) dan C (laluan licin tidak bertangga) yang boleh dipilih untuk sampai ke puncak.
Tambahan pula, jangan lepaskan peluang untuk mengambil gambar dengan topi gergasi, kaki lima daripada buluh dan sarang burung gergasi apabila sampai di puncak. Selanjutnya, jangan lupa untuk melihat arnab-arnab yang comel yang terdapat di sini.
Harga tiket:
- Dewasa: RM 3
- Pelajar: RM 2
Waktu Operasi: Setiap hari (6 pagi – 6 petang)
Lihat Peta | Facebook | Whatsapp | Alamat: Jalan Apin-Apin Bundu, Kg. Tiga, 89650 Keningau, Sabah
Pantai Merintaman
Tempat menarik di Sipitang
Pantai Merintaman merupakan tempat menarik di Sipitang yang terkenal dengan keunikan landskap batu-batuan yang timbul di tepi pantai. Selain itu, ia mempunyai pemandangan yang cantik terutamanya di waktu senja.
Lain daripada itu, aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan di sini seperti barbeku, bermandi-manda dan banyak lagi.
Lihat Peta | Alamat: Jln Merintaman, 89850 Sipitang, Sabah
Taman Laut Tunku Abdul Rahman
Taman laut di Sabah
Ingin ke taman laut tempat menarik di Sabah? Jom ke Taman Laut Tunku Abdul Rahman! Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan seperti snorkeling, merentas hutan, parasailing dan scuba diving untuk menyaksikan keindahan hidupan marin dan terumbu karang.
Tambahan pula, taman yang terletak lebih kurang 20 minit dari bandar Kota Kinabalu ini merangkumi 5 buah pulau iaitu Gaya, Manukan, Sapi, Sulug dan Mamutik.
Lihat Peta | Telefon | Alamat: Taman Tunku Abdul Rahman, Sabah.
Tanjung Aru Perdana Park
Tempat menarik di Sabah waktu malam
Mencari tempat sesuai untuk bersantai pada waktu malam? Tanjung Aru Perdana Park merupakan tempat menarik waktu malam di Sabah yang wajar anda lawati.
Di samping itu, pemandangan yang indah di taman ini membolehkan pengunjung menyaksikan pancuran air berwarna-warni seiring irama lagu. Menarik bukan?
Tambahan pula, pancuran ini berterusan selama 15 minit dan bakal diulang semula selepas 30 minit. Jadi, pengunjung tidak perlu gusar sekiranya terlepas persembahan memukau ini.
Waktu Operasi: Setiap hari (5 pagi – 9 malam)
Lihat Peta | Whatsapp | Alamat: Jalan Melati, 88100 Kota Kinabalu, Sabah
Desa Cattle Dairy Farm
Tempat menarik di Sabah waktu pagi
Menginginkan percutian bajet ke Sabah atau cuti-cuti Sabah tanpa perlu bercuti ke luar negara? Desa Cattle Dairy Farm merupakan tempat menarik di Sabah waktu pagi persis di New Zealand.
Selain itu, ladang lembu yang berlatar belakangkan pemandangan Gunung Kinabalu yang agak berkabus pada waktu pagi ini amat sesuai untuk pengunjung mengambil gambar.
Antara aktiviti untuk pengunjung ialah memberi susu kepada anak lembu, melihat cara memerah susu dan belajar cara penghasilan produk tenusu. Tambahan pula, pengunjung boleh dapatkan produk-produk tenusu yang segar dari ladang seperti Fresh Chesse, Natural Yogurt, aiskrim dan sebagainya.
Waktu Operasi: Setiap hari (8.30 pagi – 4 petang)
Lihat Peta | Telefon | Facebook | Alamat: Jalan Cinta Mata Mesilou, 89308 Kundasang, Sabah
Signal Hill Observatory Platform
Bukit Bendera di Sabah
Menara Pemerhati Bukit Bendera atau dikenali sebagai Signal Hill Observatory Platform merupakan puncak tertinggi di bandar Kota Kinabalu. Selain itu, menara ini merupakan tempat terbaik untuk melihat pemandangan Sabah dan pulau-pulau berdekatan.
Sebelum itu, pengunjung perlu menaiki sebanyak 298 anak tangga untuk sampai ke puncak. Banyak bukan? Tetapi disebalik rasa kepenatan menaiki tangga akan terbalas dengan pemandangan yang cantik di puncak menara ini.
Lihat Peta | Alamat: 78, Jalan Asrama, Signal Hills, 88400 Kota Kinabalu, Sabah
Muzium Marin
Muzium di Sabah
Jika anda singgah di Universiti Malaysia Sabah (UMS), jangan lupa untuk berkunjung ke Muzium Marin yang terletak di dalam kawasan universiti ini.
Ia merupakan pusat akuarium menarik yang menempatkan Marine Museum & Research Showcase, Marine Aquarium, Mangrove Walks, Mini Theater dan Ocean Outreach Corner.
Oleh itu, anda pasti teruja dengan ekosistem hidupan-hidupan marin yang dipaparkan!
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (9 pagi – 1 petang & 2 petang – 4 petang)
Lihat Peta | Telefon1 | Telefon2 | Facebook | Alamat: Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah
Masjid Kota Kinabalu
Masjid di Sabah
Bagi pengunjung beragama Islam yang berada di sekitar Pantai Tanjung Aru jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk singgah solat di masjid terkenal di Sabah. Masjid Kota Kinabalu atau dikenali sebagai Masjid Terapung Likas mampu menampung kapasiti sebanyak 12000 jemaah.
Uniknya reka bentuk masjid ini persis Masjid Nabawi di Madinah. Tambahan pula, seusai solat pengunjung boleh melihat lukisan-lukisan yang cantik dijual di bahagian luar masjid ini.
Waktu Operasi: Setiap hari (5 pagi – 10 malam)
Lihat Peta | Telefon | Laman Web | Alamat: Jalan Pasir, Jalan Teluk Likas, Kampung Likas, 88400 Kota Kinabalu, Sabah
Sabah Indoor Climbing Centre
Tempat menarik indoor di Sabah
Anda masih baharu untuk mencuba aktiviti lasak? Usah risau! Jom ke Sabah Indoor Climbing Centre yang merupakan tempat menarik indoor di Sabah. Selain itu, anda boleh mencuba aktiviti abseiling dengan bantuan tunjuk ajar profesional dari staf yang terlibat.
Tambahan pula, aktiviti ini sangat berguna bagi anda yang ingin menambah keyakinan diri dan tidak gentar menghadapi cabaran mendatang. Selanjutnya, terdapat pelbagai pakej yang disediakan yang sesuai untuk semua golongan dan seisi keluarga.
Waktu Operasi:
- Isnin – Jumaat (2 petang – 9 malam)
- Sabtu – Ahad (12 tengahari – 9 malam)
Lihat Peta | Telefon | Facebook | Laman Web | Whatsapp | Alamat: Kompleks Sukan Likas, Malaysia Taman Cabaran Belia, 88450 Kota Kinabalu, Sabah
Balung River Eco Park
Tempat menarik di Sabah untuk keluarga
Balung River Eco Park merupakan tempat pelancongan di Sabah yang menarik untuk seisi keluarga. Selain itu, taman yang cantik dengan keindahan alam semulajadi ini pernah memenangi anugerah Tarikan Alam Semulajadi Terbaik pada tahun 2003.
Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini bersama keluarga seperti berenang, jungle trekking, memancing, berkelah, memerhati burung, berkhemah dan bermacam lagi. Selanjutnya, turut disediakan tempat penginapan menarik bagi pengunjung yang berkonsepkan kayu balak dan batuan sungai. Unik bukan!
Waktu Operasi: Setiap hari (6 pagi – 8 malam)
Lihat Peta | Whatsapp | Alamat: Mile 33, Apas Balung, Locked Bag No. 30, Balung, 91009, 91000 Tawau, Sabah
Kokol Hill Elf
Tempat menarik di Sabah untuk pasangan
Mencari tempat menarik bersama pasangan di Sabah? Anda boleh cuba untuk menerokai keindahan pemandangan Kokol Hill Elf yang dikatakan ala-ala Bali ini. Antara tarikan utama di sini ialah Mega Swing, The City Circle, The Sunset Catcher Area dan Big Bird Nest.
Akhir sekali, jangan lupa mengabadikan kenangan di sini dengan mengambil gambar di Kokol Hill Elf ini.
Harga Tiket Kokol Hill Elf:
- Dewasa: RM 10
- Kanak-kanak: RM 5 (4-12 tahun)
Waktu Operasi: Setiap hari (10 pagi – 7 malam)
Lihat Peta | Facebook | Instagram | Whatsapp | Alamat: Kokol Hill Elf, Kota Kinabalu, Sabah
Kolam Air Panas Poring
Tempat menarik di Sabah untuk kanak-kanak
Merancang untuk membawa anak-anak bercuti sambil menikmati keindahan alam semulajadi? Kolam Air Panas Poring yang terkenal dalam kalangan pengunjung merupakan lokasi ideal untuk kanak-kanak!
Selain itu, kolam air panas ini terdiri daripada 4 jenis kolam iaitu kolam air panas terbuka, kolam air panas tertutup, kolam rekreasi dan Rock Pool.
Bukan itu sahaja, terdapat juga tarikan lain selain kolam air panas tau! Antara tarikannya ialah air terjun, taman rama-rama, muzium serangga, tapak bunga Rafflesia, gua kelawar dan jungle trekking.
Selanjutnya, terdapat beberapa penginapan menarik di dalam kawasan ini.
Waktu Operasi: Setiap hari (8 pagi – 3 petang)
Lihat Peta | Whatsapp | Alamat: Kolam Air Panas Poring, 89300 Ranau, Sabah
Pulau Mantanani
Dugong di Sabah
Pulau Mantanani merupakan pulau yang sesuai untuk aktiviti menyelam dengan pemandangan di dalam laut yang cantik-cantik belaka. Selain itu, pulau ini mempunyai sebanyak 12 tempat menyelam dengan warna biru muda air lautnya.
Di samping itu, jika anda bertuah, anda dapat menyaksikan sendiri dugong dan ikan lumba-lumba muncul di pulau tersebut. Tambahan pula, Pulau Mantanani terbahagi kepada 3 iaitu Mantanani Besar, Mantanani Kecil dan Lingisan.
Lihat Peta | Alamat: Pulau Mantanani, Sabah
Taman Hidupan Liar Lok Kawi (Lok Kawi Wildlife Park)
Taman zoologi dan botani di Sabah
Ingin berkunjung ke taman zoologi dan taman botani dalam satu tempat? Taman Hidupan Liar Lok Kawi (Lok Kawi Widlife Park) terletak 40 minit dari bandar Kota Kinabalu ini merupakan lokasi ideal untuk anda!
Selanjutnya, anda berpeluang untuk menyaksikan pelbagai spesies haiwan eksotik seperti monyet belanda, gajah terkecil di dunia dan pelbagai spesies tumbuhan yang ditempatkan di sini.
Harga Tiket:
- Dewasa: RM 10
- Kanak-kanak: RM 5
Waktu Operasi: Setiap hari (9.30 pagi – 1 petang & 2 petang – 4.30 petang)
Lihat Peta | Telefon | Laman Web | Alamat: Lok kawi Putatan, 88200 Kota Kinabalu, Sabah
Spa Ikan Sungai Moroli
Spa ikan di Sabah
Ingin menghilangkan kepenatan dan rasa lenguh-lenguh di badan? Jom ke Spa Ikan Sungai Moroli bagi merasai sendiri pengalaman diurut oleh ikan-ikan sungai. Di samping itu, pengunjung cuma perlu merendamkan kaki anda ke dalam sungai lalu ikan-ikan akan datang mendekati kaki anda.
Tambahan pula, anda tidak perlu khuatir dengan gigitan ikan ini kerana gigitan ini secara lembut sahaja untuk membuang kulit mati pada kaki anda. Menarik bukan!
Waktu Operasi: Setiap hari (8.30 pagi – 5 petang)
Lihat Peta | Telefon | Alamat: Ranau Tagal Sg. Moroni
Maglami-Lami Waterhouse
Chalet di Sabah
Mencari penginapan di atas kejernihan air laut yang boleh menampakkan suasana hidupan laut? Jom menginap di Maglami-Lami Waterhouse tempat percutian menarik di Sabah jenis chalet dengan harga berpatutan!
Dalam pada itu, chalet ini terletak berhadapan Pulau Bohey Dulang dan menawarkan 3 jenis bilik iaitu standard triple, standard family dan vip chalet. Di samping itu, aktiviti yang ditawarkan di sini seperti berkayak, snorkelling dan menyelam
Lihat Peta | Facebook | Laman Web | Whatsapp | Alamat: Pulau Bumbum, 91308 Semporna, Sabah
ulau Mataking
Kawasan pemuliharaan penyu di Sabah
Pulau Mataking merupakan kawasan pemuliharaan penyu Sabah yang cukup membuat anda terpesona dengan keindahannya. Selain itu, pulau ini terbahagi kepada 2 iaitu Pulau Mataking Besar dan Pulau Mataking Kecil.
Selanjutnya, gugusan 2 pulau ini terjadi dek kerana jujuran pasir pantai yang kecil dan hanya tenggelam ketika air laut pasang. Seterusnya, berbagai aktiviti boleh dilakukan di sini seperti mencanting batik, jungle trekking, berurut di Jamu Spa dan melawat pejabat pos dalam air.
Pastinya ia mengujakan anda!
Lihat Peta | Alamat: Pulau Mataking, Sabah
Mari-Mari Cultural Village
Perkampungan budaya etnik Sabah di Sabah
Umum mengetahui negeri-negeri di Kepulauan Borneo terutamanya Sabah mempunyai banyak etnik. Oleh itu, jom berkunjung ke Mari-Mari Cultural Village! Selanjutnya, kawasan ini berperanan sebagai tempat berkongsi pengetahuan, sejarah, budaya dan tradisi Borneo supaya tidak dilupakan oleh generasi akan datang.
Selain itu, pengunjung dapat merasai pengalaman sendiri menyumpit, menyertai tarian tradisional, melihat cara-cara setiap etnik menjalani kehidupan harian di rumah tradisional mereka dan banyak lagi. Harga pakej serendah RM100 di Klook. Pastinya ia mengujakan!
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (10 pagi – 4 petang)
Lihat Peta | Facebook | Laman Web | Whatsapp | Alamat: Jalan Kionsom, Inanam, 88450 Kota Kinabalu, Sabah
Taman Bukit Tawau
Tempat menarik di Tawau
Sekiranya anda ke Tawau, jangan lupa untuk singgah di Taman Bukit Tawau. Hal ini kerana, taman seluas 27 972 hektar ini terdiri daripada berbagai spesies flora dan fauna yang menarik. Selain itu, keistimewaaan taman ini mempunyai pokok hutan tropika tertinggi di dunia setinggi hampir 90 meter.
Tambahan pula, taman ini terdiri daripada 5 buah sungai utama iaitu Tawau, Merotai, Kinabutan, Mantri dan Balung. Antara tarikan lain di sini ialah taman botani seperti orkid liar, kolam air panas dan air terjun.
Lihat Peta | Whatsapp | Alamat: Tawau Hills Park, 91000 Tawau, Sabah
Klias Wetland River Cruise
Tempat menarik di Beaufort
Klias Wetland River Cruise merupakan kawasan pelancongan menarik di Beaufort yang wajib diterokai. Selain itu, pengunjung perlu menaiki bot river cruise menelusuri sungai untuk meneroka kawasan ini.
Jika anda menelusuri sungai pada waktu petang, anda dapat melihat pelbagai hidupan Borneo seperti orang utan, monyet Belanda dan hidupan liar lain di sepanjang kiri dan kanan sungai sekitar hutan paya bakau.
Manakala, jika anda menelusuri sungai pada waktu malam, anda dapat melihat ribuan kelip-kelip yang menerangi di dalam keadaan yang gelap.
Waktu Operasi:
- Isnin – Sabtu (3 petang – 7 malam)
- Ahad (8 pagi – 12 tengahari & 3 petang – 7 malam)
Lihat Peta | Facebook | Laman Web | Whatsapp | Alamat: Klias River Cruise, Kampong Kota Klias, 89800 Beaufort, Sabah
Borneo Quad Biking
Tempat menarik di Tuaran
Suka melakukan aktiviti mencabar dan dalam masa yang sama ingin meneroka keindahan alam semulajadi? Jom menunggang Quad Biking atau dikenali sebagai ATV yang merupakan tempat menarik di Tuaran!
Selanjutnya, pengunjung akan membawa ATV meredah hutan berliku dan berlumpur serta menikmati keindahan pemandangan di sekitar perkampungan, sawah padi, kebun, hutan dan sungai.
Waktu Operasi: Setiap hari (8 pagi – 5 petang)
Lihat Peta | Telefon | Facebook | Instagram | Laman Web | Whatsapp | Alamat: Borneo Quad Biking, 89250 Tuaran, Sabah
Pasar Filipina
Pasar kraftangan di Sabah
Ingin merasa membeli ole-ole seperti di Manila, Filipina? Jom kunjungi Pasar Filipina yang merupakan pasar kraftangan di Sabah.
Selain itu, pasar ini diniagakan oleh orang Filipina dan terbahagi kepada 3 kawasan iaitu kraftangan seperti mutiara, barangan basah seperti makanan laut segar dan barangan kering seperti kuih cincin.
Oleh itu, harga barang di sini amatlah murah dan boleh tawar-menawar untuk mendapatkan harga idaman. Apa tunggu lagi! Jom ke Pasar Filipina!
Waktu Operasi: Setiap hari (8 pagi- 10 malam)
Lihat Peta | Alamat: Jalan Tun Fuad Stephen, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah
Kota Kinabalu Wetland Centre
Taman paya bakau di Sabah
Kota Kinabalu Wetland Centre merupakan taman paya bakau di Kota Kinabalu dengan keluasan 24 hektar. Selain itu, pengunjung boleh menikmati udara segar, memerhati burung, dengan menggunakan laluan boardwalk yang disediakan sepanjang 1.5 kilometer.
Tambahan pula, pengunjung boleh meredah paya melalui denai jalan kaki berlumpur jika pengunjung sukakan cabaran.
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (8 pagi – 5 petang)
Lihat Peta | Telefon | Laman Web | Alamat: Off, Jalan Bukit Bendera Upper, Kampung Likas, 88400 Kota Kinabalu, Sabah
Tambunan Rafflesia Reserve
Tempat menarik di Tambunan
Ingin melihat bunga terbesar di dunia ini di depan mata ketika berkunjung ke negeri Sabah? Jom melawat Tambunan Rafflesia Reserve! Untuk pengetahuan anda, bunga Rafflesia mengeluarkan bau yang busuk untuk menarik perhatian serangga seperti lalat dan memakannya.
Jadi wajarlah jika apabila anda berada berdekatan bunga ini terdapat bau yang kurang enak. Selain itu, kawasan ini menawarkan aktiviti jungle trekking.
Waktu Operasi: Setiap hari (8 pagi – 3 petang)
Lihat Peta | Telefon | Alamat: Tambunan Rafflesia Reserve, 500, 89650 Tambunan, Sabah
Monsopiad Cultural Village
Perkampungan budaya Kadazandusun di Sabah
Suka mempelajari budaya kehidupan etnik lain? Jom mempelajarinya di Monosopiad Cultural Village! Ia merupakan perkampungan budaya Kadazandusun yang memaparkan adat dan budaya bagi etnik ini.
Selain itu, antara tarikan popular di sini ialah tengkorak-tengkorak tergantung pada siling rumah panjang dikatakan kepala lanun yang dipenggal kerana cubaan untuk merompak kawasan perkampungan ini.
Selanjutnya, pengunjung berpeluang untuk belajar menggunakan senjata utama etnik ini iaitu meniup sumpit.
Waktu Operasi: Rabu – Isnin (9 pagi – 4 petang)
Lihat Peta | Facebook | Laman Web | Whatsapp | Alamat: Kampung Kuai Kandazon, Jalan Putatan Ramayah, 89507 Penampang, Sabah
Ladang Teh Sabah
Tempat menarik di Ranau
Kalau di semenanjung terdapat Ladang Teh Cameron di Pahang, di kepulauan Borneo apa kurangnya kerana terdapat Ladang Teh Sabah di daerah Ranau. Di samping itu, ladang teh organic ini mempunyai keluasan 6200 ekar dengan berlatar belakangkan pemandangan Gunung Kinabalu.
Selain itu, pengunjung juga boleh melawat kilang teh yang memaparkan demonstrasi pembuatannya dari proses memetik daunnya sehinggalah siap terhidang secawan teh.
Lihat Peta | Alamat: Tea Garden, Sabah
Rainforest Discovery Centre
Tempat menarik di Sandakan
Ingin mengenali secara dekat mengenai flora dan fauna di Sabah? Jom ke Rainforest Discovery Centre! Selain itu, ia merupakan tempat menarik di Sandakan dan mengambil jarak kira-kira 23 kilometer dari pekan Sandakan.
Di samping itu, terdapat ruang berjalan kanopi untuk pengunjung yang ingin melihat flora dan fauna sambil ditemani bunyi siulan burung-burung. Selanjutnya, antara hidupan liar yang terdapat di dalam hutan hujan ini seperti orang utan, monyet, tupai dan rusa.
Waktu Operasi: Setiap hari (8 pagi – 5 petang)
Lihat Peta | Telefon | Facebook | Laman Web | Alamat: Jalan Lintas Sibuga, Sepilok, 90000 Sandakan, Sabah
Rumah Terbalik Tamparuli (Upside Down House)
Tempat menarik di Tamparulli
Bukan di semenanjung sahaja, malah di Kepulauan Borneo turut terdapat Rumah Terbalik (Upside Down House) yang boleh anda kunjungi. Upside Down House yang terletak di daerah kecil Tamparulli ini pernah dinobatkan sebagai Rumah Terbalik Pertama di Malaysia di dalam Book of Records.
Sekiranya, anda menginginkan tempat yang lain dari yang lain terbalik macam di angkasa lepas jom kunjungi ke sini dan jangan lupa bawa kamera ya! Pasti ianya mengujakan!
Waktu Operasi: Setiap hari (8 pagi – 5 petang)
Lihat Peta | Telefon | Facebook | Whatsapp | Alamat: Mile 21, 89250 Tamparuli, Sabah
Lankayan Island Dive Resort
Resort di Sabah
Lankayan Island Dive Resort merupakan satu-satunya tempat percutian di Sabah yang terletak di Pulau Lankayan ini. Walaupun pulau ini kecil dan mengambil masa 15 minit sahaja meneroka kawasan pulau ini namun terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan.
Antaranya ialah, scuba diving sambil melihat hidupan laut seperti giant grouper, whale shark dan leopard shark serta boleh menyaksikan penyu bertelur.
Lihat Peta | Telefon | Facebook | Instagram | Laman Web | Whatsapp | Alamat: Ground Floor, Lot 38 & 39, Block C Bandar Tyng, Mile 5, North Road, PPM 255, 90000 Sandakan, Sabah
Gua Gomantong (Gomantong Cave)
Gua di Sabah
Di Kepulauan Borneo bukan sahaja di negeri Sarawak mempunyai gua menarik malah di Sabah turut mempunyai gua yang menarik untuk diterokai. Gua Gomantong merupakan gua yang terbesar di Sabah yakni menjadi penghuni terbesar kelawar dan lipas.
Selain itu, pengunjung boleh menemui hidupan-hidupan liar seperti orang utan dengan berjalan di atas kanopi ruang jalan yang disediakan. Selanjutnya, gua ini menjadi tempat pemeliharaan sarang burung layang-layang iaitu jenis Black Nest dan White Nest.
Sedikit peringatan untuk anda yang fobia atau geli dengan lipas, di sini bukan lokasi ideal untuk anda!
Lihat Peta | Alamat: Gua Gomantong, 90000 Kinabatangan, Sabah
Pasar Tanjung Tawau
Pasar terbesar di Sabah
Kalau di semenanjung ada Pasar Besar Siti Khadijah di Kelantan namun di kepulauan Borneo ada Pasar Tanjung Tawau di Sabah. Selain itu, pasar tertutup ini mampu memuatkan sebanyak 6000 gerai di sini.
Tambahan pula, berbagai jenis barangan jualan yang terdapat di sini dari barangan basah, kering sehingga ke barangan logam. Oleh itu, jangan lupa ya untuk tawar menawar untuk mendapatkan harga terbaik!
Lain daripada itu, bagi anda yang mencari timbunan makanan laut mentah yang segar boleh kunjungi ke Pasar Tanjung Tawau seawal jam 6 pagi.
Waktu Operasi: Setiap hari (6 pagi – 5 petang)
Lihat Peta | Facebook | Whatsapp | Alamat: Bandar Tawau, 91000 Tawau, Sabah
Hutan Simpan Bukit Gemok
Hutan simpan di Sabah
Beginner dalam hiking? Jom ke Hutan Simpan Bukit Gemok yang menempatkan canopy walk terpanjang di Sabah iaitu sepanjang 380 meter. Selain itu, hutan simpan ini terletak hanya 30 minit dari Bandar Tawau.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini sebelum sampai ke puncak ialah jungle trekking, mendaki bukit serta melalui Canopy Walk Titian Selara di puncak.
Lain daripada itu, beberapa buah pondok disediakan untuk pengunjung berehat sebelum meneruskan perjalanan. Kemudian, setelah penat berjalan pengunjung dapat menikmati keindahan pemandangan di puncak bukit Hutan Simpan Gemok. Sememangnya berbaloi!
Lihat Peta | Alamat: Jalan Merotai – Tawau, 91000 Tawau, Sabah
Pulau Kapalai
Pulau ala-ala Pulau Maldives di Sabah
Jom cuti-cuti Sabah ke Pulau Kapalai dengan keindahan air laut yang jernih dan putihnya pasir pantai ala-ala Pulau Maldives. Di samping itu, pulau ini mempunyai sebuah perkampungan resort di atas air dengan pelbagai pakej percutian Sabah yang ditawarkan di sini.
Selain itu, suasana hidupan laut iaitu terumbu karang dan pelbagai makhluk makro yang cantik membolehkan aktiviti menyelam dilaksanakan. Tambahan pula, di pulau ini terkenal dengan aktiviti lain seperti berkayak, berkelah, bermain layang-layang serta menikmati alam semulajadi yang sesuai dilakukan bersama seisi keluarga mahupun pasangan.
Lihat Peta | Alamat: Pulau Kapalai, Sabah
Gunung Kinabalu
Tempat menarik di Sabah untuk hiking
Penggemar aktiviti ekstrem dan tidak gentar akan cabaran seperti hiking di gunung? Jom hiking di gunung tertinggi di Malaysia yang terdapat di Sabah iaitu Gunung Kinabalu. Selain itu, Gunung Kinabalu ini terletak di dalam taman tertua di Sabah iaitu Taman Kinabalu dengan keluasan Taman Kinabalu 780 kilometer.
Meskipun laluan untuk mendaki gunung setinggi 4095 meter ini sangat tinggi tahap kesukarannya, namun ia menjanjikan pemandangan yang cantik di bahagian puncak yang tidak boleh didapati di mana-mana.
Oleh itu, jangan lupa untuk membawa pakaian yang tebal serta sarung tangan kerana di bahagian suasana di puncak gunung agak sejuk.
Lihat Peta | Alamat: Gunung Kinabalu, Ranau, Sabah
0 comments:
Post a Comment